Rabu, 15 Ogos 2007

Budi Bahasa Budaya Kita?



Lencana ini hanya hiasan di kolar jaket aku. Tak memberi sebarang impak.

Humm.. Aku tiidak berapa terpengaruh dengan kempen ini untuk jadi seorang yang lebih berbudi bahasa idaman semua mak mertua.

Bila aku memandu. Budi-bahasa aku selama ini terpelihara baik, hilang entah ke mana. Tapi ianya berlaku bila pemandu lain tidak berbudi-bahasa terhadap aku. Bila dia tidak berbudi, aku pun tidak berbahasa. Barulah adil.

Eh, tidak juga.

Aku cepat hilang sabar bila terpaksa menunggu. Menunggu adalah pembaziran masa. Membazir adalah kawan syaitan. Masa yang banyak aku boleh peruntukan dengan membuat suatu perkara yang berfaedah. Baca buku misalnya. Menulis lebih baik dari menunggu dan membuang masa.

Bila sabar aku hilang, mulalah aku marah dan aku mengaku I have really bad temper.

Bila aku marah, hmm... Hilanglah segala budi-bahasa yang menyebabkan semua orang yang berdosa mendapat natijahnya.

Puncanya di sini; aku cepat hilang sabar. Hilang sabar, hilang budi-bahasa. Eleh. Semua orang pun begitu juga kan? Sekurang-kurangnya aku mengaku. Phhtttwwww~

7 comments:

13may 15 Ogos 2007 12:22 PTG  

betoi...tambah2 masa atas jalanraya...stuck dlm traffic jam ker...

huh! mcm2 bahasa keluaq...

hahha...

sabar yea cik kak ;)

Amy Z! 15 Ogos 2007 12:50 PTG  

13May : hahaha. Ya. Sabar separuh dari iman kan?

cik puan daun 15 Ogos 2007 1:52 PTG  

aku berbudi bahasa.. ahahaha.. bahasa F%^$&())

Amy Z! 15 Ogos 2007 1:59 PTG  

cikdaun : hahaha. kita kan begitu. what the #*&R$? serius %$#%!!

madulebah 15 Ogos 2007 4:44 PTG  

aku je yang betul-betul mengamalkan cogankata ittew..

hahaha..

kalau aku tak support sapa lagi nak support kempen Kementerian sendiri kan??

lazu 16 Ogos 2007 9:45 PG  

kau fikir polis yg pakai lencana anti-rasuah tu ada impak tak di hati mereka? ke hiasan di kolar jaket juga?

Amy Z! 16 Ogos 2007 9:57 PG  

Lazu : Hahaha. Mungkin juga. Aku pernah nampak lencana 'Senyum kepada Pelanggan'; Tapi dia tak senyum pun kat aku. Muncung je. Tak ada impak pun~ Tipu. Lencana-lencana itu sekadar hiasan sahaja.

Cerita Lama Amyz