Rabu, 24 Januari 2007

Reject

Nasib programmer la kan? Dia ingat senang nak design web, mengadap koding, berkreatif dan mengadap error dari yang simple macam tertinggal ';' hinggalah ke error tak jumpa parameter atau datasource atau apa-apa lagi. Senang-senang macam tu je nak reject. As simple as - tutup mata sebelah, tolak-tolak design tu dengan tangan, kepala geleng-geleng dan mulut cebik-cebik sikit. Rasa hinanya design saya ni. :-(

Saya malas nak berkeluh-kesah. Cuma rasa down sedikit. Tak banyak, sedikit saja. Mungkin dia ada right point untuk reject template saya yang bodo-bodo tu. Mungkin saya perlu berkerja dengan lebih lagi. Mungkin saya perlu lebih kreatif. Mungkin saya perlu letak flash-flash yang hebat-hebat. Dan banyak kemungkinan yang lain lagi.

Baiklah! Saya perlu bekerja kuat! Dan saya akan mula buat template baru itu...





Minggu depan!
*Kekonon mogok dan tak ada moood minggu ini sebab template kena reject. :-p *

0 comments:

Cerita Lama Amyz