Khamis, 23 Ogos 2007

Kenapa Menulis Dalam B. Melayu?

Mula-mula sekali, aku tak mahu guna perkataan 'Bahasa Malaysia'. Aku bukan 'racist', tetapi aku berdiri di bumi Malaysia, bercakap dalam bahasa Melayu. Bukan Bahasa Malaysia.

OK. Kembali kepada topik asal.

Ada seorang pembaca pernah beritahu aku; isteri saya suka baca blog awak kerana bahasanya. Oh. Sesungguhnya aku rasa sangat terharu. Terima kasih. Kerana adanya peminat, aku terus menulis. Tak sanggup menghampakan mereka semua. Haha. Ya. Maafkanlah kekejian aku yang hina ini.

Bahasa Melayu adalah bahasa yang indah. Bait-bait yang dirangkai antara satu sama lain membentuk satu ayat seringkalinya mempersonakan aku. Aku teruja menggunakan perkataan-perkataannya, cuba mengarang dan menyusun ayat agar menjadi ayat yang baik dan cantik. Itupun setelah banyak belajar dan membaca.

Aku suka membaca tulisan mereka yang mementingkan tatabahasa dan susunan ayat yang baik. Di buku, di majalah, di akhbar malahan di blog juga.

Lagu-lagu puisi selalu mejadi pilihan untuk halwa telinga. Aku terpesona. Khayal dibuai ayat-ayat indah. Tenggelam dalam imaginasi.

Cantik. B. Melayu ini cantik. Aku bangga menulis menggunakan B. Melayu yang betul dengan betul. Tetapi, jika salahguna jadi bencana bahasa. Tak sker taww! Uh, rosaknya!

Owh. Kecuali, jika aku marah-marah - aku tak suka B. Melayu yang cantik ini menjadi buruk lagi hodoh. Waktu itu, aku rela marah-marah dan menyebut perkataan-perkataan Inggeris, yang kau tahu apa dan mengapa. :-)

8 comments:

madulebah 23 Ogos 2007 2:34 PTG  

Ya, Bahasa Melayu itu sangat indah. Cuma lewat generasi sekarang tidak merasakan begitu.

Sebenarnya aku terfikir. Sekitar minggu lepas, dalam Buletin Utama ada memaparkan kisah warga Malaysia yang terpaksa menetap di luar negara sejak sebelum merdeka lagi.

Dalam temubual dengan mereka, Bahasa Melayu yang digunakan cukup baik tanpa ada palitan-palitan slanga Bahasa Inggeris walaupun telah menetap di sana berpuluh tahun lamanya.

Tetapi kenapa tidak dengan generasi sekarang? Sekadar menuntut di sana beberapa tahun, kembali ke tanahair, lidah sudah tergeliat dan keras mahu bertutur dalam bahasa melayu yang indah.

(oohh.. maafkan aku kerana menulis entry yang pendek di sini)

Amy Z! 23 Ogos 2007 2:47 PTG  

Ya Nida. Aku sokong. Yang tak belajar kat luar negara pun macam tu, inikan pula yang belajar kat luar negara. (Terutama pelakon2 M'sia) Hahaha.

BooK 23 Ogos 2007 5:32 PTG  

berdasarkan kata-kata madulebah, aku bukan generasi sekarang. haha. walaupun diimpot ke luar, aku masih begini. menulis dan bertutur dalam bahasa Melayu kelas premium.

nureffa 23 Ogos 2007 11:28 PTG  

walau pun gua tengah induksi 2 minggu kat melaka nih, gua sempat jugak layari lu punya blog guna hotspot hotel nih. cayalah kat diri gua nih..!hahaha

Amy Z! 24 Ogos 2007 7:48 PG  

Book : Kita generasi skrg. Tapi bukan semua generasi skrg begitu. Terutamanya kau. Aku tahu kau menggunakan B. Melayu dengan bagus sekali. Kau ada kelas. Bravo!! Haha.

Nureffa : Hahahaha. Lu memang best. Wa cayang sama lu. Pst, internet hotel tu free kan? Hahahaha.

madulebah 24 Ogos 2007 8:32 PG  

BOOK :
kau bukan diimport tapi dieksport.. bukan kah itu terma yang sebenarnya? ha ha ha

Bila balik Malaysia? Aku nak kirim stokin gambar beruang yang comel-comel

newrin 24 Ogos 2007 3:48 PTG  

ermmm aku rasa aku mempunyai penguasaan bahasa melayu yg baik.. tapi dlm masa yg sama aku pun ada penguasaan bahasa inggeris yang baik jugak.. kita kena kuasai kedua2nya, kalo kita nak bersaing globally.

ada 2 golongan orang kita.. satu, silapnya kebanyakan org kita macam jijik menggunakan bahasa melayu, nampak mcm 2nd class dan dua, ada juga orang melayu yang berfikiran sempit yang selalu berpendapat orang yang "speaking" ni berlagak, kedua2 golongan ini akan menyebabkan orang melayu mundur.

tapi pada aku, aku bangga sebab aku blh kuasai dua2... memang dlm kehidupan seharian, aku selalu guna bahasa inggeris lebih dari bahasa melayu, itupun sebab kerja yang jadi penyebab dan lama2 jadi terbiasa...memang selalunya dalam blog aku guna bahasa rojak, tapi it doesnt mean i can't write perfect english or bahasa melayu... so gunakan kelebihan yang ada pada kita... cuba tgk orang barat sana, diorg tu terlalu ego, most of them can only speak language, itu pun kadang2 grammar hancur.. so we are better than them, we can speak more language..

anyway, saya setuju yang bahasa melayu ni bahasa yg indah, sopan.. sekasar mana pun bunyinya masih ada kesopanan.. sesuai dengan budaya kita :)

Amy Z! 24 Ogos 2007 4:16 PTG  

Newrin : Aku setuju dengan poin kau tu. Memang betul kita perlu kuasai kedua-dua bahasa dengan baik. Poin kedua kau pun aku setuju bila sesetengah kita anggap B. Melayu kelas kedua. Tapi tak ramai fikir begitu.

Cuma di sini. Di blog aku ini, aku mahu gunakan B.Melayu sepenuhnya dengan baik. Itu saja. Kata nak jadi penulis ye tak? Hehe. :-D

Cerita Lama Amyz