Khamis, 24 November 2005

Empat Tahun

4 Years~

Eh, tak sedar dah 24 Nov. Rupanya web jurnal aku ni dah berusia empat tahun pada 13 Nov yang lepas. No wonder la, aku tetiba ada idea nak tukar layout. Wow, 4 years already. Macam sekejab je. 4 tahun masih muda kan? :-D

Yeay! Happy Birthday Webbie!!(belated..)


Dalam Filem Salon, Emma ada tanya Ezra, apakah kenangan paling manis dalam hidup dia? So, Ezra jawab, kenangan manis dalam hidup dia masa umur dia 14 tahun, dia suka kat seorang girl dan cuba nak cium that girl. Aku tersenyum bila Ezra cakap macam tu. Actually aku teringat la something. But nothing to do with kiss la. But the sweetest memories in my life. yeah.. in my life.

Since aku ni tak suka nak eleborate panjang-panjang. Aku just put it here as simple as possible. :-) (malas aku ni..)

. Graduate, walaupun bukan dengan result yang flying colors.

. Dapat beli kereta sendiri walaupun kancil je. Nanti nak tukar BMW 3 series. Hihi.

. Dapat 2 anak buah dalam tahun yang sama, 2003. Tu baru anak buah. Belum anak sendiri lagi.

. Suka gila bila tahu orang yang aku suka gila tu suka gila kat aku gak. Ahaha.

. Masa 1st time naik kapal terbang. Hahaha.

Lain-lain ada. Banyak.. Tapi tu je yang paling manis. So, what is ur sweetest memories? :-)

Rabu, 16 November 2005

Cerita Dalam Lagu.

Ada orang menulis kisah hidup dalam blog, bila aku baca, macam baca novel. Ada orang menulis, walaupun kisah hidup mereka dalam blog, aku baca macam baca majalah lawak. Ada orang tulis kisah hidup kat blog macam tulisan surat khabar. Macam-macam la. Aku browse blog Malaysians ni, mostly bercerita tentang hidup mereka. Hari ni buat apa, esok buat apa, malam ni buat apa, and so on.. :-) But it's all up to you. Your blog kan?

Cerita aku, ada dalam lagu. Aku suka ambil satu lagu sebagai gambaran hidup/pengalaman/kisah aku. Tu la pasalnya korang selalu jumpa lirik lagu dalam blog aku nih! Sebab 1, aku malas nak menaip panjang-panjang apa yang tengah aku alami, aku fikir dan sebagainya. Sebab 2, aku prefer bercerita pada orang yang rapat dengan aku sahaja. Sebab 3, entahlah. Buat apa la all the stranger out there nak tahu apa yang aku alamikan? Tak pentingkan?

Okeh. Lagu aku hari ini ialah Cerita Dalam Lagu Oleh Hetty Sarlene. Theme song movie Salon.

Humm.. Dah lama tak pi karoke laa.. ;-)

####

Me and Make Up.

Semalam aku browse entah mana-mana forum (bukan forum geng jurnal) di mana salah satu topik diperbincangkan ialah kenapa perempuan suka pakai make up? What the..?? Aku pun wondering, kenapa la benda ni boleh jadi perbincangan hangat. Fikir sendiri pun tak boleh agaknya?

Kenapa Perempuan Suka Pakai Make Up? Kalau aku (aku la.. bukan orang lain..), aku rasa lebih confident. Ada orang suka natural beauty. Tapi apa salahnya add on sikit untuk menambahkan seri. Macam kau minum air kosong. Takde rasa ape kan? Kalau pakai make up. Macam minum air tambah rasa oren ke, anggur ke, macam tu lah. Aku tak suka kalau keluar rumah muka pucat je. Lagi macam hantu aku rasa. Hahaha.

Ye, aku tak nafikan, ada orang tak make up, muka dia cantik. Kalau yang cantik, tak make up pun tak pe. Aku mengaku, aku ni tak cantik. That's why aku perlukan make up utk cantikkan diri aku, untuk aku feel better, untuk aku rasa cantik dan sebagainya. Perempuan.. kan memang sukakan kecantikan. ;-) Lelaki pun suka tengok perempuan cantik kan? Kan ada sabda Rasulullah SAW, berhias untuk suami dapat pahala? So, apa salahnya perempuan make up untuk cantik? Mana la tau dia nak cantik untuk suami dia? Dapat pahala tau!

Nanti aku pos gambar aku before make up & after make up. Mana satu korang nak tengok muka aku? takde make up atau ada make up? :-)

So, kalau korang susah-susah je fikir kenapa perempuan suka make up tu, hentikanla berfikir. Gunakan otak tu untuk fikir benda yang lagi berfaedah. :-) Eleh, yang lelaki tu nak hensem gak, kita orang perempuan, tak cakap ape pun.. [-(

Selasa, 15 November 2005

Tentang Tiya dan Yana

Cerita pasal raya? Disambut sederhana tetapi meriah. Ehehe. Malam raya balik kampung ayah di Melaka. On the way balik malam tu, jammed kat Senawang. Dah lah hujan renyai-renyai. Nasib baik tak mengantuk time drive.

Pagi raya di Melaka. Salam dan minta ampun kat mak ayah, sampai nangis-nangis. Syahdu rasanya. Kak long, Kak ngah dan Abang balik rumah mak mertua masing-masing. Tinggal kami 4 orang yg belum kahwin lagi dengan mak dan ayah. Jumaat balik KL lepas Asar. Sampai Cheras pukul 6 lebih. Sabtu dan Ahad pergi beraya rumah saudara mara.

My brilliant niece, Atiya baru pandai nak bercakap. Ada satu hari masa cuti last week, aku mandikan dia. Lepas mandi, Kak Long nak pakaikan dia baju. Dia boleh lari dari ibu dia sambil cakap, "Layiie.. Layiie..(Lari.. Lari..)" Dia berlari kat aku. Aku punya tergelak sampai terduduk-duduk. Kalau tanya nama, dia jawab, "Atiya.." Kalau tanya dia sayang papa tak, dia jawab, "Tak.." sambil geleng-geleng kepala. Kalau kat rumah aku, turun kereta je terus pergi kat komputer, jari dia lurus tunjuk komputer suruh on. Nak tengok her favorite clip hyppo nyanyi lagu Lion Sleep Tonight. Bila tengok clip tu, dia joget-joget. Pantang dengar lagu rancak, berjoget je la kerja dia. Kak Long marah kat aku sebab ajar anak dia berjoget.

Yana baru pandai berjalan. Bila dengar orang azan, dia letak tangan kat telinga. Umi dia suka buat tocang dua kat kepala dia, jadi dia cute sangat macam anak patung. Kecik je. Tapi cepat je tangan dia kalau mencapai something. Orang tengah leka berbual, tangan dia dah capai sambal. Garang Yana ni. Kalau aku nak ambil apa yang dia tengah makan, dia marah aku sambil jerit "Arrhhh..". Pun sangat bijak. Dia selalu ambil gagang telefon rumah, letak kat telinga, jari tekan-tekan butang-butang telefon tu. Dan suka berjoget bila dengar lagu. Ye, aku yang ajar.. Ahaha

Isnin, 14 November 2005

Tukar Lagi

Tukar layout untuk entah berapa ratus kalinya. Saja. Biar nampak simple dan menarik. :-) Well. Cuti dah habis. Hari ni start kerja selepas seminggu lebih bercuti. Letih balik dari Johor tak hilang lagi. Tapi nak buat macam mana? Dah la semalam tidur dekat pukul 3 baru nak lelap. Aduhla. Entahla, pms agaknya. Orang lain, pre-ms, tapi aku terbalik. Post-ms. Duh!

Biar aje la~

Cerita Lama Amyz