Selasa, 20 Jun 2006

Semanis Anak Dara

Manisnya anak dara, macam tembikai susu yang abang baju pagoda jual di pasar malam BB*B. Itu kata Cik Daun la. Tapi betul la tu, tembikai susu memang manis. Aku suka tembikai susu lagi dari tembikai merah sebab pejal dan senang nak kunyah. Susah nak makan tembikai merah, banyak air sangat.

Oh. Ramai kawan aku, anak dara yang manis. Cik Daun, Nett, Nida, Sal, etc. etc. ;-)

Nak jadi anak dara yang manis? Anak dara yang manis kena tahu masak, tahu kemas rumah, tahu membasuh, tahu gosok baju, tahu kekemasan diri dan 1001 macam perkara anak dara kena tahu dan pandai supaya tak diumpat oleh mak mertua dan ipar duai kelak. Susah tak?

Belum lagi pantang larang yang anak dara tak boleh buat. Antaranya, anak dara tak boleh menyanyi kat dapur, tak boleh duduk sesajor di pintu depan rumah. Garam dan gula jangan terlebih. Duduk kena bersimpuh. Cakap mesti bersopan. Itu tak boleh, ini tak boleh. Kalau dibuat juga, ha.. kan dah tak manis dah.. Adeh laa..

Biasala. Aku ni masih diam sebumbung dengan mak ayah. Apa yang tak manis di mata mereka, ditegurnyalah. Tiap kali buat salah, mak akan cakap, "Hai.. kalau macam ni, dikutuk mak mertua saja." Aku ni pun sengaja menyanyi kat dapur bila memasak. Saja nak dengar mak berleter. Tapi jangan dibuat depan orang cukuplah. Hilang manis nak dara.

Dan kalaulah boleh, janganlah ditanya pada si anak dara, bila nak kahwin. Semanis-manis anak dara, tidak dia seberani Khadijah yang meminang Rasulullah.

0 comments:

Cerita Lama Amyz