Sabtu, 25 Ogos 2007

Hati Berbentuk Geometri

Ia bersegi-segi.
Boleh dibahagi-bahagi.
Tapi
Ia rapuh seperti hablur-hablur ais yang mencair di jari.

Hati berbentuk geometri.
Jarang ia dihargai.
Kerana ia biasa diperhati.
Dan ia menangis sendiri.

4 comments:

The Miruxx 25 Ogos 2007 11:56 PG  

Wo wo wo.

Anonymous 28 Ogos 2007 12:07 PTG  

Amyz...

Asal hati tidak berbentuk geometri.Asal hati tidak bersegi-segi.

Hati sebenarnya dibentuk dari dua lekuk yang bersatu.Keluk yang lembut.

Sebagaimana sifat hati itu sendiri.Lembut dan berkeluk.Lentur-lentur yang penuh rasa. Lentur-lentur yang penuh jiwa.

Malang, apabila hati sudah luka dicalarkan. Ianya menjadi duri lantas menjadi bersegi.Lantas, ianya bersifat geometri.

Keras dan lurus garis-garisnya.

Melawan-lawan dan sudah tiada lagi percaya.

13may 28 Ogos 2007 5:52 PTG  

best la....maksud sgt dalam :)

Amy Z! 3 September 2007 9:37 PG  

Tifani : Hahaha. :-p

d'arkampo : Alamak.. Susah ni kalau orang boleh membaca hati.. :)

13May : Terima kasih. Sedikit saja bakat terpendam. Haha.

Cerita Lama Amyz