Jumaat, 29 Disember 2006

Down La Pulak..

2 hari tak dapat akses internet. Puncanya ini :

Gempa Jejas Internet

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan internet antarabangsa termasuk di Malaysia mengalami gangguan teruk apabila kabel dasar laut Asia Pasifik Rangkaian 2 (APCN2) terputus ekoran gempa bumi di barat daya Taiwan, kelmarin.

Berikutan itu, lebih 3.8 juta pelanggan internet di negara ini mengalami kesukaran melayari laman web yang berpangkalan di luar negara, terutama Amerika Syarikat (AS), Jepun, China, Taiwan, Korea Selatan dan Eropah.


Ohh. Patutla saya berusaha refresh-refresh blog & meebo tak dapat-dapat. Rupa-rupanya ini masalahnya. Kesian G*T* kena kutuk-kutuk ngan saya. Rupanya mereka tak bersalah. Saya patut minta maaf ni!

Selasa, 26 Disember 2006

Cuti Yang Tidak Bercuti

Cuti dari Rabu sampai Jumaat. Including Sabtu Ahad Isnin. 6 hari cuti. Peh! Lama betul. Actually, Mak ngan ayah pergi honeymoon kat Langkawi. :-p Kenala cuti jadi babysitter Atiya. Since adik aku stay kat rumah mak. Adik ipar aku pula kena kerja. Jadi babysitter Yana sekali.

Tapi jaga budak Tiya & Yana ni senang sikit. Lepas bangun tidur, biar diorang tengok tv - Barney la, Bob The Builder la, Pingu la (aku suka Pingu ni. Comel gile!), SpoungeBob Square Pants la. Masa tu, aku basuh kain, kemas rumah, vacum, sidai kain macam-macam lagi la.

Sambil tu bagi dorang breakfast. Lepas siap mengemas, mandikan budak. Kemain suka main air. Sabar je la. Pakaikan baju. Atiya dah pandai pilih baju sendiri. Sambil mulut dia becok je bercerita. Comelnya la hai~

Dah siap pakai baju, biarkan tv kat channel 60, 61, 62 @ 63 - diorang aku biarkan main dengan sebakul toys yang ada kat rumah. Botol susu standby atas meja tepi. Kalau haus, pandai dia cari nanti.

Memula main sama, lepas tu gaduh berebut barang mainan. Itu sebab semua mainan kena beli 2 - kalau tak berebut. Menangis. Bagi susu. Suruh tengok tv. Tak sampai 5 minit dah baik balik. Sambung main sama balik. Hai.. geleng kepala aku dibuatnya. Sabar aje la~

Lepas makan tengahari. Tukarkan lampin, mandikan sikit, pakai baju singlet, buatkan susu. Kemudian tidurkan. Masa tidur tu la aku boleh masak. Kalau tak, dorang pun sama nak tolong masak sekali.

Dah lepas bangun tidur tu, Atiya nak tengok Bawang Merah Bawang Putih. Adeh~

Biar diorang main sampai petang. Budak-budak - kerjanya main saja. :-) Sampai mak ayah diorang balik. Baru aku lega sikit. :-)

Baru 3 hari jadi babysitter - ingat senang jadi mak budak? Ahaha. Takpe. Belajar-belajar dulu~ Ihiks!!

Rabu, 20 Disember 2006

Mambang Kuning

Takutnya nak guna 016. Nanti ada mambang kuning mengikut aku pergi mana pun. Tapi comelnya mambang kuning yang tembam tu menari-nari. Ahaha. :-D

Atiya suka joget-joget bila tengok iklan tu kat tv. Sambil gelak terkekeh-kekeh bila keluar scene maskot Digi tu menari-nari - lebih kepada menggelek punggung. Aku pun tergelak tengok telatah dia.

Kelakarla. Cute betul.

Khamis, 14 Disember 2006

Hai, Boleh Berkenalan?

Menulis blog adalah satu cara membenarkan orang luar mengenali kita, mengetahui apa yang kita lakukan dan mendekati kita secara tidak langsung. Menjadi kipas-susah-mati atau pembenci-pendengki atau sekadar pemerhati.

Kadang aku rasa tidak adil membenarkan pembaca mengenali aku tanpa aku mengenali mereka.

Aku juga mahu tahu siapa mereka, apa mereka buat, kerja apa dan sebagainyalah. Sebagai langkah pertama, aku ingin bertanya;





Hai.. A/S/L plis.. ;-)

Rabu, 6 Disember 2006

Exam

PTK exam today. Wish me luck! Moga-moga dapat 4 utk cepat naik pangkat. Ahahaha. :-)

Selasa, 5 Disember 2006

Cinta?

Isteri bukan hakmilik, tetapi anugerah.

Bayar, bayar, bayar. 2 kupang je? Ek ele..

Kadang-kadang, orang yang kita sayang tulah orang paling susah untuk disayangi.

Kalau kita nak, mesti ada cara kan?

Kalau kau tahu, dia tahu, kenapa nak sembunyikan?

Adik jangan takut gelap sebab kakak ada lilin.

Susah sehari dengan orang yang kita sayang lebih baik dari seumur hidup dengan orang yang kita tak sayang.

Hidup kakak yang kaya raya tu bahagia ke?

CINTA. 2 jam. 2 kali. 2 hari. Dalam panggung tanpa jemu.

Bila bila kiranya diriku perlu, Hari yang murung, Terdengar nada yang riang ria.

Sejak promo CINTA dengan lagu ini, aku dah jatuh hati. Sehingga aku tidak sabar menunggu hari CINTA ditayangkan. Lagu ini, mana-mana pun, sesiapa yang nyanyikan pun - Zainal, Kaer atau VE, aku tetap suka. Aku tetap rasa the same feeling~ :-) Riang.

Sewaktu. Bila berdua dahulu. Aku berjanji padamu tiada akan ku abaikan kasih kau beri pada ku. Aku terlupa sumpah setia.

Aku belum jumpa lelaki "hopeless romantic". So, bila aku tengok lelaki bagi kad ucapan, say I Love You, cium pipi, merenung manja, cakap lembut, ingat setiap tarikh penting, panggilan sayang @ darling @ honey tak lekang dari bibirnya, setiap hari. Campur candle light dinner lagi. Jadinya aku macam - Sailormoon bila nampak Mask-Man - keluar love-love dari matanya. Ahaha. Jika diibaratkanlah.

Ku harungi hari demi hari. Bersama wajah tak mungkin akan kembali. Tapi hati masih tak terima. Ditinggalkan sengsara

Tapi apabila setiap perbuatan, perkataan dan ingatan tidak pernah dihargai kerana tiada CINTA dihati akhirnya lelaki Haris itu dilukakan, ditinggalkan.
Setiap kali scene Haris dengan wajah yang terluka itu, dengan background music yang 'kena', setiap kali itu juga aku sebak.

Kau tahu betapa ku sayang padamu. Hanya bidadari sebagai ganti. Hanya takdir menentukan ia. Oh belaian jiwa..

Ego lelaki Azlan hilang bila terpaksa mengaku yang dia sayangkan Azura gadis kedai buku. Apa salahnya gadis kedai buku? Bukan satu kerja hina kan? Takut reputasi jatuh la tu. Tu la ego~ :-p tak elok tau! Why put an E to stop you. But when you throw out E, you can GO? :-)

Anak terima ajela. Besar cincin ni. Kalau anak tak nak. Makcik ada anak perempuan kat rumah.

Tengok cincin macam tu pun, aku serta merta cakap NAK!! Ahaha

Terharu melihat scene Cikgu Elyas dan Makcik Rubiah. Watak Amin (Ngasrizal Ngasri) banyak membantu. Terharu dengan kasih seorang cucu yang tabah menjaga Tok Ayahnya yang tua dan nyanyuk pula. Tapi, lihatlah jika kita buat baik waktu muda, ramai orang sanggup menjaga kita waktu tua. Insya Allah. :-)

Bercinta dengan suami orang? Sekeliling aku bukan tak pernah terjadi. Bukan senang. Banyak makan hati. Dia (suami orang) tu? Bukan kisah pun pasal kita (perempuan). Dia dah ada wife pun. (Macam tau-tau je? Kalau tak pernah alami pun, aku perhati pengalaman orang lain) Kalau boleh, seboleh-bolehnya, aku elak untuk jatuh cinta dengan suami/tunang/kekasih orang. Insya Allah, aku boleh elak. :-)

Pertelagahan adik beradik, walau macam mana kakak tak suka apa yang adik buat. Tapi jauh dalam hati, betapa dia kasih akan adiknya hingga sanggup berkorban nyawa. Aku sangat-sangat sebak bila tengok scene Dhani kehilangan Dyan. :-(

Cinta, tegarkan hatiku. Tak mau sesuatu merenggut engkau. Naluriku berkata, tak ingin terulang lagi. Kehilangan cinta, hati bagai raga tak bernyawa

Pierre Andre dan Syarifah Amani antara faktor menarik aku menonton CINTA. Selepas Sepet, Gubra dan Salon, aku ingin kelainan dari mereka berdua. Aku puas hati. Comel sangat Ariana memainkan watak gadis naif mencari cinta Khalif yang palsu bersama Taufik yang lurus dan jujur. Cinta ialah menerima dia seadanya. Betul kan? :-)

Tak perlu ku ulas lagi kerana CINTA sangat worth it!

Khamis, 30 November 2006

Teaser II

Macam mana marahnya saya pada awak. Hanya awak sahaja yang dapat menenangkan saya.

Well done! Carry on. Hurting me. Easy right??

Teaser I

Lelaki jarang nak tunjuk emosi dia. Ego sangat!

Ahad, 26 November 2006

Red Kebaya

Bila masuk panggung.

The he**?? 3 org je yang tengok. Aku, kawan kami & Nett. Dan kitorang pun buat panggung tu macam kitorang yang punya. Ambil-ambil gambar dan gelak kuat-kuat. Kemudian senyap - sedar diri. Kita dalam panggung wayang lah! Sound Nett.

Bila keluar panggung.

Nett : Kenapa tajuk dia The Red Kebaya? Vanida tak pakai Red Kebaya pun sepanjang dalam cerita tu? Patutnya dia pakai Red Kebaya masa memula dia jumpa John tu... *dan 1001 soalan yang tidak mungkin aku boleh jawab.*

Aku tak mahu spoil kan mood kalian untuk menonton cerita ini. Aku bagi 3 bintang saja.

Khamis, 23 November 2006

Imaginasi Liar

Semalam sembang-sembang dengan kawan aku yang dah kahwin juga salah seorang ahli GJ - di YM. Mula-mula cerita pasal Rapat 06. Kemudian cerita pasal blogger. Bila cerita pasal blogger, aku pun kata : kalau nak blog laku, tulis entrilah ala-ala imaginasi liar.

Kawan aku cakap, nasib baik dia dah tak tulis blog lagi. Kalau tidak, mesti dia tulis entri imaginasi liar. Heh! Dia bolehla tulis entri ada unsur-unsur imaginasi liar, dia dah kahwin. Kalo aku tulis nanti, ramai orang harras aku nanti. Dia gelak ala-ala syaitan.

Kata orang, se*x sells. Jadi untuk mempopularkan dan me'laku'kan filem @ blog @ cerita @ buku @ majalah @ novel - adakan sedikit sebanyak unsur-unsur se*ks. Kalau majalah, berlambak-lambak. Tak payah nak tengok tajuk. Tengok cover pun dah "eeeiiioouu.." Kalau blog pula, pergi baca blog Nazmi. Filem pun banyak juga. Kalau tak ada adegan-adegan secara terang-terangan, ada juga terselit adegan tersirat. Termasuk iklan juga.. Kan Nazmi kan? Ahahaha.

Isk. Kalau panjang tulis nanti, orang ingat aku kehausan pula. Tak adalah, aku tak haus. Aku baru je minum air tadi.

Rabu, 22 November 2006

5 Tahun || Be Wise!

Uish. :( Aku lupa. Bulan ini, 13hb. Weblog a.k.a jurnal a.k.a blog aku ini dilahirkan. Tahun 2001 nan silam. Kini, weblog ini yang entah apa-apa ini berusia 5 tahun.

2001 - rasa bagai sekejab masa berlalu. Entri bodoh-bodoh yang aku pernah tulis dahulu, kadang jadi bahan gelak tawa aku, mungkin orang lain juga. :-) Lucu.

Kadang rasa bosan. Hingga mahu berhenti. Tapi, kebiasaan ini sukar dilupai.

Tak tahu sampai bila boleh bertahan, walaupun weblog ini sekadar dipinggiran. :-)

~~~

Kata orang, orang yang pandai belajar dari pengalaman atau kesilapan. Tapi, orang yang bijaksana akan belajar dari pengalaman atau kesilapan orang lain. Menjadikan iktibar dan teladan yang harus dicontohi atau dijauhi.

Ye la. Siang-siang kita dah tau perkara tu salah. Kan elok kita belajar? Daripada kita buat bodoh sombong. Poyo kan?

Aku bukan apa. Last week aku forward satu artikel tentang kesilapan-kesilapan dalam perkahwinan kepada kawan-kawan aku. Tetiba, salah seorang kawan aku tu mesej. Dia cakap lebih kurang macam ni - Macam dah berpengalaman je~ What the he**??

Aku jadi malas nak layan orang yang tak berapa pandai ni. Dah tentu email. Tak kan le aku nak tulis semua tu. Aku forward aje la dengan harapan kawan-kawan aku jadi orang bijaksana yang belajar dari kesilapan orang lain. Muliakan hati aku? Ahaha.

Come on la. Be wise!

Isnin, 20 November 2006

Terkedip-Kedip

Mata sebelah kiri tiba-tiba terkedip-kedip. Kata mak, kalau mata belah kiri, terkedip-kedip. Tandanya, ada berita buruk atau empunya mata akan menangis.

Kadang-kadang bila mata yang sebelah kiri ini terkedip-kedip, aku menangis. Kadang-kadang tak menangis pun. Entah kenapa.

Kadang aku risau juga memikirkan apa yang buat aku menangis. Tapi bila tak risau sangat. Insya Allah, tak ada benda tak baik terjadi.

Ish. Tak usah risau sangatlah. Biar la mata tu nak terkedip-kedip. Mungkin bersenam ag

Jumaat, 17 November 2006

None



Hiburan untuk hari Jumaat. Aku dapat vclip ni dah lama dah. Tapi aku suka tengok juga. Aku ketawa tiap kali aku tengok. Ketawa kan penawar duka? Jadi aku share dengan kalian. Moga terhibur juga.

Rabu, 15 November 2006

Sentimental Value

Sedang kemas-mengemas cubicle comel ni, aku banyak jumpa barang-barang yang aku simpan sejak belajar lagi. Banyak. Benda kecil-kecil macam label Forrero Rocher, label lolipop Chupa Chups, stiker-stiker, sticky note dan macam-macam lagi, yang aku dapat dalam goodies bag di pameran-pameran, seminar-seminar yang aku pergi. Pen? Ya Allah, melambak-lambak. Bukan ada dakwat pun.

Entah. Sayang nak buang. Tapi simpan pun, ruang banyak digunakan. Sedang barang baru perlukan ruang. Mungkin kena simpan dalam kotak berlabel, Sentimental Value. :-)

Bila tengok barang-barang kecil macam ni, teringat juga satu-dua memori manis ke, pahit ke. Alahai. Sentimentalnya.

Dulu, waktu zaman muda-muda dulu. Setiap keping tiket bas, komuter, pembalut cokolat, tiket wayang dan entah apa lagi, aku simpan. Dalam satu kotak. Hihi. Malunya. What a confession~ Ahaha. Dulu Kiran.. :-p

Tapi, sekarang ni. Nak buang ke, nak simpan dalam kotak? Isk.

Khamis, 9 November 2006

Kejam!!

Kejam manusia sekarang kan? Sedikit hal yang boleh diselesaikan dengan kebijaksaan bertukar dari pembunuhan yang kejam. Dah dibunuh, diletup dengan bom pula tu. Sadisnya. Mesti orang luar boleh beri tanggapan salah pada orang-orang Malaysia ni jenis pengganas juga.

Kasihan wanita. Lelaki itu kejam. Dah la tak mahu bertanggungjawab atas perbuatan, dibunuh pula wanita tu. Pergi balik ke zaman jahiliah! Teknologi semaju manapun rupanya tak memajukan fikiran manusia. Setinggi mana pun pelajaran tak akan membantu berfikir waras tanpa iman.

:-(

Entah ye? Akhir zaman ini makin macam-macam.

Rabu, 8 November 2006

Marahnya!

Sedang berbual-bual dengan famili di ruang tamu, satu bunyi kuat berdentam depan rumah. Semua orang terkejut. Aku mengintai di tingkap. Ada kereta di tengah jalan, kereta aku di tepi.

"Aaaa....!!! Kereta aku....!!!!"
Geramnya! Marahnya! Tuhan saja yang tahu. Aku lari keluar. Lampu brek aku berderai seribu.

"Macam mana U reverse? Kereta I dalam rumah tau! U tak nampak ke? Buta ke?"

Bertubi-tubi Indian tu kena marah dengan aku.

"Sorry la akak. Jalan gelap. Hari hujan. Mata saya tara nampak."

"I nak buat report polis!"

"Jangan macam tu akak. Ini sikit. Hantar bengkel, saya settle itu bil"

Aku tak boleh nak fikir apa lagi. Badan aku menggigil. Geram dan marah. Lastly, aku biar ayah, abang ipar aku dan 3 org India mabuk tu discuss.

Dah habis discuss, ayah cakap diorang nak ganti - tak payah report polis. Biar abang ipar aku bawa kereta tu ke bengkel. Diorang settle bil.

3 tahun lepas, motor langgar. Tahun ni kereta langgar pulak. Uhuhu. Habisla kereta aku. Hi.. Nak tukar kereta baru la macam ni!!

Khamis, 2 November 2006

Cerita Raya II

Kalau cerita tentang raya, tipikalnya, aturcara setiap orang adalah lebih kurang seperti ini;

Bangun pagi
Bermaaf-maafan
Solat raya
Pergi kubur
Ziarah rumah saudara mara sampai malam, sampai kenyang.
Tengok tv

Masa aku kecil-kecil dulu, siaran tv popular waktu raya - sarkis. Entah apa relevannya. Aku tak tahu. Nasib baik sekarang tak ada lagi. :-)

Seperti tahun-tahun sebelumnya, 1 Syawal aku hanya di KL. Satu famili aku berkumpul. Termasuk 2 orang anak buah yang nakal tu. Lepas solat, balik Selayang sekejab. Kemudian terus balik Melaka. Khamis dah balik KL.

Tahun ni tak jumpa dodol lagi. :-( Tak complete raya aku tahun ni.

Ziarah rumah saudara mara dah sudah. Tinggal nak ziarah rumah kawan-kawan je. Insya Allah, cuba hadirkan diri bila kawan jemput open-house nanti. :

Selasa, 31 Oktober 2006

Cerita Raya

:-( usb cable tak bawa pula, tak dapat nak upload gambar raya hari ni. Tak dapat nak update fotopages. :-(

esok saja aku cerita. :-)

Isnin, 30 Oktober 2006

Larut

Mungkin aku pernah juga
Merasakan cinta
Tapi tak pernah seindah ini..
Mungkin aku juga pernah
Merasakan rindu..
Tapi tak pernah..
Sedalam ini

Mungkin kamu takkan pernah percaya
Bahwa sesungguhnya aku telah terjatuh

Ku akui aku telah larut
Larut Kedalam
Kamu Yang Kucintai~

Khamis, 19 Oktober 2006

Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua kawan-kawan yang dikasihi. Minta ampun dan maaf atas segala salah dan khilaf. Semoga Allah akan merahmati kawan-kawan sekalian. Dan berbahagia di hari yang mulia~

\(^_^)V Peace!!

Kemeriahan Hari Raya makin terasa. Sana-sini orang shoping untuk hari raya. Since aku bukan shopaholic, aku perhati kawan-kawan aku bershoping. Aku ni tak sabar nak bercuti lama saja. Alahai..

Baju raya dah siap, kasut raya dah beli. Cuma handbag saja belum lagi terbeli. Tengokla macam mana nanti. Kalau ada berkenan dihati, aku beli.

Aku nak beli handbag baru yang besar dan muat wallet, handphone, camera & make up aku. Ahaha. Banyak betul barang nak letak dalam handbag. Handbag sekarang tak muat. Camera & make up kena letak dalam paper bag. Susah nak bawa 2 bag tiap kali nak pergi office. Handbag ni nak beli khas untuk raya dan juga merangkap handbag pergi office.

Esok lusa masih ada. Cuma aku rasa macam tak sanggup nak mengadap orang ramai bershoping di musim raya ni. Ramai! Pening kepala. Adik-adik ada ajak pergi Jalan TAR nanti - mungkin hujung minggu ni. Tengokla macam mana.

Raya ni meriah. Semua adik-beradik aku berkumpul raya ni, termasuk Yana & Tiya juga. Seronoknya!!!

Ahad, 15 Oktober 2006

Selamat Atau Tidak

Sebagai pengguna perbankan internet yang setia, aku rasa terancam dengan kenyataan jenayah siber kian meningkat. Laporan akhbar minggu lepas mengenai 13 orang ditangkap kerana melakukan jenayah siber sehingga menyebabkan kerugian RM36K, buat aku wondering. Kenapa RM36K je? Kalau sejuta baru la thrill. Barulah boleh salahkan pihak bank!

Aku cadangkan kepada semua orang terutama pengguna perbankan internet membaca artikel ini secara online atau baca di surat khabar semalam Mingguan Malaysia, bawah tajuk Kecurian identiti bukan kesalahan bank

Ya, kalau anda betul-betul faham term & condition serta tahu cara-cara menggunakan perbankan internet dengan betul. Insya Allah, anda tidak akan tertipu. Aku tak salahkan bank. Sebab bank dah warning awal-awal, jangan dedahkan pin, ignore email yang mencurigakan dan sebagainya. Sepanjang aku berurusan dengan bank secara online, Alhamdulillah tak ada apa-apa yang mencurigakan atau berlaku kecurian. Tapi aku sangat menyampah bila internet slow @ sistem bank slow. Bosan sungguh la!

Aku pernah dapat email kononya dari Maybank, menyatakan aku perlu mengemaskini maklumat akaun aku. Lucunya, masa tu aku tak ada akaun Maybank lagi. Ahahahaha. Jelas di sini, penjenayah ini menghantar email secara rambang - siapa kena, nasib la. Yang pasti anda perlu berhati-hati dengan email sebegini.

Setahu aku, sebarang perubahan atau maklumat terbaru dari pihak bank akan dihantar melalui surat rasmi, bukannya email. Jika menerima pishing email tu, call bank dahulu untuk kepastian sebelum membuat tindakan.

Yang sangat pathetic melucukan, ada akhbar melaporkan seorang pakar komputer pun kena tipu bila berurusan melalui perbankan internet. Tak mahu dikenali pula tu~ Ahaha. Mendedahkan diri sebagai pakar komputer, tapi ditipu dengan IT juga. Alangkah ???? Entah apa harus aku labelkan orang ini?

Sebenarnya, akaun bank kita kan? Kita la bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Betul tak? :-)

Jumaat, 13 Oktober 2006

PTK, Lagu Raya

Result PTK baru keluar minggu lepas. Aku attend exam PTK 24hb Mei yang lepas. Baru dapat result hari Isnin. Masa nak check result online, berdebar-debar rasanya. Tapi Alhamdulillah, result PTK aku bagus walaupun aku tak study sangat. Ehehe. ;-) Bijak juga aku ni. Ahaha. Riak pulak~

Tapi aku tak berapa puas hati, aku nak ambil balik PTK ni. Dah register pun untuk exam bulan 12 nanti. Sebab, kalau boleh nak dapat 4 flet la kan.. ahaks! ;-)

Wuhuu..!!
\(^.^)/

Tahun ni aku tak dengar sangat lagu raya.(Puasa buat cara puasa ok? ;-) ) Radio pun tak pasang sangat lagu-lagu raya ni. Agaknya sebab awal-awal puasa lagi Mufti & Menteri dah warning jangan pasang lagu raya awal puasa. Memang kat radio tak pasang lagu raya, tapi kau pergilah mana-mana pasaraya, sure dengar lagu raya. Selang-seli dengan lagu Deepavali. Ahaks! Nak sekat tapi tak sepenuhnya. Poyo je.

Tapi betul la. Time puasa ni, sibukkan sangat pasang lagu raya kenapa? Puasa tu ibadat. Pentingkan pengisian puasa dulu. Bulan ni la ambil kesempatan nak beribadah dengan baik dan dapat pahala berganda. Bulan lain mana ada?

Lagu raya tu nanti dah raya baru dengar. Ahaha.

Mp3 kat PC aku ada 20 saja lagu-lagu raya favorite. Tak semua lagu raya aku suka dengar. Lagu Anuar & Elina lagu paling aku suka dengar. Cute betul suara Anuar masa budak-budak *wink* *wink* Ehehe. Tapi aku tak pasang lagi lagu raya kat pc @ kereta. Nantilah dulu. Save the best for last. :-)

Rabu, 11 Oktober 2006

Lupa La Pulak~

Aduh. Susah betul banyak account di internet ni. Banyak sangat password nak kena ingat. Dulu aku seragamkan password pada semua akaun aku di internet - email, forum dll. Tapi since email aku dihack oleh seorang yang paling bodoh/bongok/tahlul di dunia ini hamba Allah, aku pun tukar semua password account aku dan semua password setiap account adalah tidak sama. (just in case kalo dia baca jurnal aku, so dia leh tau password aku dah tukar & tak sama >:) haha. )

Since komputer ni aku seorang saja yang guna, aku selalu tick kotak "remember password" waktu pertama kali aku login - supaya aku tak perlu letak user name & password setiap kali login. [AMARAN - CARA INI ADALAH TIDAK SELAMAT] Selalunya aku risau kot-kot orang lain masuk pc aku dan boleh masuk semua akaun email dan lain-lain tanpa masukkan username & password. Isk. Isk.

Kadang aku susah nak keep track akaun apa yang aku ada. Tapi yang penting, account email (yahoo, hotmail & gmail), forum GJ, MDC, Friendster, Multiply, Maybank2u, CIMBClick dan Sistem Geoportal. Ini account yang aku ingat user name dan passwordnya.

Ada account aku sama user name, tapi password tak sama - kadang buat aku confuse. Selalu jadi kat account RILEX & MYEG, yang tujuannya untuk check saman kereta. Ehehe. Account Touch & Go pun selalu lupa password. Tiap kali nak login, tiap kali tu la klik button "forget password". :-( Uhuhu.

Macam tu juga Hotlink - banyak servis dia memerlukan user name & password dan aku selalu terlupa user name dan password untuk caller ringtone, hotlink club, free sms service, music zone dan background music. Aduhlah. Aku kena tulis surat cadangan untuk single login ke semua service dia. Baru senang. Satu user name & password untuk semua service -> macam portal office aku. Ehehe.

Tulis password dalam buku, takut orang baca. Tulis password dalam handphon, takut handphone hilang. Isk. Kena makan kismis banyak-banyak, bagi otak ni jadi senang ingat. :-)

Isnin, 9 Oktober 2006

Jerebu

Teruknya jerebu. Semalam keluar, sepanjang jalan kelabu. Kalau sejuk best juga, ni panas dan berhabuk. Ya Allah. Sebaiknya duduk di rumah saja time jerebu ni. Eh, bukannya nak minta cuti (Kalau cuti, dialu-alukan ;-) ). Tapi dah udara tak sihat ni kan? Dari membahayakan kesihatan, baik duduk rumah. Ahaks!

Jerebu kat di Putrajaya pun teruk. Pagi tadi sesampai Putrajaya, aku nampak bangunan semua dalam kekaburan. Hah! Hah! Mana Alamanda?? OOH. Nasib baik nampak belon Alamanda tu. Kalau tak, macam mana nak pergi Alamanda untuk membeli-belah ni? Isk. Isk. Isk.

Jerebu kat sini tak teruk macam kat Sarawak. Kesian orang Kuching nak balik raya next week. Sabar ye? Bulan puasa ni memang kena banyak sabar. Nanti saya bekalkan topeng muka tu. Nanti masa beraya pakai tau! Anggaplah ianya satu aksesori ye? Tapi jangan lupa belikan saya souvenir.. :-)

Khamis, 5 Oktober 2006

Baju Raya? Baju Kerja

Ye. Ye. Aku tahu raya lambat lagi. Ada 3 minggu lagi. Tapi baju raya aku dah siap semalam. Aku tempah dah dari awal bulan lepas aku rasa, kat jiran adik ipar. Since kawan mak yang menjahit setiap baju raya kami dari kecil, dah tak larat nak jahit baju. Teruja bila kain merah dah jadi baju yang cantik molek. Ehehe. Jiran adik ipar ni boleh tahan jahitannya. Kemas & Murah. Kalau baju kurung dalam RM25++, kebaya pula RM35++. Tak kurang dari harga tu. Tapi kalau nak tambah-tambah macam lining ke, kerawang ke, maka bertambahlah upahnya.

Baju raya aku? Huhu. Of course la kebaya ;-). Selalunya aku akan pakai kebaya pada 1st day raya. Dah siap cuma sepasang baju untuk raya. Hmm. At least, kena ada 2 pasang baju. Rasanya nanti akhir-akhir puasa, mungkin beli sepasang baju kurung dah siap kat Nagoya kot. Tengoklah macam mana. Baju kurung siap kat Jalan Tar murah-murah juga. Dalam RM30+-.

Baju kurung pun kena ada juga. Boleh bawa pergi kerja tiap-tiap hari. Selesa dan praktikal. Nak pakai kebaya selalu susah sikit nak bergerak. Sekali-sekala bolehlah bawa pergi office. Selalunya kebaya nak pakai pergi rumah orang kahwin ke, majlis-majlis rasmi ke. Begitulah.

Alamak, ada sepasang sutera batik yang aku hutang belum dihantar jahit lagi

Rabu, 4 Oktober 2006

Main-Main Cinta Ping-Pong

Tadi waktu lunch hour yang bosan dan tak boleh nak makan. Aku berempat dengan kawan-kawan berbaju kurung semuanya, suka-suka hati bermain ping-pong. Untuk pertama kalinya bagi aku. Lucu.

Oh ye, bahagian aku sedang mengadakan sukan dalaman bahagian ini. Psst.. Kak Nett tu jadi pengadil tau. Serious saje. Ahaha. Tapi suka shot gambar. Sukan yang dipertandingkan macam Congkak, Batu Seremban, Chess, Dam Aji, Ping Pong dan Karom. Aku ni bukan sport woman. Aku ambil permainan mudah-mudah je. Chess dan Congkak. Bukan nak lawan betul-betul sampai masuk peringkat Kebangsaan pun. Saja suka-suka. Batu Seremban, tak pandai dari dulu lagi. Masa kecik-kecik main dengan Kak Teh selalu kalah.

Jadi semalam lepas memerah otak bermain chess yang akhirnya kalah tu, aku bersuka-ria dengan kawan-kawan main pingpong pula. Semua yang main pingpong tu novice pula. Memula main, macam main badminton pun ada. Tapi belajar la sikit-sikit. Seronok. Sebab main waktu lunch hour, Boss Besar @ Boss Kecik yang lalu senyum-senyum dan mengusik sikit-sikit.

Sebab kami tak pandai lagi, yang banyak buat - gelak-gelak dan kutip bola dari pukul bola. Tapu semua having fun. Ok la. Esok nak sambung lagi. Tepat pukul 2 baru berhenti. Sambung buat kerja. Ni yang malas main sukan bulan puasa ni. Haus. :-p

Isnin, 2 Oktober 2006

Kamera Baru

Ayah beli Kamera nikon bulan lepas. Boleh tahan murah. Tapi dia bagi 16MB je memori. OK. OK. Sepadan dengan harga murah, dapat memori pun ala kadar saja la. Aku mengadu kat Kak Nett, OP & Spyz, tanya-tanya harga memori yang murah dan berbaloi. Mana lagi tempat selain Low Yat? :-)

Tapi aku ada satu tempat yang aku suka membeli-belah tanpa keluar duit minyak, tapi kena keluar duit pos. Lelong. :-)

Bila survey, kebanyakan harga Compact Flash 1GB lebih kurang Low Yat juga. RM120. Paling murah aku nampak RM88, tapi kena bid. Siapa bid lagi banyak, dialah dapat. Aku bid sampai RM120 saja. Bila lebih dari tu, aku stop bidding. Tak berbaloi. Aku boleh dapat yang lagi murah.

Minggu lepas aku jumpa iklan Lelong Compact Flash 1GB RM85, 2GB RM130. Jenama ntah apa-apa. DNA? Apa ke hal jenama macam tu? Warranty 5 tahun. Offer yang agak baik time terdesak nak cari memori kad nih. Terus aku beli tanpa berfikir panjang lagi. Harga Compact Flash 1GB tu RM85, kos penghantaran RM5 = aku kena Maybank2U kat tokei tu RM90. Hari sabtu, compact flash tu pun sampai.. Yeaaa.. :-D

Lepas ni boleh la ambil gambar sesuka hati, dimana-mana dengan hati yang girang. Lalalalilala..

*Pas ni, Fotopages tak update jugak tak tau lah.. * Ahaha.

Ahad, 1 Oktober 2006

Oktober Yang Mendatang

Idea aku hilang disini. Di muka blog ini, tangan aku kaku. Sedang semalam aku punya berbaris-baris ayat untuk ku luahkan. Entah mengapa ianya hilang bagai ditelan malam pekat dan hitam.

Buntu. Kosong. Rapuh.

Mungkin ia harus aku tinggalkan selamanya~

Rabu, 27 September 2006

Dugaan Ku.

Betullah bulan puasa ni selalu banyak dugaan dan ujian. Nak uji sabar dan juga iman. Kalau ikut hati, manusia pun bertukar jadi syaitan. Walaupun syaitan dah kena ikat dalam bulan Ramadhan.

Aku nak buat transfer duit melalui bank atas talian Maybank dan CIMB. Tapi kedua-duanya mengambil masa lebih dari 15 minit untuk satu transaksi. Sedang aku mahu melunaskan lebih kurang 3 transaksi untuk hari ini. Sebelum duit aku hilang ke mana-mana nanti (Ehehe..). Esok sajalah aku sambung lagi 2 transaksi.

Sejak semalam aku dijangkiti virus batuk dan selsema. Ianya membuatkan aku rasa kepala aku sangat besar dan berat untuk dibawa. Rasa terhoyong-hayang bila nak berjalan macam orang gila. Perit tekak dan hidung tersumbat buat aku tak selesa.

Bulan ramadhan ni, bawak-bawak bersabar sajalah.

Selasa, 26 September 2006

Bank Online Pun Tak Keluarkan Duit

Dalam banyak hal, aku lebih suka mengggunakan transaksi online macam maybank2u dan cimbclick untuk transfer duit bayar duit kereta dan kredit kad. Lagipun orang IT kena gunakan teknologi dengan sepenuh-penuhnya. Jimat petrol dan masa. Walaupun kadang-kadang menyampah juga bila servis down - time emergency pulak tu! Sabar jelah. Terpaksa juga cari ATM terdekat untuk perpindahan duit/pembayaran bil. :-)

Semalam orang gomen dapat gaji. Oleh sebab kat sini majoriti orang gomen, kesesakan luar biasa selalu berlaku di depan bank, atm dan pasaraya waktu-waktu seperti hari ini. Semua mahu keluarkan duit dan menghabiskan duit juga.

Semalam juga kawan aku meminta aku meneman dia keluar. Mencari ATM di pasaraya. Uish.. Luar biasa panjang barisan beratur di depat ATM yang ada. Keluar dari pasaraya, mencari ATM di petrol kiosk, pun begitu juga keadaannya. Aku rasa penambahan ATM adalah perlu kerana kesesakan di waktu dapat gaji seperti ini. Aku pun tak sanggup nak berbaris panjang macam tu + aku pun bukan seorang yang bersabar. :-)

Kawan aku yang tidak dapat mengeluarkan duit dan tak sanggup nak berbaris pun berkata "Kenapalah tak boleh nak keluarkan duit kat Maybank2U?"

Khamis, 21 September 2006

BBBZZZZZ

Working isnt fun unless u enjoy every moment of it. With lots of funny colleauge and work together, I think I having fun working here. :-)

Put all the stresses beside/behind. If u take it seriously in every liltle thing, u just put another burden in ur shoulder. Which is not good for ur health - mentally and physically.

Just enjoy in every thing u do. I'm sure u gonna have fun!

Sabtu, 9 September 2006

Malam Siapa?

Dulu Siti.. Sekarang Mawi..

Malam ini malam Mawi. Kalau anugerah yang pakai undi-undi ni dia je yang dapat. Dia kan raja sms. :-p

Calon lain boleh balik kalau ada anugerah undi-undi ni.

Heh. Aku senyum sinis je. :-p

Khamis, 7 September 2006

Hilang Segala Emosi

Saya masih tiada mood update kecuali mood untuk tukar layout. Asyik tukar layout aje kan? Entah versi keberapa pun saya tak keep track. Biar saja la ye? Versi ke berapa pun. Tak ganggu hidup orang lain kan?

Saya tidak tahu berapa lama weblog ini tidak akan berupdate, sebab saya akan hilang dari KL untuk seketika.

Tapi, untuk tidak mengecewakan anda yang mengunjungi weblog saya ini, saya hadiahkan satu lagu ikhlas dari hati saya. Ngeh ngeh ngeh.

Di bawah cinta satu benua..
Ku berlari mengejar satu cinta..

Erk.. Tak nak lagu ni? Best woo lagu ni~ Kawan saya pasang hari-hari tu. Habis, nak lagu ape? Oklah. Saya tinggalkan lagu ini. Lagu yang saya pasang hari-hari dan menjadi ringtone handphone saya~ Enjoy!!! I'll be back. ;-)

<

Rabu, 30 Ogos 2006

Anniversary Ayah Mak, dan Merdeka

Selamat memerdekakan diri sendiri. :-)

Selamat Ulangtahun Perkahwinan untuk mak ayah tercinta. Saya rasa bersalah sekiranya saya berikan mak ayah pulut kuning, sedang hari jadi saya hari tu, saya dapat kek mahal - walaupun tak semahal kek 12 ribu. Tak sampai hati saya nak buat macam tu kat mak ayah saya~ Tak baik kan??

Jumaat, 25 Ogos 2006

Hidup Dalam Ketakutan

Sejak kejadian ini, ramai orang di tempat kerja aku ini hidup dalam ketakutan.

Security guard pun takut nak meronda kawasan. Cleaner pula pergi bertugas secara berduet. Cerita-cerita seram muncul satu demi satu hinggakan staf di sini hidup dalam ketakutan.

Apabila hidup dalam ketakutan, kebanyakan staf wanita di sini sekiranya mahu ke tandas atau turun-naik lif, pasti hendak berteman. Setiap masa. Hidup sudah pasti tidak seperti dulu lagi. Naik lif seorang diri amat menyeramkan sekali.

Pekerja yang rajin stay-back juga hidup dalam ketakutan. Tepat masa, mereka sudah bersiap-siap balik. Kalau stay-back tidak lebih pukul 7. Sudah pasti tempat kerja aku untung kerana tiada claim over-time dibuat dalam sebulan dua ini.

Nasib baik aku dikategorikan dalam orang yang berani mengambil risiko. Aku naik lif seorang diri waktu balik semalam. Tiba-tiba di tingkat 4, lif berhenti. Di luar tak nampak orang. Baru aku hendak menekan butang tutup, seorang lelaki muncul depan lif. Aku terkejut, dia pun terkejut. Rupanya dia pun nak balik, sama macam aku juga. Ehehe. Buat seram aje la

Selasa, 22 Ogos 2006

Penderma Darah Yang Pening

Hari ini, Pusat Darah Negara telah membuka kaunter untuk menderma darah untuk kakitangan tempat kerja aku. Aku tiba-tiba rasa teruja nak menderma darah. Yelah, nak derma duit, duit tak berapa ada sangat. Derma darah bolehkah dikategorikan sebagai amal jariah?

Dulu masa belajar, kat kolej ada juga PDN datang buka kaunter. Masa tu aku teringin nak derma darah. Malangnya masa itu berat badan aku tak cukup 45kg. Kecewa tak dapat derma darah. Gembira sebab tak kena cucuk dengan jarum. Muahaha.

Aku dan Za pergi ke dewan untuk derma darah. Dapat angka giliran no 26. Lamanya nak tunggu, rasa nak cancel pun ada juga. Aku tak kisah tengok-tengok darah ni. Tapi aku agak fobia dengan jarum. Uhuhu.

Sampai giliran, aku diarah timbang berat badan. 50kg. Layak sangat nak menderma. Check jenis darah - darah A. Woo.. excited lak bila tau jenis darah. Ehehe.

Lepas check jenis darah, tekanan darah, kendian dapat satu buku kecil warna merah. Kemudian barulah kena baring kat kerusi. Nervousnya time tu! Tangan aku sejuk. Badan aku pun seram je bila tengok jarum menembusi kulit. Ngerinya. Aku dah start rasa lain macam. Rasa macam kena sedut je darah aku.

Aku start rasa pening. Aku tanya nurse, kalau pening ok ke tak? Nurse tu cakap, kalau pening, kita stop ye? Nurse tu pun stopkan pendermaan darah aku. Tapi, darah tak penuh lagi. Tinggal suku je lagi beg tu. Rasa kecewa lagi. Aku kena baring lama sikit - takut kalau aku terus bangun nanti pitam pulak.

Lepas dah rasa ok, aku ngan Za diberikan milo, biskut, kek dan air soya serta sijil penghargaan. Ehehe. Rasa bersalah lak terima sijil tu sebab derma tak abis.

Uhuhu~ kecewanya..

Jumaat, 18 Ogos 2006

10 Di Skala Ritcher

Dah dengar satu album KRU yang terbaru ini. Menampilkan lagu Gerenti Beres sebagai single pertama mereka. Actually not bad at all. KRU ni boleh jadi pengkompos lagu, penulis lirik dan penerbit album yang bagus.

Aku suka lagu-lagu dalam 10 di Skala Ritcher ini sebab ada satu dua lagu sindiran untuk orang-orang kita. Dari dulu pun KRU memang memandang sinis pada perkara seperti perangai fanatik orang Malaysia. Lagu Come On la, memerli sesetengah orang Malaysia yang memandang rendah pada artis-artis tempatan. Ye la, sebab bukan tak ada orang yang cakap "Apa kelas tengok movie melayu." kan? Well, its including me. Coz certain artist, for me - not good enough, tapi berlagak kemain lagi. Tapi tak semua, sesetengah sahaja. :-)

Kemudian, aku suka rentak lagu Ya Habibati. Ada campur rentak arab sikit. Sedap telinga aku dengar. Aku tak nafikan gubahan lagu-lagu KRU memang catchy dan sekali dengar boleh buat orang rasa nak dengar lagi.

Gerenti Beres aku ingat lagu lelaki. Rupanya, lagu ini seolah-olah luahan hati seorang wanita sebagai ingatan kepada lelaki untuk memenangi hati wanita. Ye, hantaran dan sebijik Ferarri Merah, baru lah kau nampak gah. Muka selipar jepun tak apa. Bukan apa, kebanyakan lelaki masa kini bukan banyak duit sangat. Tak de security. Ahaks! Nak cakap aku meterialistik? Cinta sahaja tak boleh beli susu anak oiii!!

Aku rasa kelakar bila dengar Lagu Untuk Mamat, sekalipun lagu ini slow. Diciptakan untuk lelaki. Mungkin nama kau ada termasuk dalam Lagu Untuk Mamat ni. Sebab terlalu banyak lagu untuk wanita. Dari Azura ke Fiona. So KRU pun ciptala satu Lagu Untuk Mamat pula.

Rasa tak rugi beli album 10 Di Skala Ritcher ini bagi suka-suka hati menghiburkan dan educate diri sendiri. ;-)

Agak-agak aku dapat komisyen tak untuk promosi album KRU ni? Ehehe.

Jumaat, 11 Ogos 2006

Punggung Ku Tidak Menipu

Satu hari saya sedang membawa kereta dalam perjalanan balik dari office, saya suka menukar-nukar frekuensi radio. Maka terdengarlah saya radio yang kununnya paling fofular di Malaysia ini.

Dalam segmen permintaan lagu hari tu, seorang pendengar sedang berbual dengan seorang DJ perempuan yang juga pengacara program talk-show di Astro. Pendengar tersebut mahu mendengar lagu dendangan Shakira bertajuk Hip Dont Lie.

Kemudiannya, DJ itu bertanya, apa maksud Hip tu? Pendengar secara terus terang mengaku tidak tahu. Sebelum itu, dia mahu menujukan lagu tersebut pada mak, ayah, kawan-kawan dan orang tersayang segala.

Lebih sadis, DJ tersebut pun cakap, dia tak tahu maksud Hip. Tak tahulah kalau-kalau niatnya mahu menjaga air muka si pemanggil.

Uh! Hip dont lie. Kalaulah dia tahu maksud lagu tersebut, pasti dia malu nak tujukan lagu itu pada mak, ayah, kawan-kawan atau orang tersayang sekalipun.

"Malam ni saya jadi datang. Kau tahu punggungku tidak menipu."
Bayangkanlah orang-orang yang dituju lagu ini faham maksud lagu ini~ Apa ke hal nak tujukan lagu ni kat orang lain? Tujukan la lagu Anuar Zain ke, tak pun lagu KRU ke.. kan?

Wahahaha.. =)) *gelak golek-golek*

Bagi saya, lagu-lagu seperti ini, saya dedikasi pada diri sendiri je. Untuk menghiburkan diri sendiri saja. Bukan dedikasikan pada orang lain -

And I'm on tonight
You know my hips don't lie
And I'm starting to feel it's right
All the attraction, the tension
Don't you see baby, this is perfectio

Selasa, 8 Ogos 2006

Gol & Gincu.. The Series

Ssuka tengok Gol & Gincu tiap Ahad kat 8tv. Ssuka tengok Fazurra yang cute tu. Pierre Andre yang macho dan Ssazzy yang gorgeous. Ssuka dengarr sslang english - melayu bila diorang berrcakap. Ssebab bila ssebut s, r, t messtti macam pelatt-pelatt ssikit. Why? Kawan ssaya cakap, macam tu la orrang KL cakap. Kalau ssaya ada terrcakap macam ni pun, kawan ssaya ejek ssaya. Orrang KL ni cakap pelatt. Dia cakap la. Bukan ssaya~

Isnin, 7 Ogos 2006

Setiap Ada Kamu

:-)
Setiap ada kamu, mengapa jantung ku berdetap.
Berdetap dengan lebih kencang.
Seperti genderang mahu perang.

Ehehe. Kelakar la lagu nih!

Khamis, 3 Ogos 2006

Seperti Kau dan Mentari

When the heart is empty, the brain doesn't mean anything
-from Jerry Mcguire


Salam. Saat ini rasa lelah. Ada kala nak menulis tentang diri pun tak sempat. Aku copy dan paste saja wise thought yang aku dapat dari email ini ya? :-) Harap dapat berkongsi something berfaedah dengan kamu. Kamu hanya perlu tahu, aku sihat - alhamdulillah. Aku banyak kerja perlu dibuat. Too many things and life is so short~ Doakan aku berjaya. Insya Allah. :-) Moga Allah merahmati kamu semua.

>>>

A long time ago, there was an Emperor who told his horseman that if he could ride on his horse and cover as much land area as he likes, then the Emperor would give him the area of land he has covered.

Sure enough, the horseman quickly jumped onto his horse and rode as fast as possible to cover as much land area as he could. He kept on riding and riding, whipping the horse to go as fast as possible. When he was hungry or tired, he did not stop because he wanted to cover as much area as possible.

Came to a point when he had covered a substantial area and he was exhausted and was dying. Then he asked himself, "Why did I push myself so hard to cover so much land area? Now I am dying and I only need a very small area to bury myself."

The above story is similar with the journey of our Life. We push very hard everyday to make more money, to gain power and recognition. We neglect our health , time with our family and to appreciate the surrounding beauty and the hobbies we love.

One day when we look back, we will realize that we don't really need that much, but then we cannot turn back time for what we have missed.

Life is not about making money, acquiring power or recognition . Life is definitely not about work! Work is only necessary to keep us living so as to enjoy the beauty and pleasures of life. Life is a balance of Work and Play, Family and Personal time. You have to decide how you want to balance your Life. Define your priorities, realize what you are able to compromise but always let some of your decisions be based on your instincts. Happiness is the meaning and the purpose of Life, the whole aim of human existence.

So, take it easy, do what you want to do and appreciate nature. Life is fragile, Life is short. Do not take Life for granted. Live a balanced lifestyle and enjoy Life!

Watch your thoughts ; they become words.
Watch your words ; they become actions.
Watch your actions ; they become habits.
Watch your habits; they become character.
Watch your character; it becomes your destiny.

Isnin, 31 Julai 2006

Hari terakhir Julai

Julai bukan bermula dengan indah. Satu demi satu perkara sedih berlaku dalam bulan ini. Harap-harap dengan permulaan minggu yang baik hari ini, bulan-bulan akan datang dapat memberi harapan baru. Insya Allah.

Selasa, 25 Julai 2006

Emotion Disorder

{cik Syida, pinjam phares hang sat nooo.. ;-) }

For few weeks back, life aku sedikit mess up. Emosi, semangat, mood, suhu badan turun naik tidak menentu. Tapi bersabar saja dengan dugaan yang sedikit dibanding dengan peperangan antara Palestin dan Yahudi jahanam tu. Mudah-mudahan Allah bersama mereka yang teraniaya.

Phew.. lucky me~ Aku ada ramai orang yang sayang kat aku. Ihiks! (gediks la pulak..)

Brek kereta aku agak kritikal. Tiap kali brek, tiap kali tu dia menjerit. Nyaring pulak tu. Isk. Isk. Isk. Aku selalu tak kisah sangat pasal aku. Tapi aku kisah tentang kawan aku yang mengandung ni jadi penumpang harian kereta aku. Nauzubillah, minta-minta tak ada apa-apa terjadi lah. Petang nanti aku nak pergi bengkel. Repair ke ganti ke, apa-apa yang patut. Since dah dapat gaji hari ni kan? Uhuhu.. Lari lagi la budget aku bulan ni. :-( Uhuhu.

Last weekend, tiba-tiba aku terajin untuk memasak. Pardon me, tapi memang aku ni jarang memasak. Tolong mak masak selalu la.. (Tolong tu, macam tolong goreng ikan ka.. tumbuk bawang ka.. tumis bahan ka.. siang ikan ka.. gitu-gitu la) Kalau masak pun, masak-masak biasa je. Sambal, kari, gulai, tomyam, sweet sour, masak lemak, goreng tepung, masak merah- which is aku tetiba dah boring nak masak macam tu weekend hari tu.

Since aku rare memasak (bukan cam cik daun, dia rajin masak.. ;-) ), bila aku masak, adik ipar aku, Lin mesti cakap "Ha? Kak Lang masak? Musti nak kena rasa nih!" Aku gelak je. Ampesh punya adik ipaq! Lin ni rajin & pandai masak. Semua dia masak sure sedap dan menyelerakan. Aku selalu tanya resepi masakan dia. Dia pun tak lokek ilmu. Dia bagitau la dia masak macam mana, taruh apa, bahan apa guna. Cenggitu la.

Sambung balik, last weekend aku nak try masak paprik. Tanya kat Lin macam mana nak buat paprik. Alhamdulillah, 1st time masak paprik dan rasanya pun ok. Tak terlebih masin ke apa la. Cuma kurang satu bahan je - daun limau purut. Terasa macam kejayaan yang besar pula. Hahaha. Padahal baru masak paprik. Belum masak benda-benda yang susah lagi tu.

Nanti every weekend nak try masak dan cuba satu demi satu resepi la. Bukan apa, sebelum apa-apa ni kan elok kita buat persedian kan? Bila dah ada apa-apa nanti senang... kan? :-)

Sabtu, 15 Julai 2006

Memoirs of Nana III

Dari petang Jumaat, sehingga saat ini, mata aku masih tak kering lagi. Aku tahu aku tak sepatutnya menangis sangat², kerana Nana takkan dapat kembali ke dunia ini. Aku takkan dapat lihat senyuman, tawa, gurau, rajuk dan manjanya lagi. Tak kan lagi.. Selamanya..

Hari Khamis. Terima panggilan dari Sis Dona, buat aku menggeletar. Suara aku terketar bagitau kak Nett. Aku resah, aku bertugas di PWTC saat berita itu sampai. Dada aku sebak, tapi aku belum menangis lagi. Aku teruskan tugas aku, di samping beberapa sms kawan yang sampai di inbox aku buat aku lagi sebak dan terus menahan sebak. Aku nak pergi tengok Nana. Aku nak pergi tengok Nana, tapi aku tak sempat.. Ya Allah.. :-(

Event habis pukul 6 lebih. Am SayangMama mesej untuk menghadiri tahlil arwah. Aku diam. Aku buntu. Tapi sebenarnya aku takut menghadapi kenyataan, aku dah kehilangan. Aku mesej Am, aku dalam perjalanan ke rumah Arwah. Aku gagahkan hati untuk mencari rumah Nana. Aku pernah hantar dia sekali saja di rumahnya selepas latihan bola jaring. Aku berpusing di kawasan perumahannya 5 kali sehingga aku lelah, dan menelefon Nida. Nida suruh aku tunggu~ Aku tunggu. Aku resah. Dalam hati, betul kah Nana dah takde? Betul ke Nana dah takde? Betul ke? Dorang ni tipu aku tak?

Nida sampai dengan Am dan Tipah, aku ikut kereta mereka dari belakang ke rumah Nana. Sampai di rumah Nana, makcik atau mungkin jirannya memberitahu, tahlil sedang diadakan di surau, yang 3 kali aku lalu-lalang tadi tanpa expect apa-apa.

Aku cuba berlawak-lawak dengan Nida, tapi aku tak tahu samada mereka sedar air muka aku begitu teruk macam jeruk. Senyum tawa aku rasa macam hambar. Nasib baik aku pakai baju agak vogue~ (sorry, dlm keadaan macam ni, aku tak mampu buat joke pun)

Demi aku jejakkan kaki di surau, badan aku rasa lemah. Lantai yang aku pijak tak terasa. Aku gagahkan hati, aku kuatkan semangat. Kami dihampiri makcik Nana yang paling rapat dengan arwah. Beliau mula bercerita tentang arwah. Saat dia menceritakan tentang sakit arwah dan bagaimana dia melawan sakitnya itu, mata aku mula kabur dan kabur. Dibahu Nida aku menangis semahunya.

Usai azan Isyak, aku berjumpa ibunya. Sebak dada aku, aku tak dapat tahan airmata waktu aku peluk ibunya. Selesai solat Isyak, kami bersalaman dan balik. Di bawah, Zhouls ada bersama Am.

Sepanjang-panjang jalan, air mata mengalir tak berhenti. Aku perlu gegas kembali ke PWTC untuk menyelesaikan kerja aku.

Sepanjang siang Jumaat, aku sibuk bertugas di PWTC. Aku ingat Nana waktu aku sendirian.

Petang, aku sampai rumah. Aku telefon Sis Dona & Attok. Aku cuba bertanya, bagaimana keadaan arwah waktu dikebumikan, biarpun aku telah diberitahu oleh makciknya semalam. Disitu air mata aku tumpah lagi, dan lagi, dan lagi.. macam bateri eveready. Begitu juga bila ada panggilan masuk bertanya pasal Nana, aku menangis, aku sebak. Aku tak mampu nak bertahan.

Malam aku ke CC, cuba membaca entri setiap orang yang mengenali & yang rapat dengan Nana. Dan update sedikit,sebab aku tak mampu nak tulis. Satu persatu ingatan aku pada arwah tergambar macam layar filem.

Setiap orang yang aku kenal (I mean, GJ dan MDC), kenal akan Nana. Tahu sifat happy-go-lucky miliknya. Tahu sifat peramah, ringan tulang, manjanya Nana. Semua yang baik tentang Nana. Aku tak pernah nampak pun dia sakitkan hati aku, kawan-kawan aku lebih-lebih lagi orang lain yang tak kenal dia. Orang lain saja yang sakitkan hati dia. Orang lain saja yang tak care pasal dia, including aku. Kakak apa aku ini ya?

Aku tahu aku tak boleh terus-terusan menangis. Aku cuma akan seksa dia di 'sana'. Terbaik aku buat, aku doakan dia dan sedekahkan dia Al-Fatihah, selagi hayat aku ada. Moga roh arwah Nana yang aku kasihi dicucuri rahmatNYA. Amin~

Memoirs of Nana II

Akak, nana demam. semalam kat hospital. tak sempat hantar juring. nana ingat, kena hantar hari rabu.

La.. hantar hari selasa. nana demam ke? takpe. nana rest la ye? takpe kalau nana demam. bukan nana saja-saja tak nak hantar kan?

tu laa. takpe la kak. nana nak rest ni. bye.

take care tau, nana.

That's all? That's all I've said? I'm such a jerk. Busy konon. That's the last conversation ever. I could never ever talk to her after this, forever... forever..
:'-(

Jumaat, 14 Julai 2006

Memoirs Of Nana

Aku tak punya kekuatan lagi untuk bercerita tentang arwah adik kesayangan yang ceria, yang peramah dan sangat pandai menyenangkan hati semua orang. Nana.. akak minta maaf, I'm such a terrible sister...

Lain2 gambar tahun 2002, masa kita sgt2 rapat.

Abg cik hilang kawan, kak lang hilang seorang adik.....
Al fatihah~

Khamis, 6 Julai 2006

Copy & Paste

Sila ambik iktibar dan tolong jgn amalkan bila nak mintak kerja... (Dari Bos Tempat pratikal member Aku)

Kisah selepas aku pergi iklankan jawatan kat JTR : Aku dapat panggilan telefon dari bebudak ni dan di antara soalan atau jawapan mereka.

1) "Helo, saya nak apply jawatan sebagai Jr Programmer, Gaji berapa?"

2) "Saya nak apply jawatan yang nombor 1 tu"katanya. Dan saya tanya balik. "Apa nama jawatan yang awak nak apply tu?" saya tanya. Dan dia jawab, "Entah le, saya tak pergi JTR tadi, kawan saya yang bagi tahu ada kosong".

3)" Ni company melayu ke?"

4) "Apsal susah sgt requirement yang company Encik mintak? Tak leh kurang kan sikit ke?" (yang ni bila dia baca bab minimun requirement.)

5) " Kerja kat Ipoh je ke, atau kena transfer tempat lain?"

Yang ni pulak bila aku dah shortlisted dan panggil interview.. Generally,Bila aku tanya beberapa soalan, diorang akan jawab yang lebih kurang sama camni :

Soalan (s) : Dari scale 1 hingga 10 (10 yg terbaik), berapa yang awak letakkan skill dan knowledge awak? Jawapan (j) : Lebih kurang..aaa... emmm... 4. Sebab saya lecturer saya tak ajar dulu.hee..hee.. (dia gelak) (Jenis yang bergantung pada buku, dan tak reti-reti nak tambah ilmu, sebab dia bukan minat sangat kerja yang dia nak mintak!)

s: Dah tu kalau lecturer awak tak ajar, ada tak awak cuba belajar sendiri? j: Mana ada..lagipun saya tak berapa study on the practical side. Saya lebihkan study untuk exam je.. (jenis ni yang belajar untuk exam je..final year project upah orang buat)

s: Boleh tak awak buat satu code yang buat connection ngan database? Dengan mengunakan text editor? j: Tak boleh lah..sebab saya dah lama tinggal bab ni dan dah lama tak pegang. (dia dah lama tinggal bab tu, tapi nak apply kerja yang melibatkan bab tu..)

s: Dengan pengetahuan dan juga pengalaman asas awak yang (sikit sangat) camni, awak rasa boleh ke awak buat kerja yang saya nak bagi ni? j: Boleh tapi makan masa sikit le, sebab saya nak kena belajar balik.

s:agak2 berapa lama masa yang awak ambik untuk belajar balik semua benda yang saya list out tadi. j: Benda yang encik nak tu, dulu dah belajar dah, tapi saya dah lupa, jadi saya rasa untuk belajar balik semasa kerja ngan company encik, maybe ambik masa 6 ke 7 bulan.

s: Hm.. 6 ke 7 bulan ye..habis tu, masa tempoh tu, berapa gaji yang awak expect awak akan dapat? j: Saya tak demand encik, sebab saya ni tak berapa cekap sangat dan jugak tak berapa tahu sangat pasal kerja ni,Jadi, encik bayar gaji saya dalam RM 1400 ke RM 1600 pun saya terima. ( Ada tak mana2 company yang nak bayar gaji sebanyak tu untuk staff yang belum tentu mendatangkan hasil? )

s: Memandangkan skill dan juga knowledge awak mengenai task yang awak kena buat ni agak rendah., boleh tak kalau syarikat kami berikan awak peluang untuk membuktikan kemampuan awak selama 3 bulan, tetapi gaji yang awak akan dapat tu rendah dari apa yang awak harapkan. Dan selepas 3 bulan, sekiranya awak perform, maka kami akan bagi gaji penuh dan dikira sebagi confirm. j: Saya rasa tak boleh lah, sebab saya ni degree holder, walaupun saya tak tahu nak buat kerja2 tu semua, encik kena nilaikan degree yang saya ada.. (Hmm... no komen..)

Dan banyak lagi. Dan aku rasa tak perlu lah aku sambung kisah sedih anak bangsaku mintak kerja... Cuma nasihat ihklas aku, dan sebagai mewakili industri yang ambik orang kerja.. tolong lah persiapkan diri dengan knowledge dan juga skill yang bersesuaian dgn kerja yang nak di mintak tu.. (tak smestinya companies nak ambik orang yang pernah ada pengalaman 2 -3 tahun) Dan sebagai ICT punya orang, korang tak boleh expect ilmu yang di ajar tu je sudah mencukupi untuk korang dapat kerja, sebab ada kawan aku yang cuma ada SPM tapi dia punya knowledge dan juga skill ICT ngalahkan software engineer.Ini semua sebab dia ambik inisiatif untuk belajar sendiri.

So Jangan Pikir Keje Dak IT ni Senang Dapat..Lengkapakn Diri Korang and Jangan Mengalah! Metaliti Kena Ubah!! Sekadar Berpesan.

Buat student IT yg masih lagi mampu mengubah nasib anda (x grade lagi la tu), teman nak kongsi ssuatu... sblum korg p praktikum atau Nak Kerja siapkan benda berikut supaya korg x tenganga bila bos arahkan buat keje...

Berikut ialah skill yg korg perlu ada (paling minimum)... : 1. Microsoft Office - benda asas ni kena mahir sepenuhnye... bkn stkt ms word ja... Excel, PowerPoint, Visio and sebagainya gak kena mahir!!

2. Programming - Java ke, C++ ke, VB ke... mestilah tau..jgn xtau langsung...

3. Database Project - Mestilah tau nak buat projek yg guna database..paling kurang pun tau guna Microsoft Access... lebih sesuainye projek yg guna VB la.

4. Web Development - ada syarikat yg bila kita p praktikum je, tu lah peluang depa nak suruh kita buat laman web... buat je pakai Dreamvewer ke, Frontpage ke... kenalah tahu HTML ckit...

5. Aplikasi lain cthnye buat animation flash ke, animation swift ke, design gambar ke - benda ni korg kena bljr sendiri...

6. Baik pulih komputer (Optional la) - paling kurang pun belajar la format komputer... xkan la budak IT nak format komputer sendiri pun suruh org lain... come on!!

Kalo 6 Ini Takde... Sampai Bila2 Korang Tak Akan Dapat Keje... Cayala..Itual Faktor2 Napa Student IT byk Menggangur

Cth la ek... kalau kita dah pilih nak jadi tukang kebun..kita kena pandaila berkebun... kalau dah pilih nak jadi tukang masak..kena pandaila memasak kalau dah pilih jadi tukang kasut pun kenalah pandai baik pulih kasut...

So Tepuk Dada Tanya Selera Wahai Sahabat2 Ku Dari Kursus IT

Isnin, 3 Julai 2006

Tertewas

Bagai seorang pahlawan tewas dari medan pertempuran.
Menanggung luka parah dari pedang sang lawan.
Hanya menanti masa nyawa terbang dari badan.

Rabu, 28 Jun 2006

Lagu Anak

Versi aku (mama)
Bangun pagi. Gosok gigi.
Cuci muka dan mandi.
Pakai baju. Minum kopi.
Pergi sekolah. Senang hati.

Versi Atiya
Angun agi. gogok gigi
tuti muka an andi.
akai aju. inom opi
egi kolah. enang ati.

Versi Yana (featuring mama)
mama : Bangun pa..
Yana : gi..
mama : Goso gi..
Yana : gi..
mama : Cuci mu..
Yana : ka..
mama : dan man..
Yana : di..
mama : pakai ba..
Yana : yu..
mama : minum ko..
Yana : pi...
mama : pergi seko..
Yana : lah...
mama : senang ha..
Yana : ti..

Selasa, 27 Jun 2006

Woman Don't Need Ball To Have Fun

Tajuk kali ini agak seksis. Lelaki, pergi together-gather kat mamak, kedai kopi mahal sebab nak tengok bola. Tapi perempuan tak perlukan bola untuk bersuka-ria. :-)

Actually, aku jumpa blog ni - Football Widows United, and found it interesting. Very interesting! Ahaha. You should read it to find out more what woman should do, when the husband watching football or too obses with football. :-)

Kebanyakan perempuan tak faham anything about bola. Lelaki cerita la apa pun pasal bola, about the pasion ke, about goal even about the player pun, perempuan still wondering why on earth 22 mens chasing one ball for 45 minute? And most of women find it as stupid game. Perlu ke ramai-ramai kejar satu bola, nyah? Koser mak tau!

Nasib baik, sejak start Cawan Dunia ni kan, hidup aku tak banyak berubah. Mungkin sebab satu, aku belum berkahwin dengan lelaki yang obses dengan WC lagi. Sebab dua, ayah aku bukan huge football fan. Cuma sejak Zaim balik cuti semester ni, aku terpaksa berebut remote control dengan dia yang asyik nak tengok bola. Nasib baik ada veto power, so aku boleh suruh dia tengok WC selepas aku masuk tidur.

Yang kelakarnya, bila aku perhati lelaki-lelaki bercerita pasal bola kan. Alamak aii.. macam dia terel gila main bola. Berapi-api, bersungguh-sungguh, bersemangat cerita pasal bola, terutama time favorite player/team dapat jaringkan goal ataupun cara non-favorite team bermain bola. Paling lawak.. lelaki tu bercerita pasal bola, tapi tak main bola, paling teruk sekali, tak reti main bola~ Kelakar la..

Sure korang ada dapat World Cup Rules For Women, yang diforward ke email-email korang. Lelaki baca gelak-gelak, perempuan baca, adala sikit rasa sakit hati. Eleh.. Ok. Tak nak bagi attention pada perempuan during WC ye? Kalau aku, kalau (kalau.. aku bilang kalau..) husband aku cakap macam tu la kan~ OK.. Pergi tidur kat sofa dengan bola. Yang bestnya, the way Madame Malicious reply back to this rules. Very funny!! Anyway, perempuan bukan semua tak suka bola. Ada juga yang suka. Kalau tak, takde la penyokong-penyokong perempuan siap cat-cat muka tengok WC kan? kan?

Ok la. The more aku cakap, nanti ramai orang ingat aku ni anti-football pula. Takde la sampai anti & benci, tapi aku kurang gemar orang yang terlalu fanatik about anything - bola, artis, AF, apa-apa saja. Tapi yang penting, aku bukan orang yang fanatik. :-)

Btw, ada juga bola yang aku minat. ;-) iklan bola Maxis lah! Hasbullah Awang : Ya, dijaringkan oleh Rio Ferdinand. Ya, Rio Ferdinand. Ahaha. Ingat bola apa yang aku minat weh???

Isnin, 26 Jun 2006

To Do

1. Minit mesyuarat hari Jumaat lepas - start dari pukul 9, sampai pukul 12:40. Agak-agak berapa pages aku perlu tulis? Uhuhu.

2. Butang print di portal kena tukar - nak pakai imej printer. Butang tak cantik. Okee..

3. 3 report masih belum siap-siap lagi. Sejak bulan lepas lagi. Campur 2 report terbaru yang baru dapat last week.

4. Kena tukar layout lagi. Kawan complaint tulisan kecik sangat. :-p

Selasa, 20 Jun 2006

Semanis Anak Dara

Manisnya anak dara, macam tembikai susu yang abang baju pagoda jual di pasar malam BB*B. Itu kata Cik Daun la. Tapi betul la tu, tembikai susu memang manis. Aku suka tembikai susu lagi dari tembikai merah sebab pejal dan senang nak kunyah. Susah nak makan tembikai merah, banyak air sangat.

Oh. Ramai kawan aku, anak dara yang manis. Cik Daun, Nett, Nida, Sal, etc. etc. ;-)

Nak jadi anak dara yang manis? Anak dara yang manis kena tahu masak, tahu kemas rumah, tahu membasuh, tahu gosok baju, tahu kekemasan diri dan 1001 macam perkara anak dara kena tahu dan pandai supaya tak diumpat oleh mak mertua dan ipar duai kelak. Susah tak?

Belum lagi pantang larang yang anak dara tak boleh buat. Antaranya, anak dara tak boleh menyanyi kat dapur, tak boleh duduk sesajor di pintu depan rumah. Garam dan gula jangan terlebih. Duduk kena bersimpuh. Cakap mesti bersopan. Itu tak boleh, ini tak boleh. Kalau dibuat juga, ha.. kan dah tak manis dah.. Adeh laa..

Biasala. Aku ni masih diam sebumbung dengan mak ayah. Apa yang tak manis di mata mereka, ditegurnyalah. Tiap kali buat salah, mak akan cakap, "Hai.. kalau macam ni, dikutuk mak mertua saja." Aku ni pun sengaja menyanyi kat dapur bila memasak. Saja nak dengar mak berleter. Tapi jangan dibuat depan orang cukuplah. Hilang manis nak dara.

Dan kalaulah boleh, janganlah ditanya pada si anak dara, bila nak kahwin. Semanis-manis anak dara, tidak dia seberani Khadijah yang meminang Rasulullah.

Jumaat, 16 Jun 2006

Cahayamata

Zuriat, merupakan suatu yang ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan suami isteri. (Tapi ada juga zuriat yang tidak ditunggu telah ditongsampahkan oleh pasangan bukan suami isteri.)

Alangkah sedihnya. Setelah bertahun-tahun menanti kelahiran seorang cahaya-mata, dipinjamkan sementara, kemudian dia dijemput Yang Maha Kuasa? Juga, bertahun-tahun menunggu, namun hajat menimang cahaya mata masih belum dimakbulkan Allah.

Aku ini cuma memerhati. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Aku tahu aku tidak dapat merasai lagi sedihnya, pedihnya hati pasangan yang telah bertahun berumahtangga, berusaha untuk mendapat cahaya mata. Tambahan manusia di sekeliling sentiasa bertanya adakala menghina mereka masih belum punya cahayamata. Tidak tahukah mereka, rezeki itu di tanggan Yang Kuasa?

Namun sedikit sebanyak, aku terasa juga sedih, pedih perasaan itu. Maaf, aku tidak dapat membantu, cuma iringan doa aku saja yang mampu. :-( Tabahlah hadapi.

Dedikasi entri untuk Zaimah, Ejad, Kak Ngah dan Ina.

Khamis, 15 Jun 2006

Testing

Cuba menulis entri menggunakan Performancing for FireFox. Yang direkomenkan oleh cik daun yang manis. Senang dan mudah. Tak perlu login ke blogspot tiap kali nak tulis entri

Tapi.. tapi.. jangan sesekali browse blog aku dengan FireFox ye? Nanti kau nampak kotak-kotak bertindihan, dan kau tidak akan dapat membaca entri aku dengan kepuasan maksima. Maaf, aku tidak tau cara mana nak beri kotak-kotak itu tidak bertindihan

Jangan susah-susahkan diri. Browse saja pakai IE. Lebih comel, cantik dan menarik, kau memamg Da Bomb! Kau boleh nampak gambar kaki dan kasut tinggi bertali-tali. Harap-harap tiada yang salah tafsir. Aku cuma gilakan kasut tinggi bertali-tali. Tak lama tu, dua tiga bulan lagi - aku mungkin tukar layout lain, sekali lagi. Eheh.

;-)

Selasa, 13 Jun 2006

Benci

Eh.. bukan benci kat orang. Tapi benci betul kat aircon kat sini. Sejuk banget! Sekejapan air coklat panas yang aku buat tadi dah sejuk. Air coklat bila dah sejuk tak sedap.

Sejuknya macam duduk kat kutub utara. Dah la blazer aku tertinggal kat k*pkt. Tak dapat aku nak memanaskan badan. Bila sejuk, udara kering. Aku cepat haus. Kemudian banyak minum air. Sikit-sikit masuk toilet. Adeh. Dah la toilet jauh.

Sejuk. Jari-jari aku macam dah beku. Nak menaip pun tergagau-gagau. Sikit-sikit typo error. Kena la tekan backspace banyak-banyak kali. Aiyark! Banyaknya buat salah.

Bila sejuk terasa sampai ke tulang, nak tak nak kena keluar dari office ni. Ambil udara kat luar. Panaskan badan dalam 5 minit. Baru masuk balik peti ais besar ni.

Disebabkan kesejukan melampau, otak boleh beku gak. Kalau aku lambat buat kerja, jangan salahkan aku ye?

Isnin, 12 Jun 2006

Diet ke?

Waktu sarapan tatkala yang lainnya mengambil mee, nasi lemak, roti canai dan segala macam jenis sarapan pagi yang biasa diambil oleh tipikal orang Malaysia. 2 ketul kuih dalam piring aku direnung cuak oleh kawan-kawan kecuali kawan aku yang satu ini.

Makan itu saja?

Diet ke amy?

Kenyang ke 2 ketul kuih saje?

Sebenarnya, kat rumah sebelum pergi office, aku dah minum breakfast mix. Kenyang tau minum breakfast mix ni. Pagi-pagi boleh dengar bunyi blender buat breakfast mix di rumah aku. Sedap! Nyum. Nyum. Campur susu, campur yogurt, campur epal hijau, campur vitamin. :-) OK. Yang ini untuk memenuhi keperluan nutrisi badan aku. Banyak khasiat. Nanti aku cerita pasal ni.

Sampai di office, turun breakfast dengan kawan-kawan. Makan kuih & limau suam untuk memenuhi selera anak tekak.

Tengahari. Tak makan nasi. Sekali lagi, kawan-kawan bertanya soalan yang sama.

Bukan nak diet nak kurus. Diet nak jaga badan dan jaga kesihatan. :-) Lapar gak tak makan nasi waktu tengahari. Disebabkan cerewetnya aku ini tak suka makan nasi dan lauk selain dari lauk masakan rumah. Kalau makan pun, aku ambil nasi goreng ke, bihun sup ke, Fish & Chip. Selain dari nasi dan lauk.

Tak apa. Sampai rumah, pukul 7 dah makan malam. Sedapnya lauk yang mak masak. :-)


Diet untuk jaga kesihatan & jaga badan je.. ;-)

Jumaat, 9 Jun 2006

Mencari Yang Tak Jumpa

Dulu mencari macam mata buta, tapi tak jumpa.
Bila dah tak cari, tiba-tiba muncul depan mata.

Nak ignore ke nak hargai?

:-)

Entahlah. Macam-macam dah teracun dalam fikiran. Dan aku selalu macam ni. Stuck in the middle. Lemas. Macam bernafas dalam lumpur.

Lama mana lagi
Hendak ku turutkan
Kata telunjuk yang menuding kepalaku
Sabar apa lagi
Hendak ku turutkan
Hingga aku bernafas bagai dalam lumpur
Kasihan...

@};-

Musim AF. Iklan Astro Ria.

Iklan : Untuk mengetahui maklumat mengenai pelajar AF, peratusan terkini, biodata pelajar dan undian, tekan butang merah..

aku : Ohhh.. tekan butang merah yang ini kah?? ( butang (|) )

adik : oit.. oitt.. itu butang nak off astro laaaa..

:-)

Selasa, 6 Jun 2006

Why I Need Chocolate?

1. You can GET chocolate.

2. "If you love me you'll swallow that" has real meaning with chocolate.

3. Chocolate satisfies even when it has gone soft.

4. You can safely have chocolate while you are driving.

5. You can make chocolate last as long as you want it to.

6. You can have chocolate even in front of your mother.

7. If you bite the nuts too hard the chocolate won't mind.

8. Two people of the same sex can have chocolate without being called nasty names.

9. The word "commitment" doesn't scare off chocolate.

10. You can have chocolate on top of your workbench/desk during working hours without upsetting your work mates.

11. You can ask a stranger for chocolate without getting your face slapped.

12. You don't get hairs in your mouth with chocolate.

13. With chocolate there's no need to fake it.

14. Chocolate doesn't make you pregnant.

15. You can have chocolate at any time of the month.

16. Good chocolate is easy to find.

17. You can have as many kinds of chocolate as you can handle.

18. You are never too young or too old for chocolate.

19. When you have chocolate it does not keep your neighbors awake.

20. With chocolate size doesn't matter; it's always good

Khamis, 1 Jun 2006

Salah

Ye, saya tahu saya salah. Tapi janganlah letakkan 100% salah itu pada bahu saya. Seolah saya melakukan satu dosa besar yang tiada ampun lagi. Saya dah mengaku saya bersalah. Patutkah saya dihukum lagi? Saya dah cakap, 'sorry'. Perlukah awak menyindir - Buat apa minta maaf, kalau buat lagi nanti. Bukankah awak patut cakap, OK. Jangan buat lagi.

Kata-kata awak melemahkan semangat saya dan rasa berdosa mengekori setiap langkah saya. Mungkin awak tahu, perasaan yang paling saya benci adalah 'guilty'. Hukuman 'rasa bersalah' ini sebenarnya sangat mendera hati.

Terbaik yang dapat saya lakukan ialah tidak melakukannya lagi. Tapi janganlah saya dimarahi.

Selasa, 30 Mei 2006

Confession

kau damaikan diri ini
sejukkan dasar jiwaku
tenangkan resah hatiku

tanpamu ku rasa
suramnya tanpa cinta
oh..tanpamu kurasa
resah dan gelisah

@};-

I'm goin to confess something.

Let the time decide.

But I think this is not the right place to confess anything, rite?

Will let the time decide.

:-)

Selasa, 23 Mei 2006

Truth Is Hurt

What will you do, when you found out, your bf/fiance/husband is cheating on you?

What will you do, when somehow you know, he's been cheating on you for all these year?

Well, I have to thank him. At least, somehow, I knew it.

@};-

Wish me luck. I have to attend PTK's exam tomorrow. And I'm not study anything. At my bro in law's cc, I'm just surfing till I found out, something I dont wanna care anymore. But it hurt me a lot.

Jumaat, 19 Mei 2006

Merajuk

Are you gonna fight for me?
Die for me?
Live and breathe for me?
Do you care for me?
'Cause if you don't then just leave..!

@};-

Kawan aku mengadu tentang aweknya yang sangat suka merajuk. ( Isk, ingat aku ni cik sri siantan? Suka sangat mengadu-domba dengan aku. Ha, yelah. Nanti aku buat satu kolum baru, pakai nama Cik Seri Santan pulak.) Since dia kawan yang baik, aku sentiasa jadi pendengar & penasihat yang baik. :-)

Berbalik pada persoalan awek yang suka merajuk tu kan, aku cakap, kalau sekali dua pujuk dia merajuk juga. Kita dah minta maaf pun dia merajuk lagi. Biarkan dia sampai dia cool sendiri. Kemudian, tau la dia cari kita balik. Itu kalau dia betul-betul sayang kat kita la kan?

Yang kuat sangat merajuk tu kenapa eh? Aku ada merajuk juga, tapi rasa malas nak merajuk lama-lama. Nanti muka pun boleh jadi macam asam kecut. Yelah, asyik monyok dan muncung aje. Ingat cantik la merajuk tu? Sekali dua, cik abang boleh nak pujuk. Masuk hari-hari dia pun bosan. Dia cari lain, baru tau. Ahaha. Jahat gila aku saiko.

Takde la. Takkan aku nak nasihatkan kawan aku suruh cari lain pulak. Aku bagitaulah dia agar bersabar sedikit. Kerenah perempuan adakala membingungkan. Ini sebab prasangka negative dia sangat tinggi. Kena educate sikit. Awak kan lelaki. Kan tugasnya memimpin rusuk yang bengkok tu? ;-) Aku bagi nasihat aje. Selebihnya terpulang pada dia nak buat macam mana. Jangan sampai memukul cukupla.

amyz : Pernah merajuk sampai tak makan. :-p

Rabu, 17 Mei 2006

Padan Memadan

Jatuh suka pada entri Cik Daun Padan-Memadan. Sebab pernah pakai tudung yang tidak padan dengan warna baju. Rasa macam tak nak keluar pergi mana-mana. Duduk di partition kecil tu senyap-senyap, kalau boleh duduk bawah meja je. Mood nak buat kerja pun tak ada.

Sejak itu, aku serik dan ambil masa 2-3 minit pilih tudung yang padan dengan baju setiap pagi sebelum ke tempat kerja atau keluar rumah. 2-3 kali tanya Kak Teh, padan ke tak? Sampai Kak Teh rolled eye. Sampai aku rasa, keluar dengan pakwe lagi senang. Pakai baju terbalik pun dia tak banyak complaint.

Kemudian, majalah-majalah yang aku beli beritahu, kalau pakai baju ni kena pakai kasut macam ni. Padankan baju kebaya dengan high-heel atau kasut baji. Jangan pakai skirt dengan kasut sarung. Tak padan.

Cerita nak padankan make up dengan baju pun boleh memeningkan kepala. Takkan nak pakai eye shadow biru bila pakai baju color merah jambu? Mana padan.. Terpaksala ambil masa lebih 15 minit setiap pagi untuk make up. Nasib baik pandai make up. :-)

Walaupun aku tak berapa fikir sangat apa yang orang lain fikir tentang aku, tapi apa yang aku buat ni adalah untuk menjaga penampilan diri aku. Nak buat macam mana lagi? Dah jadi rutin seharian dah. :-s

Lelaki pun berfikir, susahnya jadi perempuan ni. Semua pun kena padankan. Dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Jumaat, 12 Mei 2006

Ada Saja

Since aku tak banyak kerja, aku pdfkan semua arkib entri-entri lama sejak tahun 2001 hingga 2005 sahaja. Adala kerja dari tak buat apa-apa. Actually, dah lama dah kumpul sikit-demi-sikit entri untuk di pdfkan. Tapi ada aja halangan buat perkara ni tertunda. Sekarang ni dah siap. Bolehla tengok cerita-cerita lama aku. Tapi dalam bentuk pdf la. :-) Arkib 2006 tak buat disebabkan, kita masih berada dalam tahun 2006. Nanti aku publish balik entri month by month tahun ini. Happy reading.

Server bahagian ni masih dalam proses pemindahan. Portal kadang tak boleh nak browse, susah untuk aku ambil maklumat tentang kerja aku. Tak apa. Perlahan-lahan. Tapi rasa agak jealous tengok Kak Nett buat kerja. Eheh. :-D

Esok cuti. Birthday Atiya 14hb. Nak beli apa for my favourite niece yang comel sangat ni? Kawan kahwin hujung minggu ni. Kena make up kan dia termasuk jadi pengapit sekali. Isk. Kata orang tak elok anak dara jadi pengapit, nanti lambat kahwin. Betul ke? :-( Huhu..

amyz : Sorry, I guess I'm not good enough~ :-(

Selasa, 9 Mei 2006

Tak Ada Kerja

Tak ada kerja lagi, jadi aku melepak saja tapi tak boleh chat sebab ym kena block. Nasib baik dah biasa masa kat Kpk* dulu. :-) Boleh la juga chat sebenarnya. Tapi aku malas nak pakai meebo atau e-msgr. Network slow sangat.

Satu dua folder dari pc office lama tak boleh di-copy ke dalam pc ni. Entah kenapa. Agaknya hard disk corrupt. Mungkin juga ada gangguan masa transfer file. Pc sekarang ni guna Win2k. Masa aku kat kpk* guna XP. Kena downgrade la pula. Kekok sikit masa mula-mula pakai. Tapi lama-lama biasa la.

Seminggu kerja direct drive pergi office, I was like, pheww.. penatnya drive. Jammed di Bandar Tasik Selatan yang paling menyakitkan hati aku. Isk. Rasa macam nak bawa kereta auto je. Nanti la bila dah ada duit lebih, beli satu lagi kereta. So ada dua kereta, satu manual satu auto. Mesti best kan?

Baru jumpa officer. Dia explain sikit tentang job-scope. Ada beza dari kerja-kerja sebelum ni. Cool. I like learn new things. ;-)

amyz : Dah lama tak cuti. Rasa macam nak pergi melancong je.

Jumaat, 5 Mei 2006

Dah Pindah

Hehe. :-) Yeay! Dah pindah tempat baru. Sukanya hati. :-) Lalala.. Lapor diri hari Selasa. Semalam baru dapat PC. Hari ni baru boleh online dengan senang hati. :-)

Tempat baru ni ok. Selesa. Cantik. Orang-orang baik-baik, peramah. Kerja belum ada lagi. Belum jumpa boss untuk memberikan kerja-kerja. Boss pergi attend conference. Nervousnya nak jumpa boss. Huhuhu.

Hari ni copy semua dokumen penting dari tempat kerja lama ke pc baru, termasuk mp3-mp3. Penting hiburan ni. Nanti ngantuk je nak buat kerja.

Last day di KPK*, bila kemas barang yang aku kumpul hampir 3 tahun kerja kat situ - ada 4 kotak saiz A4 dan 2 kotak printer 4A. Isk. Nasib baik ada kawan tolong. Kalau aku sorang mengangkut, mahu menangis aku.

Yang aku hairankan, sikap-sikap lelaki kat situ. Tak pernahnya gentleman. Dah nampak 2 orang perempuan terbongkok-bongkok angkat 6 kotak yang berisi buku-buku, tak offer pun nak tolong angkat. Tapi tanya-tanya kat kawan aku, nak pergi mana semua. Dah la busybody macam perempuan, tak gentleman pulak tu. [-(

Aduh. Membebel pula aku ni. Nanti aku sambung lagi. Nak buat kerja ni. :-)

amyz : Tak suka lelaki tak gentleman.

Isnin, 17 April 2006

Gubrakah Aku

Tak banyak cerita melayu @ Malaysia yang menyentuh hati aku. Gubra menjadi salah satu antaranya. Belas dan hiba bila melihat kehidupan 2 orang pelacur dan bagaimana suami isteri yang warak melayan mereka, tanpa memandang rendah kepada mereka. Aku tahu tak ramai, sangat sedikit orang yang berpekerti seperti itu di Malaysia.

Seperti biasa, lakonan Harith Iskandar dan Ida Nerina berjaya menghiburkan aku. Termasuk Adibah Noor. Sharifah Amani dan Adlin Aman Ramli juga tidak mengecewakan aku. Sewaktu aku tonton trailer di Wayang Kita baru-baru ini, aku ingatkan Sharifah Amani yang kena pukul, rupanya tidak. Ehehe. Suprise. Suprise.

Adlin Aman Ramli? Hmm.. Lawak betul la mamat ni. Selamba aje dia. Aku harus bagi pujian atas lakonannya yang bagus itu. Mak dan ayah pelakon, no wonder la~ :-) tapi dia dah banyak berusaha. I'm impressed!

Alan Yu yang berlakon sebagai Alan, abang kepada Jason adalah model, pernah berlakon iklan. Posmen yang cute dulu. Iklan Shampoo tak silap aku. Ala.. tak ingat pula aku dialog iklan dia ni! Dulu aku siap hafal. Sebab dia sangat cute!! Huhu.

Aku suka dialog-dialog ini :

"You are so mess up"
"That make us look like sister"
" I have beauty and great singing voice, which you have neither"

"Abah tak kasi kita datang tengahari sebab ada ramai nurse nak ***** sotong dia" <- time ni pecah panggung gelak.

The way Adlin called S.Amani 'Budak Kecik'. Comel sangat.

Banyak scene buat aku sebak dan terharu. Kalau orang lain, mungkin ada yang menangis. Tapi aku tak boleh nak menangis. Sebab kena control macho.

Aku tak suka cara cerita ini bercampur. Buat orang bertanya, ini nak cerita pasal keluarga Orked atau kehidupan pelacur berjiran dengan Pak Bilal? Aku tahu, Yasmin mahu ceritakan di sebalik kisah Orked terdapat kisah lain yang terjadi dalam hidup. Tapi semuanya terpulang pada penonton buat kesimpulan.

Oh. Sayang pada sesiapa yang keluar panggung sewaktu kredit ditayangkan. :-) Kau takkan tahu apa yang terjadi pada Orked. ;-)

Gubra dan Sepet adalah berbeza. Tapi aku sukakan kedua-duanya. :-)

Isnin, 10 April 2006

Eh. Ngeri.

Satu malam nan indah permai.

Cerita-cerita seram yang sangat kelakar dan boleh diketawakan sehingga tepuk-tepuk meja, tidak lagi menjadi lawak apabila kau memandu seorang diri di lebuh raya di mana sebelah kirinya ada kubur-kubur cina lama.

Serta merta, roma di badan meremang. Ya, cerita-cerita seram yang kau gelak separuh mati tadi terngiang-ngiang di gegendang telinga, terbayang-bayang di kepala. Damn! Kau marah-marah kawan-kawan kau yang bercerita penuh galak tadi.

Tiba-tiba pula kubur-kubur cina itu, selama ini kau tak perasan sangat kehadirannya, tapi malam itu, kelihatan jelas warna putih nisannya.

Dan kau tidak akan berani menoleh kiri-kanan malah belakang. Tidak sesekali, menjeling cermin belakang. Kalau boleh, kau akan memandu selaju mungkin.

Sehingga sampai rumah. Malahan ketika tidur pun, kau termimpi-mimpi cerita seram tadi. Damn!

Ye, aku mengaku aku ni penakut. Lain kali kau orang ajak aku keluar pergi situ lagi, aku paksa kau orang escort aku balik sampai rumah!

Isnin, 3 April 2006

Wonderfull

If it wasn't for the money, cars and movies stars and jewels and all these things I got
I wonder, hey Would you still want me (Want you) Would you still be calling me (Still calling you) You be loving me? (I'll be loving you)


Ini korus lagu Wonderful nyanyian Ja Rule Feat R.Kelly & Ashanty. Aku suka lagu ni. Sebab aku selalu wondering kenapa seseorang sukakan aku. Haha. Mungkin soalan bodoh. Tapi, aku tak mahu orang suka kat aku atas sebab-sebab fizikal, macam cantik, kaya, pandai, hebat dan lain-lain.

Banyak kes aku perhatikan, seseorang disukai kerana dia cantik, dia kaya, dia hebat, kereta dia best, henpon dia paling mahal, camera dia canggih. Contohnyala~ Tapi tak mustahilkan? Dah la tak ikhlas nak kawan dengan kita, pastu mempergunakan kita lagi tu. Angin satu badan.

Kemudian, bila waktu-waktu sesak, sedih, kawan-kawan tadi tu terus lenyap. Kalau contact pun, macam nak tak nak je jawab. Lebih haru, kalau orang yang kita sayang pun macam tu juga. Tak mahu langsung tolong waktu kita susah. Pendek kata, senang sama-sama, susah kau tanggung seorang. Ada ke patut?

Bukan aku tak pernah hadapi situasi macam ni. :-) Ada la 2-3 kali. Buat aku susah nak percaya kat orang. Tapi nak buat macam mana? Nak marah pun, buat hati lagi sakit je.

Ada lagi haru aku pernah hadapi, ada orang kawan ngan aku semata-mata nak tahu perihal peribadi aku, kemudian pergi mengata-mengumpat-mengeji aku dengan kawan-kawan dia yang lain. Ada lagi satu, kawan dengan aku sebab tak ada kawan lain. Hahaha. Sedihnya~ Harunya.

Cubalah berkawan dengan ikhlas, bukan atas sesuatu sebab, atau kepentingan diri sendiri

Jumaat, 31 Mac 2006

Hari Terakhir

Hari terakhir bulan Mac. Esok dah masuk bulan April. Huh. Time goes by so fast. :-) Sibuk sikit minggu ni buat kerja-kerja penambahbaikan sistem tribunal. Banyaknya requirement baru diorang. Huhu. Rasa nak nangis ngadap programing. Dah setahun lebih tinggal. :-(

Dah la 2 hari pertama minggu ni coldfusion ni ada problem. 2 hari try install, uninstall. Rupanya kena update patches. Hampeh je. Penat aku install, uninstall. Ingat pc aku ada problem. Nasib baik aku tak format pc nih. Hari rabu baru start kerja. Tukar interface je dulu. Hari ni present kat user. Nampaknya dia agree. :-)

Lepas tu, officer aku cakap, kita akan buat sendiri penambahbaikan ni. Rasa nak nangis. Tapi, kalau nak out-source kan, lambat. Minta maaf la encik OP. Kalau saya tak larat sangat nak buat sistem ni, saya akan suggestkan sendiri kat pengarah saya, untuk ambil direct encik OP buat sistem ni seluruhnya. Tapi, 25% yaa?? Ahaha..

Happy weekend~ Jumpa di laman seni esok. :-)

Rabu, 29 Mac 2006

Mimpi Ngeri

Lewat kebelakangan ini, aku diganggu mimpi. Mimpi aneh-aneh dan ngeri. Isk. Lepas aku bangun pun, mimpi tu macam menghantui hidup aku. Aduh la.

Sabtu lepas, aku mimpi peperangan berlaku di hadapan rumah aku. Bunyi tembakan sangat jelas sehingga kini terngiang-ngiang. Aku menjaga kanak-kanak kecil dan aku boleh nampak peluru-peluru menembusi dinding persembunyian kami.

Minggu lepas, aku mimpi ular melingkar-lingkar di hadapan aku. Ular tu tak patuk la pulak.. Lambat lagi la aku kahwin. Muahaha. Eh, mimpi ular bukan mimpi ngeri ke? Ahaha.

Kemudian, aku ada mimpi aku ditangkap oleh pontianak. Ya Tuhan. Ngerinya diterbangkan pontianak yang mengilai-ngilai dengan taring yang tajam-tajam dan berdarah. Tak pula dia gigit aku. Dia bawa aku terbang. Kemudian aku diselamatkan oleh Superman. Kau jangan cari logik. Sebab ini mimpi aku. Aku pun rasa tak logik juga. Tapi itu lah yang aku mimpi. Pelik kan?

Ish. Macam-macam la mimpi aku ni. Agaknya aku tak basuh kaki sebelum tidur kot.

"Allahhumma bismika ahya wa ammutu"

@};-

Hujan. Aku minum koko panas. Terasa kehangatan mengalir dalam usus. Sedapnya koko panas ni. Nak pergi order lagi secawan.

Sabtu, 25 Mac 2006

Blueeh

It's fine with me. If you want to shut the connection down, I don't give a damn. It's really fine with me. I thought I didn't disturb you. I do my job, my task properly. But why on earth you so "busuk hati" and envy? :rolleyes:

I don't care and I don't give a damn!~ Suka hati ko laahhh.. Don't you ever think I ever respect you again. :-p bluuueehhh!!

Selasa, 21 Mac 2006

Bengangnya!

Ya Allah, tensionnya aku kerja kat sini! Bodoh la diorang ni. Bunyi telefon berdering-dering pun tak mahu angkat. Telinga tu tuli agaknya. Hiee.. Geram betul aku. Aku kalo boleh tak mahu la buat jahat. Tapi ada satu hari aku tak tahan bunyi telefon berdering-dering tu, aku angkat, aku letak. Geram sangat!! Setiap minit ada je telefon berdering. Ya Allah, sabar je laa..

Punca telefon berdering-dering tu sebab pemaju perumahan telefon. Diorang ni pandai sangat buat sistem, suruh pemaju key-in data dalam online-form yang disimpan dalam CD atau disket, kemudian diorang just extract je data dari pemaju ke dalam database. Pandai sangat la idea tu. Kalau pakai borang macam dulu kan aman nyawa aku sekarang ni?

Tu semua sebab satu department kat sini malas sangat nak buat data-entry. Plus idea dari top-management. Kalau pemaju salah isi, tak tahu isi, siapalah yang susah? BTM juga. Aku pun susah tau. Setiap minit terpaksa menadah telinga dengan deringan telefon tak berhenti. Geramnyaa..!!

Tak tahu la aku nak cakap macam mana. Kesian. Geram. Semua ada. Terseksa aku kat sini. Tolongla!!

Jumaat, 17 Mac 2006

Comfort Zone

Bila seseorang tu berada dalam comfort zone, dia jadi susah untuk berubah. Dia mungkin takut keselesaan yang dia ada akan hilang. Dia tak mahu meningkatkan hidup dan mahu berada dalam keadaan selesa selamanya.

Berapa ramai orang dalam dunia ni, tak nak kata dunialah kan, besar sangat. Berapa ramai orang dalam Malaysia ni, merasa hidup dalam keadaan yang selesa? Sebenarnya, ramai. Mereka yang tidak mahu berubah dan kekal di suatu tempat adalah mereka yang berada dalam comfort zone. Tak mahu ubah hidup mereka untuk menjadi lebih baik.

Bila keadaan selesa, mereka rasa senang. Tanpa peduli tentang orang lain, hal politik dan sekeliling kerana, bagi mereka selagi kehidupan mereka tidak diganggu, selagi itu mereka senang disitu.

Apabila kita mengajak untuk berubah, mereka menolak idea itu bulat-bulat. Susah nak ubah pendapat orang, apatah lagi sifat seseorang. :-)

Terpulanglah pada diri sendiri. Moga-moga mereka sentiasa senang di zon selesa mereka. :-)

Rabu, 8 Mac 2006

Sedihnya

>> Berita Sedih <<

Kawan aku ni, nama dia Shukri. Kawan masa kerja di LGTT. Lecture yang sangat kelakar, sangat sporting dan suka sangat menyakat aku. Kelmarin aku dapat berita dia accident dan sekarang tengah koma kat wad ICU, Hospital Selayang.

Terperanjat, sedih bila aku dapat tahu berita tu. :-( Seorang yang aku kenal sangat ceria, jarang marah dan kuat menyakat, tiba-tiba sekarang ni terlantar kat wad ICU tak boleh bergerak-gerak.

Dengan keadaan yang tak sihat ni, aku rasa macam lemah semangat.

Semalam pula, kakak aku bercerita 2 orang kawan dia sihat walafiat tubuh badan, tiba-tiba meninggal dunia. Sedihnya.

>> Berita Sedih 2 <<

Segala jenis messenger, blog dan mana-mana url yang ada word "blog" telah di-block dari di akses di office aku bermula hari ini. Kawan aku sampai nak beli laptop sendiri, sebab nak berblog~ ehehe.

Yeayy!! Internet jadi laju di sebabkan messenger telah di-block.

Terima kasih kepada IT department!

But I'm smart, ya'll~ I still can online my messenger without yahoo messenger. Ehehe. Thanks to Newrin & Kak Nett! ;-)

Still, I can't access my friend's blog or any url contain word blog including my 360! Yahoo Blog.. huhuhu. :-(

Selasa, 28 Februari 2006

Minyak Naik Lagi

Damn!!

Harga minyak naik 30sen. RM1.92 - 1 liter. Damn! Damn! Aku isi penuh kancil aku pagi tadi RM40+. Selalunya RM30 tangki kancil dah penuh.

Oh, ok. Esok lusa kau akan dengar cerita semua harga barang naik, sebab harga minyak naik. Best tak? Best tak?

Gaji tak naik. Elaun tak naik. Tapi harga minyak naik. Tol naik. Harga barang makanan naik.

As pengguna, kita ada choice tak?

Isnin, 27 Februari 2006

I've Been Tagged

The names you go by
amyz, amie, kak lang, mama

The screen name you've had
amyz

Three things you like about yourself
confident
self motivated.
fast-learner

Three things you don't like about yourself
ego
can't control temper while driving
worst bad mood while psm

Three parts of your heritage
jawa
melayu
cina

Three things that scare you (or mostly creeps you out)
lipas (terutama lipas terbang-terbang)
kumbang
drive sorang² tengah malam and terasa ada org duduk kat sit belakang. huaa.. horrornyaa..

Three of your everyday essential
make up
exercise
blend nutritious breakfast

Three things you're wearing right now
kebaya.
tudung
high heel

Three of your favorite bands (or artist at the moment)
Il Divo
Peter Pan
Pussycat Dolls

Three of your favorite songs (currently)
stikwitu - pussycat dolls
lemas - ruffedge
like we never loved before - faith hill feat tim mcgrow

Three new things you'd like to try in the next 12 months
bungee jumping
cruising
ski-diving

Three things you want in a relationship (love included in the package)
trust
honest
care

Two truths and a lie
I can dance
I love singing
I can write poem

Four Jobs I Had In My Life
programmer
technician
beautician
make-up artist

Four Movies I Could Watch Over and Over
the walk in the cloud
con air
Armageddon
lord of the ring

Four TV Shows I love To Watch
CSI
Smallville
one tree hill
charmed

Four Places I've Lived (In no particular order)
KL - pathetic kan? I never moved from kl.

Four Places I've Been On Vacation To
Langkawi
Kuching
Johor Bahru - Kota Tinggi
Kota Bahru

Four Places I'd Rather Be In
Home
Tepi pantai
Dalam laut
Pulau

Four of My Favorite Foods
tom yam
sup
ikan bakar
chicken chop

Four Websites I Visit Daily
email acc (hotmail, yahoo, office, gmail)
forum geng jurnal
guestbook
fotopages

This Tag goes to
Iwan, Cida, Nett.
Sesiapa yg baca blog ini & tak pernah kena tag lagi.

Khamis, 23 Februari 2006

Koser Mak Nyah

Mentang-mentangla mak dah jadi make-up artist, suka-suka hati je u ols cakap mak ni ala-ala nyah. Koser mak! Ingat mak tak reti cakap nyah ke? Tak de taste la u ols nih!

Mak tau la cikkap mak mantap. Very the vass gittew! Tapi mak dinch nafikan nyah make up lagi mantap dari mak. Mak ni kan budak baru belajar. Ha, u ols nak tau tak? Mak pergi pelancaran product make-up kat Hilton smlm. Jumpa Dee. Terkasima mak tengok Dee. Very der vass. Mrasa mak snap-snap dengan dia. Haruss..!! Dee semalam pun demo make-up depan audition. Class tau make-up dia. Mrasa mak blaja cara cikkap dengan berkesan gitteww.

Dah la malas mak nak layan u ols! Mak tengah makan coklat KISS nih. Tak kisah la, mak makan je apa-apa coklat. Lazat u ols. OK la. Next time mak tulis lagi. Daa.. Hik hik hik.

Rabu, 22 Februari 2006

Self Motivated

I'm Self-Motivated~ Ehehe. No matter how bad they treat me, I'm only sad for awhile. That moment you will see me angry/sad or all nonsense words that I've write down on my status/blog. Few minute ater that I will cool & be happy again. Do crazy things. Happy-happy. Till others will look back at me like "Budak ni tak betul ke?"~ Ahaha. Biarla. Insya Allah aku tak kan sakitkan hati orang. :-)

Today, I recieved an email from my officer ask me to go to Linux OS course. Not that I dont want to go. But I already went 2 courses of Linux before. Plus the systems under me have nothing to do with Linux. Ask la people yang jaga sistem yang ada kena-mengena dengan Linux. Ape ke bodoh punya officer, aku pun tak tau. Then I reply back said, Not that I dont want to go, but give this opportunity to others~

I know she not read my email yet. I have no idea what her response to my email. But I will think positively to any response from her later. ;-)

Maybe the way I look a bit rough and hard to please, that's why I never get any pleasant from anybody in my organization~ so, what? Go and kiss someone else's ass. I'm not that type of person. :-)

Isnin, 20 Februari 2006

Shits Happened

OK. Aku dapat kad hijau hari ni. Damn it! Kedatangan aku dalam bulan Januari memang teruk. Aku nak buat macam mana? Keluar rumah pukul 6am? No way Jose! Without notice, without warning letter, I've got this damn green card. This card give bad record in my reputation. Damn! Damn! Aku mencarut banyak kali bila aku tengok clerk tu masukkan kad hijau dalam slot kad aku. Clerk tu pandang kat aku, sinis. Shit!

Aku diam je. Aku tak cakap apa-apa dan tak akan cakap apa-apa. Sebab all the kiss-ass-person and orang yang punch card orang lain, live happily in my organisation without any tindakan of their faults. Owwh.. Life is so unfair, isn't it? :-) It's OK. For now, I just doing my job accordingly. Not for "anugerah", compliment or kiss someone else's ass.

Jumaat, 17 Februari 2006

Cepat Kaya

No wonder la Malays ni susah nak berjaya especially dalam perniagaan. Buka kedai lambat. Lepas tu dalam cash-register tu takde duit untuk balance. Harapkan duit costumer masuk je. Tensen aku bila pagi-pagi breakfast, bayar dengan RM10 pun diorang minta duit kecil. Paling bengang bila syiling pun diorang mintak juga. Tak kan la takde syiling langsung? Aku suka lagi bayar pakai not besar. Ada not 50, not 50 aku keluarkan. Biar diorang tahu cari duit baki nak bagi kat pelanggan.

And then, satu lagi perangai Malays yang tak mesra pelanggan. Tak kira la kat kedai ke, kat kaunter ke, kat mana-mana lah. Nak cakap orang timur ni kaya dengan adat dan budi bahasa, aku rasa kat Malaysia ni dah jarang dijumpai. Aku tak suka bila aku nak bayar something, cashier tu masam muka dan bagi duit macam nak tak nak. Kemudian, tak reti nak cakap terima kasih. Nak sedekah senyum pun berat. Kalau iye ada masalah pun, kena la profesional. Kalau penat, tak yah bukak kedai. Gi duduk kat rumah je. Takde la penat.

:roll_eyes:

And then, cara orang malays nak kaya cepat, tapi malas nak usaha. Ingat duit tu boleh jatuh dari langit? Tengok je la iklan kat internet. "PEROLEHI PENDAPATAN DENGAN MUDAH", "BOLEH KAYA DENGAN HANYA MELAYARI INTERNET", "CEPAT KAYA TANPA KERJA" dan lain-lain.

Boleh ke macam tu? Boleh tapi.. Tapi dia, program-program autosurf ni, kena invest dulu, kena jadi pay-member dulu. Kalau invest sikit, lambat lah sikit nak kaya. Kalau banyak, cepat la sikit. Tapi most of time, it's hard to find orang yang nak invest sebelum dapat pulangan. Kalau ko stay kat free-member, berjanggut gak nak kaya. Dah la ada limit, sehari boleh surf 200 web je. Huhu.

Selain dari program auto-surf, ada lagi satu program "CEPAT KAYA". Hantar email kat sekian orang. Masukkan duit kat akaun peserta 1, anjakkan nama peserta 2 ke peserta 1, peserta 3 ke peserta 2, masukkan nama anda ke peserta 3. Ehehe. :-D dah lama dah program cepat kaya ni. Dulu sebelum kenal email, aku dapat surat. Lepas ada email, aku dapat email. Sekarang sudah canggih. Ada perbankan internet. ;-) Hehe.

:roll_eyes:

Kenapa? Kenapa? Tanya diri kita, kenapa? Kita nak kaya, tapi kita tak mahu usaha. Tak mahu keluar rumah. Tak mahu berubah. Tak mahu belajar. Macam mana? Orang lain yang sanggup berubah itu la orang yang akan berjaya. Tapi bila orang berjaya, kita selalu buat apa? Kita mencebik kat dia. Dah la kita miskin, orang dah jadi kaya, kita cebik lak kat dia? Apa ke hal perangai kita ni? Bagi la seribu satu motivasi pun tak guna, jika kita tak mahu berubah!!

Isnin, 13 Februari 2006

Happy Things

I was so happy..!! My 1st experience make up my friend yang bertunang sabtu lepas. Seronok sebab dia suka make up aku & dah booked aku for her wedding make up pulak! Waahh.. sangat best! :-D :-) ;-) Terima kasih sebab percaya pada aku. Yes! I can do it~ ehehe. ;-) Thanks to my cikgu cause believe in me too. Thanks a lot!

gambar² kat sini : click-click

I just love to be beauty and help everybody look beauty too. :-)

Khamis, 9 Februari 2006

Terkenang kenangan

1 - Naik motor dengan K. Nett. Dia bawa laju jugak la. Kendian bila berenti kat trafik light, dia boleh sms orang. Kalau hujan berenti bawah jambatan.

2 - Kalau nak meronggeng dulu-dulu, sebelum ada kereta, naik kereta Pikor. Jadi penumpang setia, selain Rudy.

3 - KLCC & CM selalu jadi tempat perjumpaan. Kalau KLCC selalu lepak tepi kolam sebelum balik. Buat aksi-aksi terlampau.

4 - Serdang, Awan Besar & Bukit Jalil antara lain yang menjadi tempat makan-makan.

5 - Bila dah abis makan, atau nak balik, bercakap/berbincang/mengutuk/mengumpat dalam satu bulatan besar. =))

6 - Hari ni jumpa, esok mesti ada entri pasal perjumpaan semalam, setiap orang ada entri tersendiri. Hahaha..

7 - Conference gila-gila. Sampai depan pc dok tergelak-gelak. Kawan sebelah geleng-geleng kepala.

8 - Lawak abg Mie yang paling tak boleh diterima akal. Buat muka serius, tapi rupanya lawak.

9 - Rudy cakap jepun dengan Pipet. Sampai aku pandang ternganga-nganga. Lepas tu diorang gelakkan aku.

10 - Kalau ambik gambar, mesti ada gambar tangan, gambar kaki.

Ahaha.. Kalau ingat-ingat, memang kelakar gila. Sebenarnya tengah korek-korek arkib lama-lama. Tengah fikir nak pdf kan ke, ataupun nak letak kat web ni balik. Tak tau lagi. Hihihi.

Isnin, 6 Februari 2006

Macam-Macam

Waa.. guestbook ada problem pula. Malas nak layan. Lantak situ la.

Semalam pergi kenduri kahwin kawan office LGTT. Seronok tengok muka happy pengantin. :-) Rasa diorang punya life dah complete. Got everything their need. Best kan? Tapi,.. takpelah. Asalkan diorang bahagia.. ;-)

Then, pergi rumah kawan sekolah. Dia dah nak bertunang this saturday. Dia nak minta aku make up kan muka dia time tunang nanti. Aku ok aje asalkan ada upah. Hehehe. So, pergi rumah dia, buat trial make up. Al-maklumla.. amatur. Mana pandai make up sangat. So, kena la practice dulu. ;-) Kena tambah eye-color lagi la. Sebab takut tak matching dengan baju dia or terover make up nanti, susah pula. Seronok sangat bila tengok dia happy dengan kerja make up aku semalam. Make up tak tebal, tapi mampu mengubah wajah~ Pergh! terasa hebat pulak. Tak baik riak, kan? kan? ;-)

Juara lagu membosankan. Masa performance before result tu kan, ada penari-penari pakai baju berkilat-kilat dengan hiasan kepala dan bulu-bulu, aku rasa macam persembahan pondan kat kelab-kelab Thailand. Iiieeww..

OK. Gemilang juara lagu terbaru~ Kira ok la. :-)

Jumaat, 3 Februari 2006

Birthday

Ramai ke yang kerja hari ni (W. Perseketuan xspecially..) ? Aku kerja. Malas nak ambil cuti biarpun 1 hari. Dah bengong sangat duduk kat rumah. Tak dapat access internet sebab modem rosak. Huhu. Imagine la betapa boringnya aku~ :-s Nasib baik ada Astro. Hihi. :-)

Tapi bila sampai office, ingatkan tak de orang~ Rupanya ramai juga yang kerja. :-? Pelik pula. Selalunya diorang ni suka pakat-pakat cuti beramai-ramai. Hmm.. :-?

Today is 3rd Feb 2006. It's My Birthday!!! 25 + 1 = 26. Thanks for all the wishes from Harry, Family, Queen, Kak Nett, Ipin, Fariz, Nadia, cousin, Kak Fat, Nd, Syafamy dll.. Hehe. Sangat-sangat menghargainya. :-) Thanks a lot!! :-) :-) Smile!! It's your special day, AMYZ!!

Ah, 26 is just a number. :-)

Owhh.. Hampir semua msg yang aku dpt ask about kahwin, even my mom pun tanya masa dia wish aku pagi tadi. Huhu. Down kejab. Tak mahu fikir pasal kahwin dulu lah ye? Kita fikir pasal achievement. It's true, I've achieve certain things in my life, and I quite puas hati dan bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Tapi I want to be better than just ordinary or sederhana. :-) Insya Allah. Aku sedang berusaha ke arah itu. :-)

Thanks for all supports, motivation and advices from everybody surround me. I definitely won̢۪t forget about it, when I succeed. :-)

Khamis, 26 Januari 2006

Bersih

Upacara membersihkan komputer sedang dilakukan secara besar-besaran. Fail-fail yang outdated dan tidak digunakan akan di-delete. Begitu juga dengan perisian-perisian yang telah di-install, akan dibuang. Sebahagian fail dan program yang tidak gunakan telahpun dihapuskan.

Mula-mula bersihkan komputer dulu. Kemudian, meja. Seterusnya almari pula. Terakhir, rak. Macam-macam ada. Macam-macam benda boleh dijumpai sekiranya CSI datang buat investigate. Sebab tu la, kena jalankan operasi pembersihan ini secepat mungkin. Next week dah cuti seminggu kecuali hari jumaat.

Kemudian upacara menghias cubicle cute ni agar cantik dan cute macam tuannya juga. Dan, perancangan kerja selama setahun juga akan dibuat.

Kerja-kerja dilakukan secara berperingkat.

Plan your work & work your plan!

Khamis, 19 Januari 2006

Fantasi

Katakan tiba-tiba la kan, dapat duit 1 juta. Apa nak buat agaknya ye? *Hmm.. ni yang buat aku berfantasi macam-macam ni. ;;) *

Kalau aku, (kalau.. aku bilang kalau..) aku dapat 1 juta tu kan. Hihi. *start berfantasi macam-macam* Selain dari menyelesaikan hutang pinjaman pelajaran dan lain-lain jenis hutang (jika ada). Aku nak bawa my whole family pergi travel ke tempat yang best - macam New Zealand, leh tengok tempat Peter Jackson shooting LOTR. Then bawa my whole family buat umrah dan haji sekali. Pergi ramai-ramai satu family best tau!!

Kemudian, nak beli kereta BMW 5 series untuk bawa gi jalan-jalan serata Malaysia, and my kancil tu bawa jalan-jalan sekitar KL, since parking lot kat KL ni sempit. Tapi kancil tu, aku nak modified dulu la. ;-)

Nak beli satu bungalow, ada swimming pool, ada.. erkkk?? Alamak. Tak cukup la satu juta. Nak lagi 5 juta leh tak? Huhuhu..

Walaubagaimana pun, aku yakin impian @ fantasi aku ni jadi kenyataan sebab : Semua kejayaan bermula dari cita-cita.

Semua cita-cita bermula dari impian. Semua impian bermula dari mimpi. Semua mimpi bermula dari..

ZZzzzzz.....

=))

Rabu, 18 Januari 2006

Excited

Busy since monday. But last weekend was great! Pergi Seminar kat PD. Seronok sangat~ Tengok la my face yang excited nih. :-D hihi. Tapi we really have a very good time. :-)



Tapi bila balik office je rasa tension balik. Sebab, kerenah biokrasi. Even tho, my department was small compare to others but, still ada pilih kasih dan ketidaksefahaman antara bos dgn kakitangan dan kakitangan dgn kakitangan. #-o duhh!!

Sedih gak la bila tengok orang-orang macam ni, yang sangat jumud, yang sangat negative pemikiran diorang. :-s Moga-moga Allah selamatkan mereka.

Hidup ni all about choice kan? Mana satu yang korang nak? Jadi macam ni selama-lamanya atau baik dari ini? :-) Good Luck for you and me too. :-)

Jumaat, 13 Januari 2006

Sesak

Pagi-pagi keluar rumah nak pergi kerja je mesti stuck in jammed. Rasa macam dah malas nak kerja kat area KL. Boleh kena high blood pressure macam ni. :-( Dah la tumpang ayah. Bukan boleh nak suka hati suruh-suruh cepat @ lambat. Rasa macam menyusahkan ayah pun ada juga. Dah 2 minggu punch card warna merah. Semua pun seminit-dua lambat.

Workload~ Jammed~ :-s buat tension je. Rasa macam nak pindah kerja dari sini. Workload tu masih boleh tahan lagi la. Mana ada kerja yang senang kan? Tapi jammed tu, memang tak boleh tahan. Geram betul~ Dah la banyak masa habis kat jalan. Journey yang boleh take about 20min jadi 45min. Rude driver lagi. Stupid driver lagi. Hiii.. memang menyakitkan hati betul!!

Aduh... sabar aje laa.. Minta-minta dapat la tukar ke tempat lain. Amin~

It's really hurt me, watching you go~ :-

Cerita Lama Amyz