Isnin, 12 Mac 2007

Bad Tudung Day

Bila nak keluar, selain make up, perkara yang aku pentingkan ialah tudung. Oh, anda tidak tahu bagaimana susahnya mencari dan memadankan tudung dengan baju. Kemudian hendak membentuk tudung di muka agar tidak terserlah kebulatan wajah. Oh, susahnya.

Make up tidak pernah sukarkan aku. 10 minit sahaja aku ambil masa untuk kelihatan seperti Pengacara MHI yang bertudung itu. Siapa nama dia? Fienda? Bienda? Eh, bukan aku cakap. Orang-orang kat Indasari masa aku attend Bengkel Make-Up dan Pemakaian Tudung yang cakap muka aku ala-ala pengacara MHI. Haha. Keji je.

Semalam aku ambil masa lebih dari 10 minit untuk betulkan tudung yang end up dengan hasil tak berapa cun. Aku rasa nak menangis. Aku dah lewat. Aku benci tudung aku tak boleh lipat tepi. Aku tak cukup masa nak cari dan gosok tudung lain. Aku benci situasi buat aku nervous dan kelam kabut at the same time.

Jika kawan aku notice, kejab-kejab aku betulkan tudung. Percayalah aku sangat tidak selesa dengan keadaan tudung aku. Bencinya, bila aku berfikir apa agaknya fikiran kawan aku tentang tudung aku? Then aku argue balik, logikkah dia akan berfikir tentang tudung aku? Aku selalu mengalami konflik diri. Teruknya.

Tapi, aku berharap-harap, kawan aku rasa aku lebih cute dengan tudung macam tu. Hahaha

0 comments:

Cerita Lama Amyz