Isnin, 10 April 2006

Eh. Ngeri.

Satu malam nan indah permai.

Cerita-cerita seram yang sangat kelakar dan boleh diketawakan sehingga tepuk-tepuk meja, tidak lagi menjadi lawak apabila kau memandu seorang diri di lebuh raya di mana sebelah kirinya ada kubur-kubur cina lama.

Serta merta, roma di badan meremang. Ya, cerita-cerita seram yang kau gelak separuh mati tadi terngiang-ngiang di gegendang telinga, terbayang-bayang di kepala. Damn! Kau marah-marah kawan-kawan kau yang bercerita penuh galak tadi.

Tiba-tiba pula kubur-kubur cina itu, selama ini kau tak perasan sangat kehadirannya, tapi malam itu, kelihatan jelas warna putih nisannya.

Dan kau tidak akan berani menoleh kiri-kanan malah belakang. Tidak sesekali, menjeling cermin belakang. Kalau boleh, kau akan memandu selaju mungkin.

Sehingga sampai rumah. Malahan ketika tidur pun, kau termimpi-mimpi cerita seram tadi. Damn!

Ye, aku mengaku aku ni penakut. Lain kali kau orang ajak aku keluar pergi situ lagi, aku paksa kau orang escort aku balik sampai rumah!

0 comments:

Cerita Lama Amyz