Selasa, 6 Februari 2007

Sejuk Yang Mencucuk

Aku sangat teruja dengan gambar ni. Ehehe. Nampak sangat macam budak-budak ribena dan happy tak ingat dunia akhirat.

<>

Hihi. :-)
Cukup-cukup la cerita pasal party tu, Amyz oii. Hihi. Malunya!

Cerita lain pula. Kat office ni sangat la sejuknya. Dah pernah cerita dulu kan? Tapi ini versi lain pula.

Selalunya, sejuk seperti ini. Baju kebaya tidak mungkin dapat menebat suhu sejuk yang mencucuk. Aku akan pakai jaket yang brandnya adalah jabatan sendiri. Saiz M tapi nampak besar untuk badan aku yang comel-comel ni. Kaki, aku sarungkan stokin. Sebelum pakai stokin, sapu lotion. Kalau tidak kulit jadi kering. Kemudian, pakai selipar jepun.

Kalau duduk saja di meja, kerja menaip minit mesyuarat atau programing yang tak pernah habis itu, dari pagi sampai ke petang, tak mengapalah.

Tetapi. Bila bangun untuk ke pantry mengambil air atau ke toilet. Dengan langkah kecil-kecil dek kain kebaya yang agak ketat ini. Menyeret-nyeret selipar jepun dengan kaki bersarung stokin. Sedang jaket besar di tubuh. Nescaya aku kelihatan seperti perempuan Jepun. Jalan terseret-seret dengan selipar jepun, dan pakai stokin.

Bila jalan cepat-cepat sikit je,
Eh, Oshin ke tu?, tegur Kak Iza sambil gelak-gelak. Hampas!

0 comments:

Cerita Lama Amyz