Ahad, 12 Ogos 2007

Wad 6C, Hospital Amp_ng

Malam minggu tadi, di mana malam setiap muda-mudi bersuka-ria, merempit, menari di disko dan pergi Pasar Malam Jalan TAR. Menghabiskan masa muda dengan sia-sia. Mencari segala keseronokan di dunia selagi bernyawa. Itu kenyataannya.

Aku, malam minggu itu, tergigil-gigil menahan kesejukan dalam kedinginan wad 6C, hospital Amp_ng. Meneman mak. Di mana pada malam minggu itu adalah giliran aku.

Mak, secara fizikalnya nampak sihat (Alhamdulillah). Tapi tidak dibenarkan pulang ke rumah untuk pemeriksaan lanjut jantung yang tidak stabil denyutannya. Mak merungut-rungut kerana tidak suka masakan hospital yang kurang masin, malam yang dingin dan tak dapat menonton Sembilu Kasih.

Aku bawa tv kecil yang mencari siarannya seperti mencari frekuensi radio dan menayangkan gambar hitam putih. Untuk mak tonton siaran tv slot cerekarama kegemarannya. Malam itu ditayangkan Cinta Si Rempit. Mak menonton, aku baca Smoke & Mirror hasil Neil Geiman yang aku pinjam.

Mak baring membelakangkan aku untuk menonton tv. Sesekali dengar tawanya. Jam sudah pukul 11:30pm. Senyap. Aku jenguk mak yang rupanya sudah tertidur. Aku tutup tv dan sambung membaca. Penghuni katil lain di bilik berhawa dingin kelas dua itu sudah lama nyenyak. Aku mengantuk. Sangat. Tetapi belum boleh lelapkan mata. Sejuk yang membelenggu.

Sebelah katil emak kosong. Tidak berpenghuni. Siang tadi, ayah suruh aku tidur di situ. Aku berfikir-fikir. Aku telah menyusun tiga buah kerusi untuk dijadikan katil aku malam itu. Katil di sebelah nampak lebih selesa dan menggoda aku untuk tidur di atasnya malam itu.

Aku sepatutnya tidak berfikir panjang. Jika aku tidak fikirkan katil itu pernah digunakan oleh orang yang tiada di dalam dunia ini, katil itu pernah diduduki oleh orang yang diambil nyawanya dan tidak terbayang-bayang cerita The Eyes. Nescaya, aku selesa tidur dan tidak terjaga dari tidur 2 jam sekali!

Mak? Alhamdulillah sihat. Boleh balik hari Isnin. Syukur.

10 comments:

.vvy|na. 13 Ogos 2007 12:55 PTG  

Shiaaann akak >:D<

Moga mak akak cepat-cepat sembuh. shaaaayaaaanggg akak :*

hehehe

.vvy|na. 13 Ogos 2007 12:56 PTG  

can u believe that i'm acting this way? kalau zaman kita sekolah dulu, asyik lawan jeling je kita kan.. ahahahahaha

Amy Z! 13 Ogos 2007 1:11 PTG  

awin : hahaha. I can't believe myself either. dulu.. senyum saje. skrg... siap peluk cium lagi.. dont u know i'm kinda obses reading ur blog? hahaha. what a confession!

btw, thanks awin bebeh!! *hugs*

13may 13 Ogos 2007 1:44 PTG  

errr...13may ni takde sapa nak peluk ker??? hahha hahha

btw, syukur mak anda sudah kembali sihat :)

cik puan daun 13 Ogos 2007 1:54 PTG  

amyzz.. dpt berita daripada Nida semalam.. konon nak call tapi ada bende plak melintang...

Harap mak ko ok2 saja ek? muahssss..

Amy Z! 13 Ogos 2007 2:36 PTG  

13May : hahaha. pegi peluk pokok ke teddy bear ke. jadila ye tak? ;-)

daun bebeh : thanks bebeh. tak apa. aku pun tak ingat nak bagitau sesapa. nida pun sebab dia msg2 pasal teater tu. thanks again. muahss!!

The Miruxx 13 Ogos 2007 5:09 PTG  

Alhamdulillah... Mak Amyz sudah pulih.

ron97 14 Ogos 2007 7:42 PG  

siapa lagi yang nak jaga depa selain kita.

Amy Z! 14 Ogos 2007 9:16 PG  

ron97 : ya~

Amy Z! 14 Ogos 2007 1:33 PTG  

tafteh : terima kasih. :-)

Cerita Lama Amyz