Sabtu, 15 Julai 2006

Memoirs of Nana III

Dari petang Jumaat, sehingga saat ini, mata aku masih tak kering lagi. Aku tahu aku tak sepatutnya menangis sangat², kerana Nana takkan dapat kembali ke dunia ini. Aku takkan dapat lihat senyuman, tawa, gurau, rajuk dan manjanya lagi. Tak kan lagi.. Selamanya..

Hari Khamis. Terima panggilan dari Sis Dona, buat aku menggeletar. Suara aku terketar bagitau kak Nett. Aku resah, aku bertugas di PWTC saat berita itu sampai. Dada aku sebak, tapi aku belum menangis lagi. Aku teruskan tugas aku, di samping beberapa sms kawan yang sampai di inbox aku buat aku lagi sebak dan terus menahan sebak. Aku nak pergi tengok Nana. Aku nak pergi tengok Nana, tapi aku tak sempat.. Ya Allah.. :-(

Event habis pukul 6 lebih. Am SayangMama mesej untuk menghadiri tahlil arwah. Aku diam. Aku buntu. Tapi sebenarnya aku takut menghadapi kenyataan, aku dah kehilangan. Aku mesej Am, aku dalam perjalanan ke rumah Arwah. Aku gagahkan hati untuk mencari rumah Nana. Aku pernah hantar dia sekali saja di rumahnya selepas latihan bola jaring. Aku berpusing di kawasan perumahannya 5 kali sehingga aku lelah, dan menelefon Nida. Nida suruh aku tunggu~ Aku tunggu. Aku resah. Dalam hati, betul kah Nana dah takde? Betul ke Nana dah takde? Betul ke? Dorang ni tipu aku tak?

Nida sampai dengan Am dan Tipah, aku ikut kereta mereka dari belakang ke rumah Nana. Sampai di rumah Nana, makcik atau mungkin jirannya memberitahu, tahlil sedang diadakan di surau, yang 3 kali aku lalu-lalang tadi tanpa expect apa-apa.

Aku cuba berlawak-lawak dengan Nida, tapi aku tak tahu samada mereka sedar air muka aku begitu teruk macam jeruk. Senyum tawa aku rasa macam hambar. Nasib baik aku pakai baju agak vogue~ (sorry, dlm keadaan macam ni, aku tak mampu buat joke pun)

Demi aku jejakkan kaki di surau, badan aku rasa lemah. Lantai yang aku pijak tak terasa. Aku gagahkan hati, aku kuatkan semangat. Kami dihampiri makcik Nana yang paling rapat dengan arwah. Beliau mula bercerita tentang arwah. Saat dia menceritakan tentang sakit arwah dan bagaimana dia melawan sakitnya itu, mata aku mula kabur dan kabur. Dibahu Nida aku menangis semahunya.

Usai azan Isyak, aku berjumpa ibunya. Sebak dada aku, aku tak dapat tahan airmata waktu aku peluk ibunya. Selesai solat Isyak, kami bersalaman dan balik. Di bawah, Zhouls ada bersama Am.

Sepanjang-panjang jalan, air mata mengalir tak berhenti. Aku perlu gegas kembali ke PWTC untuk menyelesaikan kerja aku.

Sepanjang siang Jumaat, aku sibuk bertugas di PWTC. Aku ingat Nana waktu aku sendirian.

Petang, aku sampai rumah. Aku telefon Sis Dona & Attok. Aku cuba bertanya, bagaimana keadaan arwah waktu dikebumikan, biarpun aku telah diberitahu oleh makciknya semalam. Disitu air mata aku tumpah lagi, dan lagi, dan lagi.. macam bateri eveready. Begitu juga bila ada panggilan masuk bertanya pasal Nana, aku menangis, aku sebak. Aku tak mampu nak bertahan.

Malam aku ke CC, cuba membaca entri setiap orang yang mengenali & yang rapat dengan Nana. Dan update sedikit,sebab aku tak mampu nak tulis. Satu persatu ingatan aku pada arwah tergambar macam layar filem.

Setiap orang yang aku kenal (I mean, GJ dan MDC), kenal akan Nana. Tahu sifat happy-go-lucky miliknya. Tahu sifat peramah, ringan tulang, manjanya Nana. Semua yang baik tentang Nana. Aku tak pernah nampak pun dia sakitkan hati aku, kawan-kawan aku lebih-lebih lagi orang lain yang tak kenal dia. Orang lain saja yang sakitkan hati dia. Orang lain saja yang tak care pasal dia, including aku. Kakak apa aku ini ya?

Aku tahu aku tak boleh terus-terusan menangis. Aku cuma akan seksa dia di 'sana'. Terbaik aku buat, aku doakan dia dan sedekahkan dia Al-Fatihah, selagi hayat aku ada. Moga roh arwah Nana yang aku kasihi dicucuri rahmatNYA. Amin~

0 comments:

Cerita Lama Amyz