Khamis, 11 Januari 2007

Senyum Untuk Sepanjang Hari

Banyak perkara buat aku senyum. Lately. Of course bila terima compliment. :-) Senyum malu-malu. Macam kucing. Tapi hati suka, seronok. Bak anak dara kena pinang orang, malu tapi mahu. Menyorok balik langsir di pintu bilik.

Tapi aku tak mahu la cerita tentang compliment yang aku terima dari orang lain. Cukup aku simpan sorang dan senyum sorang-sorang. Tak apa. :-)

Nak cerita perkara yang buat aku senyum hari ni. Aku akan senyum sepanjang hari kot? Ahaha. Aku rasa lucu sangat sebenarnya. Malu pun ada. Tak aku sangka kawan-kawan aku sangat prihatin. Oh bertuahnya aku punya kawan-kawan yang prihatin. Ihiks!

Since aku malas nak bawa handbag kalau keluar jalan, ke Alamanda contohnya. Dan aku juga malas untuk memegang wallet, handphone dan kunci kereta. Jadinya aku masukkan harta wajib bawa ke mana-mana itu ke dalam paper bag kecil dan comel.

Ala, macam goodies bag dari majlis kenduri kahwin. Sekarang kenduri kahwin mana ada bagi bunga telur lagi, sekarang pakai goodies bag. Dalam tu isinya - telur rebus @ kek @ gula-gula @ saputangan dan lain-lain berkaitan.

Paper bag itu aku dah guna since dari KPK* lagi. Jadi sampai sini, kondisinya agak huduh. Aku yang setia ini masih gunakan paper bag itu. Itu aku bawa bila jumpa kawan aku yang prihatin ini last week.

Tak aku sangkat perkara sekecil itu menjadi perhatian dia. Hari ini, bersua kembali dan dihadiahkan aku beg kecil yang comel.

Which is aku rasa kelakar, happy, malu dan terharu. Bercampur aduk. Muat pula untuk letak handphone, wallet, kunci kereta dan tag nama. Thank you! Thank you very-very much, Daun dan Sal. *Hugs!*

Dan cukup untuk buat aku tersenyum sepanjang hari. :-) :-)

0 comments:

Cerita Lama Amyz