Khamis, 26 Januari 2006

Bersih

Upacara membersihkan komputer sedang dilakukan secara besar-besaran. Fail-fail yang outdated dan tidak digunakan akan di-delete. Begitu juga dengan perisian-perisian yang telah di-install, akan dibuang. Sebahagian fail dan program yang tidak gunakan telahpun dihapuskan.

Mula-mula bersihkan komputer dulu. Kemudian, meja. Seterusnya almari pula. Terakhir, rak. Macam-macam ada. Macam-macam benda boleh dijumpai sekiranya CSI datang buat investigate. Sebab tu la, kena jalankan operasi pembersihan ini secepat mungkin. Next week dah cuti seminggu kecuali hari jumaat.

Kemudian upacara menghias cubicle cute ni agar cantik dan cute macam tuannya juga. Dan, perancangan kerja selama setahun juga akan dibuat.

Kerja-kerja dilakukan secara berperingkat.

Plan your work & work your plan!

Khamis, 19 Januari 2006

Fantasi

Katakan tiba-tiba la kan, dapat duit 1 juta. Apa nak buat agaknya ye? *Hmm.. ni yang buat aku berfantasi macam-macam ni. ;;) *

Kalau aku, (kalau.. aku bilang kalau..) aku dapat 1 juta tu kan. Hihi. *start berfantasi macam-macam* Selain dari menyelesaikan hutang pinjaman pelajaran dan lain-lain jenis hutang (jika ada). Aku nak bawa my whole family pergi travel ke tempat yang best - macam New Zealand, leh tengok tempat Peter Jackson shooting LOTR. Then bawa my whole family buat umrah dan haji sekali. Pergi ramai-ramai satu family best tau!!

Kemudian, nak beli kereta BMW 5 series untuk bawa gi jalan-jalan serata Malaysia, and my kancil tu bawa jalan-jalan sekitar KL, since parking lot kat KL ni sempit. Tapi kancil tu, aku nak modified dulu la. ;-)

Nak beli satu bungalow, ada swimming pool, ada.. erkkk?? Alamak. Tak cukup la satu juta. Nak lagi 5 juta leh tak? Huhuhu..

Walaubagaimana pun, aku yakin impian @ fantasi aku ni jadi kenyataan sebab : Semua kejayaan bermula dari cita-cita.

Semua cita-cita bermula dari impian. Semua impian bermula dari mimpi. Semua mimpi bermula dari..

ZZzzzzz.....

=))

Rabu, 18 Januari 2006

Excited

Busy since monday. But last weekend was great! Pergi Seminar kat PD. Seronok sangat~ Tengok la my face yang excited nih. :-D hihi. Tapi we really have a very good time. :-)



Tapi bila balik office je rasa tension balik. Sebab, kerenah biokrasi. Even tho, my department was small compare to others but, still ada pilih kasih dan ketidaksefahaman antara bos dgn kakitangan dan kakitangan dgn kakitangan. #-o duhh!!

Sedih gak la bila tengok orang-orang macam ni, yang sangat jumud, yang sangat negative pemikiran diorang. :-s Moga-moga Allah selamatkan mereka.

Hidup ni all about choice kan? Mana satu yang korang nak? Jadi macam ni selama-lamanya atau baik dari ini? :-) Good Luck for you and me too. :-)

Jumaat, 13 Januari 2006

Sesak

Pagi-pagi keluar rumah nak pergi kerja je mesti stuck in jammed. Rasa macam dah malas nak kerja kat area KL. Boleh kena high blood pressure macam ni. :-( Dah la tumpang ayah. Bukan boleh nak suka hati suruh-suruh cepat @ lambat. Rasa macam menyusahkan ayah pun ada juga. Dah 2 minggu punch card warna merah. Semua pun seminit-dua lambat.

Workload~ Jammed~ :-s buat tension je. Rasa macam nak pindah kerja dari sini. Workload tu masih boleh tahan lagi la. Mana ada kerja yang senang kan? Tapi jammed tu, memang tak boleh tahan. Geram betul~ Dah la banyak masa habis kat jalan. Journey yang boleh take about 20min jadi 45min. Rude driver lagi. Stupid driver lagi. Hiii.. memang menyakitkan hati betul!!

Aduh... sabar aje laa.. Minta-minta dapat la tukar ke tempat lain. Amin~

It's really hurt me, watching you go~ :-

Rabu, 4 Januari 2006

Motivated

Semalam aku fully motivated. Hari ni still aku masih bermotivasi penuh dengan tekad dan berwawasan. Cuma semangat aku hilang sikit. Sikit je la tak banyak. Tapi tak pe. Hidup bukan ada satu pilihan je. Banyak pilihan lain lagi.

Aku tak mahu lagi guna phrase "Better Late Than Never", aku prefer guna "NOW or NEVER". So, I decide NOW. Late is not an option. :-) Wahaha.. Aku masih fully motivated! Biasa la baru balik dari kursus. Ahaha.

Kelas Make up, Facial - aku perlu attend every week including health talk. :-) Wahhh.. sangat maju amyz.. azam tahun baru ke? Naaaa.. I don't think its my new year resolution. I just want to be a betterwoman to build a better life with better health and beautiful. :-) Impian tu sangat best kan? kan?

Sapa nak join???? Ehehe.. :-D

Selasa, 3 Januari 2006

Tahun Baru

Yeay!! Happy New Year!! Happy 2006.

Minggu lepas, attend course kat sg petani. Kelakar gila kursus tu. Walaupun ada orang tak sporting sangat, tapi tak kisah lah. Janji aku enjoy. :-) Balik KL hari Jumaat.

Malam new year, celebrate kat the curves, damansara. Datang nak tengok bunga api je. Bunga api besar-besar. Best gila. Lepas Reshmonu habis perform, aku pun balik. Jalan jammed!

New year pula, attend gathering geng jurnal dari pukul 2 sampai 6 kat Putrajaya. Dilanjutkan di Bangi sehingga pukul 11:30 mlm. Hihi. Balik selepas dapat call dari ayah. Hihi. :-D

3 days in New Year ni, aku happy + fully motivated + bersemangat. Moga-moga yang baik kan berterusan. :-)

Cerita Lama Amyz