Sabtu, 11 Ogos 2007

Zaman Muda yg Berlalu

Kawan aku bilang sama aku. Bil telefon yang dia bayar waktu zaman dia bercinta dahulu, jika kumpul boleh jadi down payment sebuah kereta keluaran nasional yang mempunyai cc rendah. Tapi, malangnya duit itu habis di bil-bil telefon.

Tapi bodohkah dia waktu itu? Sepertimana bodohnya aku. Zaman muda dan bercinta dahulu memang bodoh pun. Bil telefon aku juga pernah cecah ratusan ringgit waktu itu. Waktu duit masih bukan kepentingan untuk aku sebab cinta itu penting dari segalanya. Uwek!

Tapi zaman itu telah berlalu. Zaman muda. Zaman bodoh. Zaman bercinta gila babiss! Sekarang aku lebih dewasa, lebih matang, lebih pandai dan lebih materialistik. Kan? Ya. Materialistik. Sebab aku mahu sepasang Jimmy Choo di dulang hantaran peminangan dan berlian di cincin yang bakal disarungkan ke jari manis aku. Haha. Aku gurau saja.

Ya. Aku bukan muda sangat pun. Umur seperti aku ini, mak aku bilang dia sudah punya anak dua. Eleh! Bukan susah sangat buat anak pun. Saja nak provok aku agar kahwin cepat. {Lari masuk bilik. Kunci bilik dengan tiga mangga solex. Pasang radio kuat-kuat, bilamana mak buka mulut dan mahu bercerita tentang kahwin}

Ops. Ini bukan entri tentang kahwin. Ini entri tentang zaman bercinta waktu muda lagi bodoh. Zaman itu, yang bodoh lagi tuli, tak peduli mak dan ayah menjeruk rasa menahan marah bila menerima bil telefon yang boleh beli beras 12 kampit untuk makanan sekeluarga.

Argh! Rasa nak hentak-hentak kepala kat dinding biar dinding sama kepala pecah jadi debu.

Sekarang tak sama macam dulu. Ia dah berlalu. Sekarang ini, masa untuk menerima segala pembalasan atas kejahatan yang pernah aku lakukan.

Uhuhu.

7 comments:

13may 11 Ogos 2007 10:51 PG  

meh number phone...kita sms...murah sikit :D

.vvy|na. 12 Ogos 2007 2:05 PG  

seperti agak dejavu bila baca entri akak ni.

oh. saya juga penah bodoh :p

Amy Z! 13 Ogos 2007 7:57 PG  

13May : duluuuu... pakai henpon pun mahal giloss..
:-p Tak habis2 nak no phone orang! haha.

awin : sekarang, suda bijak, cantik, gorgeous, marvelous dan lain2 lagi
;-) kan?

neeziee 13 Ogos 2007 10:10 PG  

mana kau tau tak susah nak buat anak??

uikss..

Amy Z! 13 Ogos 2007 10:44 PG  

neezie : hahaha. kawan aku yang bilang. hahaha. :-p

madulebah 13 Ogos 2007 5:44 PTG  

siapa cakap kalau kumpul duit tu cukup untuk beli kereta nasional cc rendah jer? Kereta nasional aeroback 1.6cc pun mampu dibeli taww

oohhh emosinya aku.. ada kaitan ke?

hak hak hak

Amy Z! 14 Ogos 2007 7:36 PG  

madulebah : wahhh. banyaknya duit habis ke bil~ hahaha. :-p pegi emo2 kat blog sendiri bleh tak?

Cerita Lama Amyz