Selasa, 10 April 2007

Poyolah!

Yana. Anak buah aku yang comel. Suka sangat tonton channel kartun (60, 61, 62, 63) di Astro. Hari-hari. Kadang sampai tak boleh tengok channel lain. Well, budak-budak mana yang tak suka kartun? Even orang tua pun minat kartun gak. Aku minat SpoungeBob. Haha.

Ada satu kartun dia suka. Yang macam gambar kat bawah ni. Kartun ni bertittle Pokoyo. Comel kan kartun ni? ;-)



Satu hari, adik aku sedang bercerita. Waktu semua orang berkumpul di ruang tamu dan menikmati minum petang. Akhir cerita, adik aku cakap;

"Poyo betul mamat tu!"

Yana. Dengan muka innocent lagi naif dan tidak bersalah. "Bukan. Pokoyolah!" Ujarnya. Sambil cekodok di tangan dan mulut yang berminyak-minyak. Selamba saja.

Pecah gelak seisi rumah. Comel sungguh Yana menyampuk demikian rupa.

Tapi, Pokoyo pun comel!!

0 comments:

Cerita Lama Amyz