Selasa, 17 April 2007

Macam Baru Bercinta

Akhir ini, Ayah seringkali outstation. Tiada di rumah. Kadang 2 hari, 3 hari hinggalah seminggu. Berturut-turut pula tu. Kalau sebulan sekali, tidaklah terasa sangat.

Mak mula buat muka muncungnya bila Ayah beritahu Ayah kena outstation. Dan biasalah reaksi lelaki, bila isteri mula muncung. Dia gelak-gelak saja.

Mak tu sebenarnya bosan duduk di rumah seorang. Atiya tidak lagi dihantar di situ. Kak Long dah hantar Atiya di rumah babysitter berhampiran dengan rumah mereka. Yalah. Setiap hari travel dari Semenyih ke Cheras. Mana larat?

Aku pula tidak boleh diharap untuk menemani Mak. *sigh* Dalam seminggu, 2-3 kali aku balik lambat. Hujung minggu pula keluar. Kasihan Mak. Nak harap adik-adik, dia orang tahunya enjoy saja. *Hai, macam manalah kalau aku kahwin dan kena tinggalkan Mak dan Ayah ye?*

Bila Ayah outstation, selalu aku perhati Mak resah menunggu panggilan Ayah. Bila Ayah telefon, cerah wajah Mak. Macam pasangan baru bercinta. Cakap pun slow-slow. Romantik. Aku giggles, giggles. Bila Ayah letak telefon, aku sengih-sengih pandang mak. Haha. Tak baik aku ni kan?

Dah 32 tahun berkahwin. Siapalah tidak rindu jika berjauhan kan?

Aku dah suruh Ayah pencen tahun ni. Kasihan kat Ayah sebab selalu kena outstation. Kasihan kat Mak sebab selalu kena tinggal.

0 comments:

Cerita Lama Amyz