Jumaat, 20 April 2007

Mimpi Ngeri

Entri ini mungkin siaran ulangan. Haha. :-p

Mak aku selalu wondering. Kenapalah aku tak kahwin-kahwin lagi. Im a bit annoy. Tapi diam sajalah. Belum sampai jodoh.

Satu hari, masa aku rajin menolong mak memasak. Dan seperti biasa mak akan membebel-bebel tentang kahwin, dah tua, nak jadi apa, tak pandai masak, mak mertua tak suka dan lain-lain lagi. Yang mana semuanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Sedang dia asyik bercerita, sambil mengupas bawang. Sedang aku menyiang ikan.

"Mak!"

"Apa?"

"Malam tadi kak lang mimpi ular lah. Besar. Datang nak patuk kak lang. Lepas tu ada ular-ular lain kat keliling dia. Uuu. Ngerinya. Takut betul!"

"Tak lama lagi ada rombongan meminang lah tu. Syukur Alhamdulillah!" Berseri-seri muka Mak. Ceh!

"Tapi kan mak. Dalam mimpi tu, kak lang ambik kayu. Pukul-pukul ular tu sampai mati. Ular-ular lain terus lari. Hahaha." Sambil aksi pukul-pukul ular dengan senduk nasi.

"Ceh! Patutlah ko tak kahwin-kahwin lagi.." Muncung mak dah boleh sangkut hanger.

Ekekekeke

0 comments:

Cerita Lama Amyz