Jumaat, 24 Ogos 2007

Cita-Cita

Ingat tak waktu di zaman persekolahan, kita diberi sekeping kad untuk mengisikan tiga pilihan jawatan yang ingin kita pegang waktu dewasa?

Macam-macamlah kawan-kawan aku tulis di situ cita-cita pilihan mereka. Doktorlah, Saintislah, Juruteralah. Yang bagus-bagus belaka.

Tiga pilihan aku (ini waktu sekolah rendah tau!); Arkitek, Pereka Fesyen dan Cikgu. Cikgu menjadi pilihan yang ketiga dan sebabnya dituliskan di situ; untuk mendidik anak bangsa menjadi orang yang berjaya. Sebenarnya, waktu itu dah tak tahu nak jadi apa. Jadi doktor macam besar sangat cita-cita tu. Almaklumlah, bukan pandai sangat. :-p Haha.

Arkitek itu pula aku pilih sebab dalam drama-drama TV aku lihat, macam senang saja kerjanya. Lukis-lukis pelan petak-petak sahaja. Tambah pula aku memang gemar melukis. Haha. Tak fikir perkara-perkara itu perlukan pengiraan segala. Poyo betul. Bila dah di sekolah menengah baru tahu jadi Arkitek bukannya mudah.

Disebabkan suka melukis juga, aku tertarik untuk meletakkan Pereka Fesyen dalam pilihan cita-cita yang kedua. Masa kecil-kecil dulu selalu ikut emak pergi ke rumah makcik jahit baju untuk keluarga aku. Tengok dan teliti fesyen baju yang orang lain hantar ke rumahnya.

Hah. Maka tidak hairanlah mengapa aku suka bergaya, kan? ;-)

Bila mengambil jurusan akaun di sekolah menengah, menyebabkan permohonan aku ke kursus rekaan fesyen UiTM ditolak mentah-mentah. Maka aku pun terlontar ke kolej swasta mengambil kursus IT. Kecewa jugalah sedikit. Sedikit sahaja. Tak banyak.

Sekarang ini, aku hanya seorang pengaturcara marhaen yang menggemari melihat-lihat rekabentuk bangunan dan rumah. Itu saja yang aku buat sementelah tak dapat menjadi seorang Arkitek.

Juga gemar melihat (lihat, bukan ikut) fesyen pakaian terkini di majalah, fesyen artis di karpet merah dan memerhati gaya setiap wanita yang ke kompleks membeli belah. Kadang-kadang aku mencebik pada mereka yang berpakaian tak kena tempat. Aku gelar mereka mangsa fesyen. Tak dapat jadi Pereka Fesyen, jadi pengkritik fesyen separuh masa di kompleks membeli-belah pun tak apa. Haha.

5 comments:

.vvy|na. 24 Ogos 2007 11:15 PTG  

hmm.. dalam 3 ruang yang diberi, awin isi 2 je sebab lagi satu tu mmg dah buntu abis nak jadi apa.


masa dapat balik kad tu, tengok ruang ketiga dah terisi. tau cikgu tulis apa? POSMEN. What de heck???!!!

:p

lazu 30 Ogos 2007 11:15 PG  

mungkin kau tak jadi arkitek @ pereka fesyen. tapi minat dan kreativiti ko tak tersia. ko jadi pereka blog sendiri. susun-susun layout jadi unik. ko jadi arkitek karya sendiri. susun-susun ayat jadi listrik. ini komen, bukan puji. jangan kembang punggung pula!

Amy Z! 4 September 2007 1:04 PTG  

Awin : Hahaha. Bengong cikgu tu. Ade ke posmen? Keji sungguh! Banyak kerja lain yg boleh letak ok!! Keji je.

Lazu : Hik hik hik. Terima kasih. *blushing* Hahaha.

ayobkelubi 13 September 2007 8:12 PG  

fail sulit 01 kah?.woooooo,dari darjah satu sampai enam,cita-cita aku tak pernah tukau

satu : juruterbang
dua : footballer
tiga : polis


tiga-tiga tak dapat di capai.hahaha

Amy Z! 13 September 2007 11:25 PG  

Ayob : Pergh. Tak tukar. Tapi tak tercapai. Hahaha.

Cerita Lama Amyz