Ahad, 7 Januari 2007

Hair Cut

Since Nieyl (ke Nyiel?) Mentor tutup Hair Saloon yang terletak sebelah kedai komputer abang ipar aku sebab pekerja dia berhenti, tergagau-gagau juga nak cari hair saloon.

Aku ni cerewet sikit tentang hair cut aku. Tadi pergi hair saloon dekat taman sebelah Cheras Baru ni. Unexpected la dapat nyah gunting rambut. Tangan dia lembut, nyah! Kalah kelembutan tangan mak! Ahaha.

Sebelum gunting rambut, dia blow rambut sebab nak luruskan. Bila dah blow, dia potong. Lepas potong dia boleh cakap, rambut akak ni kering la. Ni ada promosi untuk produk rambut ni.. bla.. bla.. bla.. ada vitamin.. ada mosturiser.. bla.. bla.. bla..

Ces! Dah dia blow rambut aku sebelum potong tadi. Dahla masa blow tu, aku rasa angin dari hair dryer tu panas gila. Rambut aku dah kering, lagi la kering bila dia blow panas-panas macam tu. Sabar je lah.

Lastly, aku cakap - takpe lah dik. Akak bawak duit cukup-cukup nak gunting rambut je. Terima kasih. Lain kali aje la ye?

Lain kali? Aku tak jejak lagi hair saloon tu!

0 comments:

Cerita Lama Amyz