Isnin, 2 April 2007

Dah Jumpa Cinta!

Aku tak kenal dia. Tak pernah jumpa pun dia sebelum ini. Mungkin ada, tetapi aku kurang memandangnya. Biasalah. Perempuan suka menghakimi tanpa sebab. 1st impression pastinya tidak kena. Tidak baik dan sebagainyalah.

Tetapi satu hari Daun telah kenalkan aku dengannya. Mengubah seluruh impression aku terhadap dia. Mengubah segala yang pernah aku fikirkan tentang dia.

Dia bukan seperti yang lain yang selalu aku suka. Dia manis dan menawan hati. Ya, aku sangat memilih. Tak kena selera, aku terus tidak memandang lagi. Biarlah orang kata apa. Habis madu sepah dibuang? Biarlah.

Setelah aku kenal, aku jatuh cinta. Terus aku terbayang dia diruang mata. Menyesak-nyesak di dada segala keinginan aku. Ingin sentuh dia, rasa dia dan menyintai dia. Oh, aku sangat addicted. Jika dibiar boleh gila.

Harap-harap di pasar tani, Taman Warisan Pertanian ada. Boleh ku jumpa dia, rasa dia, sentuh dia, sepuas hati. Biar hilang segala rindu ku pada dia.







Buah Cinta!



Yang aku beli kat pasar malam Pantai Dalam tu dah habis. Kena la beli lagi

0 comments:

Cerita Lama Amyz