Khamis, 16 Ogos 2007

Kenapa Wanita Sukar Membaca Peta?

Pada satu hari, di hari Sabtu, tidak berapa lama dahulu. Sekumpulan anak muda terdiri dari 2 gadis sunti dan 3 jejaka idaman Malaya sedang enak-enak menikmati makan tengahari di kompleks membeli-belah terkemuka di Kuala Lumpur.

Gadis A : Err.. macam mana nak pergi Rawang dari sini? (merujuk kepada MidValley)

Lelaki A : Kau tahu NKVE? Dari sini ke NKVE guna Kerinchi Link?

Gadis A : Err.. (Geleng kepala)

Lelaki B : Kau tahu jalan nak ke Uptown?

Gadis A : Err.. (Geleng kepala)

Lelaki A dan B mencuba sedaya upaya menerangkan nama-nama jalan dan lebuhraya baru sekitar Kuala Lumpur untuk ke Rawang dengan menggunakan NKVE, tetapi si Gadis A tidak mendapat sebarang klu. Wajah Gadis A tampak blur dan keliru. Sehingga Lelaki-lelaki itu menjadi simpati terhadapnya.

Gadis B : Heyy, kau tahu jalan nak ke OU atau IKEA tak?

Gadis A : Haa!! Tahuuuu..!! (Riak wajahnya bertukar menjadi cerah dan Gadis B menerangkan jalan ke NKVE dengan menggunakan IKEA sebagai landmark)

Lelaki A, B dan C : Laaaaaa... (tepuk dahi berkali-kali)

Lelaki B : Sebut LDP dah tadi, IKEA juga yang dia kenal.

Lelaki C : Nak beri direction kepada wanita, perlu gunakan kompleks membeli-belah sebagai landmark rupanya.

Jadi lelaki-lelaki itu mendapat satu pelajaran baru bagaimana mahu memberi direction kepada wanita. Satu pelajaran yang berguna di masa depan.

Ini menjelaskan teori Allan dan Barbara Pease, mengapa wanita sukar membaca peta.

Walau bagaimana pun, si Gadis A itu memang blur. Dia suka sangat sesat-sesatkan dirinya walaupun dah diberi arahan jalan yang jelas. Dia juga suka menelefon dua-tiga orang kawan yang berbeza untuk bertanya direction untuk ke suatu tempat.

11 comments:

Gadis C 16 Ogos 2007 10:07 PG  

Yach!! Gadis A itteww memang selalu menguji kesabaranku apabila bertanya arah.. aarrrgghhh.. tapi aku sudah bersedia menerima dia seadanya..

hak hak hak..

dan Gadis B ni pula sebab tahu pasal jalan, selalu mengganggu tumpuanku walaupun aku tak bertanya arah kepadanya kerana aku juga tahu jalan yang mana nak dituju..

ihiks

Amy Z! 16 Ogos 2007 10:13 PG  

gadis c : Hahahaha. Terimalah gadis A itu seadanya. I dah redha dah. Well, Gadis B memang terel jalan kat KL. Nak buat macam mana?

Tapi kan Gadis C tu kalo drive memang slow. So, gadis B itu ingat gadis C tak tahu jalan. Eleh. Tak ganggu tumpuan pun. Gadis C tu saja yang cepat terganggu dan emo2.

Hahahaha. Keji taww!

Gadis C 16 Ogos 2007 10:34 PG  

Hello.. Gadis C ini berbudi bahasa tawwww.. itu menunjukkan budaya kita.. lagipun dia berhati-hati dijalan raya.. dan ingat orang yang tersayang..

bukan macam Gadis B tu.. di luar saja nampak sopan, gediks, ayu.. tapi bila memandu, huh! keluar habis segala carutan dan makian..

mana perginya kesopanan?

Amy Z! 16 Ogos 2007 10:39 PG  

gadis c : yelah. yelah. gadis c memang sopan santun, pandai masak, menjadi idaman semua mak mertua. :-p

biasalah. org kl mmg macam ni~ di kl mesti drive laju2 dan mencarut2. baru kl occay!

.vvy|na. 16 Ogos 2007 1:56 PTG  

kih kih.. apa kelas pandu kereta tanpa maki-memaki ye dak kak amyz? :p

Amy Z! 16 Ogos 2007 2:06 PTG  

awin : hahaha. memanglah. sehari tak mencarut. tak sah rasanya memandu. rasa macam terlebih berbudi bahasa pula.

bwahahaha.

cik puan daun 16 Ogos 2007 2:13 PTG  

oitssssssss... aku tak neal gadis A ittew.. tapi.. ikhlas dari lubuk hati aku yang paling dalam.. terimalah dia seadanya..

*kutukkkkkkkkkkkkkkkkk akuuuuuuuuuuu.. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa*

Amy Z! 16 Ogos 2007 2:21 PTG  

daun : hahahaha.
daun, tengok nida kutuk aku lagiiiiii teruk tauu..

madulebah 16 Ogos 2007 4:05 PTG  

aku sedang cuba dan masih cuba menerima dia sedanya...

tapi bila dia tanya direction nak ke court mammonth cheras sebenarnya tapi sebut Car4 Cheras kat aku, ish geram sungguh haku.. mujur la jaraknya tak jauh sangat.. dan mujur la haku dalam mood yang baik hari ittewww

13may 16 Ogos 2007 4:56 PTG  

hehhe...betoi sgt2 la teori tuh :P

Amy Z! 21 Ogos 2007 10:39 PG  

13May : hahaha. mmg betul~ rujuk buku taww!

Cerita Lama Amyz