Selasa, 13 Mac 2007

Kemaskini II

Aku kemaskini list kawan di Friend*ster.

List kawan di Friend*ster aku tak ramai. 100 lebih saja. Aku cuma accept invitation friend dari orang yang aku kenal sahaja. Yang tak kenal, aku tak accept. Biarlah orang cakap aku tak glamour atau popular. Aku pentingkan kualiti dari kuantiti.

Takkan nak add orang yang tak pernah kenal? Entah-entah psiko ke, apa ke. Isk. Buruk sangka! Tak baik kan? Bukan. Aku bukan semberono bila add seseorang dalam list kawan. Aku ni sangat pemilih, cerewet dan berhati-hati. At least, orang itu pernah bercakap atau chatting dengan aku ke, baru aku berani add atau accept dia sebagai kawan.

Apakah perlu kita berbangga dengan list kawan mencecah 400 sedang lebih separuh dari jumlah itu kita tak kenal siapa dia? :-)

0 comments:

Cerita Lama Amyz