Isnin, 30 April 2007

Buat Mak Tersenyum

Ayah selalu outstation. Claim masyyuk tu~ Belikan mak, almari TV, set sofa dan meja makan. Dan Emak akan selalu tersenyum untuk sebulan dua ini.

Hari ini pula, Ayah bawa Mak dan adik-adik ke Terengganu. Bercuti sehingga Rabu. Elok juga. Beri waktu untuk Mak berehat dan enjoy. Short vacation. Dan aku percaya di sana lebih banyak perkara (sutera batik, kain ela, tudung, blaus etc. etc) boleh buat Mak tersenyum.

Biarlah. Sudah banyak waktu Mak pendam duka, rindu, pilu. Hari ini, aku mahu biar Mak tersenyum. Jika boleh, biarlah sampai bila-bila.

Tak mahu buat mak pening lagi. Tak mahu buat mak risau lagi. Nak buat mak tersenyum.

Hmm. Aku tahu sekarang ni kalau aku nak buat Mak tersenyum, cuma satu perkara saja. Tapi aku belum mampu untuk menunaikannya. Maafkan Kak Lang, Mak~ :-(

0 comments:

Cerita Lama Amyz