Khamis, 22 Mac 2007

Hiburkan hatiku!

Baca blog-blog adalah hiburan.
Kutuk orang pun hiburan.
Sakat kawan-kawan satu hiburan.
Tengok wayang juga hiburan.
Dengar lagu jadi hiburan.
Layan YouTube lagi menghiburkan. (Ehehe..)

Aku rasa gundah gulana hari ini.
Aku perlukan hiburan.
Hari ini. Waktu ini. Sekarang!

Aku tak mahu memilih untuk diam dan bermuram durja. Macam panda jantan tak dapat bermanja dengan panda betina.

Mula-mula aku nak tengok video ini dulu. Aku akan baca blog yang menghiburkan hati aku. Kemudian aku akan chat ngan Nida dan Daun dengan cakap-cakap yang keji. Bukan susah nak cari hiburan kan?

Ya, benarlah kata orang yang sign autograf buku dia yang aku beli dulu. Hidup itu indah!

0 comments:

Cerita Lama Amyz