Jumaat, 27 April 2007

Cute but Not Cute

Kau pernah lihat mini signboard (apa namanya ye?) yang comel-comel, tergantung di belakang kereta. Ada bermacam-macam 'sign' seperti contoh, 'Little Khalifah Inside' atau 'You Kiss, You Pay'.

Aku rasa comel sangat mini signboard tu. Dengan designnya. Dengan tulisannya. Tak mahal sangat pun. RM10 saja. Banyak terjual di kiosk-kiosk pusat membeli belah. Cute. Aku suka berhenti singgah untuk membaca sign-sign tu. Kadang buat aku tersenyum. Buat aku tertawa. Saja. Mencari hiburan.

Tapi when it come to sign yang seperti 'I'm Slow, But I'm Ahead You', 'I'm Mafia, You Hit Me, We Hit You Back', dan bermacam-macam jenis sign yang seperti penghinaan. Bila diletak di belakang kereta. Orang di kereta belakang membacanya. Rasa terhina. Manakah perginya Kempen Berbudi Bahasa? (Sambil pandang orang Ke**Wa)

Aku rasa that cute thing itu tak lagi cute bila ada unsur-unsur penghinaan di dalamnya. Macam kawan kau tahu kau tidak ada duit, tapi ajak kau pergi makan kat hotel, at the end kau yang kena bayar. Aaa.. Lebih kurang macam tulah. Mula-mula rasa kawan kita tu sweet @ cute sangat, ajak makan kat hotel walaupun tahu kita sengkek. Tapi, bila dia cakap, bayar asing-asing aaa..

Tak cute lagi kan? ;-)

0 comments:

Cerita Lama Amyz