Isnin, 31 Oktober 2005

Bila Nak Raya

Office dah separa kosong. BUKAN separa. Hampir kosong! Kebanyakan staff dah bercuti. Termasuk Boss. Setahun sekali kan? Apa salahnya.

Malam tadi pergi Jalan TAR. Nak beli tudung. Tapi umat manusia terlalu ramai. Sesak. Lebih sesak dari tahun lepas. Kami adik beradik keluar rumah dalam pukul 9pm. Ingatkan malam Isnin tak ramai sangat orang. Tapi tanggapan kami salah. Nak tengok-tengok pun tak dapat. Sebab penuh dengan umat manusia yang bershopping.

Last 2 week, aku dengar beg kawan aku kena toreh dan wallet dia habis kena kebas di Jalan TAR, langsung aku tak bawa beg tangan malam tadi. Aku bawa wallet dan handphone saja. Takut la. Memang ramai umat manusia semalam.

Balik rumah dah pukul 2:30 pagi. Aduh letih! Dah la hari ni kerja. Mata tengah ngantuk ni. Hujan lebat pula kat luar tu. Baru cadang nak mengular-ngular.. Ehehe.

Hari ni last kerja. Esok dah cuti. Sampai 13hb. Pheeiiw.. Lama cuti ni. Nak rehatkan diri. Dah lama tak rest lama-lama. :-)

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Semoga diberkati dan dilindungi Nya. Berhati-hati dijalan raya.

Rabu, 26 Oktober 2005

Tagged

Kena tag dengan adik rudy kure-kure. So, kena la jawab. Hihi. :-)

SEVEN THINGS?

Se7en things that (will) scare me:

1) Allah.
2) Death
3) Breaking up.
4) Losing someone I really love.
5) Time drive sorang-sorang, malam-malam, tetiba teringat cerita The Eyes. Gila seram!!
6) Accident
7) Orang gila @ anjing gila


Se7en things I like the most:

1) You.
2) My Friends.
3) Make Up/Facial/Spa/Manicure & Pedicure -> Beauty things
4) Swatch.
5) Drive as fast as I can
6) Internet
7) Camera


Se7en most important things in my room:

1) Mirror.
2) My Make up.
3) Bed.
4) My Purrrfectly You Cat.
5) Dried roses.
6) Closet.
7) Mobile phone


Se7en random facts about me:

1) Laugh.
2) Tak suka senyum sangat.
3) Nampak garang/serious/sombong.
4) Pakai kasut bertali-tali.
5) Ikat rambut tinggi macam Genie.
6) Hot temper
7) Manja


Se7en things I plan to do before I die:

1) Charity.
2) Having children.
3) Perform Hajj
4) Helping people.
5) Buat satu villa utk anak-anak.
6) Archieve finacial freedom.
7) travel around the world

Se7en things I can do:

1) Troubleshot computer
2) Programming (of course laa..)
3) Facial
4) Make Up.
5) Counseling.
6) Speed typing.
7) Speed reader.

Se7en words I say the most:

1) Huru-hara.
2) Bodo nak mampus.(masa tgh marah)
3) Isk
4) Oh. Occay!
5) Sh*t (masa drive)
6) Yelah tu.
7) Tau takpe

Se7en celeb crushes:

1) Johny Depp.
2) Hans Isaac.
3) Ako Mustapa.
4) Orlando Bloom.
5) Robbie William.
6) Tobey Spiderman.
7) Julian McMohan.

Se7en traits i look for in the opposite sex :

1) Sense of humor and can make me laugh.
2) Eyes and how he staring me.
3) Lips and how he use to smile at me.
4) Chest
5) Sexy
6) Gentleman
7) Love only me.

Selasa, 25 Oktober 2005

Nak Raya

Aku tengok, tak sabar-sabar semua orang nak menyambut raya. Beli baju baru, kasut baru, kuih raya, macam-macam aku tengok diorang ni sanggup berabis. Kat office aku ni pun siap pasang lampu kelip-kelip lagi. Hehe.. Pasang lagu raya kuat-kuat. Meriah sungguh. Aku? Raya kat KL aje.

Sayu pula rasa nak menyambut hari Raya ni. Tapi as a possitive person, aku mesti cool kan? ;-)

Oh, aku benci penjual kat Pasar Ramadhan tempat aku. Aku cari karipap sardin. Dia cakap, dia jual. Tapi inti kentang lagi banyak dari sardin. Frust betul. Mana nak cari karipap sardin?

Kebelakangan ni, puasa dalam keadaan sejuk. Alhamdulillah. Tak rasa haus sangat. Aku tak kisah pasal makan waktu tengahari. Cuma aku selalu menggelabah bila aku tak dapat air. Sejuk dapat mengurangkan keinginan aku untuk minum.

Dah lama tak pergi Sogo. So, semalam, aku paksa KNett teman aku berbuka puasa dan window shopping di Sogo. Niat nak beli kasut. Tapi satu kasut pun aku tak berkenan. Takpelah, sabtu ni nak keluar dengan kakak-kakak dan adik-adik untuk bershopping. Alangkah bahagianya, kalau kakak aku dapat membelanja barang sehelai dua tudung baru. Ehehe..

Banyak nak kena buat. Servis kereta, kuih raya, Shopping, Beli Car cd/mp3 player.. Lain-lain akan ditambah kemudian.

Cuti? dah apply tadi. Start 2hb Nov sehingga 11hb Nov. 14hb Nov baru masuk kerja balik. Seronoknya. Dah lama tak cuti lama-lama. Nak pergi jalan-jalan. Insya Allah, sekiranya diizinkan. :-)

Lagu Raya Pilihan Hati, - Satu Pagi Di Hari Raya, M. Nasir.

Rabu, 19 Oktober 2005

Kenangan

Lagu kenangan.

Bila terkenang masa lalu rasa terharu
Segalanya masih kekal dalam kenangan
Tiba di persimpangan jalan berpisah jauh
Sekian lama di rantau bersendirian

Tiada lagi seruling senja mendayu
Tiada lagi ketawa riang bersama
Bila sepi mengusik hati
Semuanya kini dalam kenangan

Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda
Budi dan jasamu tetap dalam kenangan
Teman seiring jalan kini jauh dariku
Kemesraan kita tetap dalam kenangan

Tiada lagi suara ombak di pantai
Tiada lagi bayu teberau membelai
Di saat sepi begini
Semuanya kini dalam kenangan

Bila masanya tiba nanti aku kembali
Pasti ada yang berubah dan tiada lagi
Dan bila kutinggalkan lagi kampung halaman
Segalanya abadi dalam kenangan

Dalam Kenangan - Wheels

Mana aku nak cari mp3 lagu ni? Puas aku google tadi. Jumpa pun broken link. Lagu-lagu lama macam ni memang aku suka betul. Teringat masa kecil-kecil dulu.

Mesin Masa Ku.

Masa aku kecil. Darjah berapa aku tak ingat. Hobi, suka menyanyi dan rekod lagu kat radio dalam kaset. Banyak lagu. Tapi bila dengar balik kaset tu, ada juga la termasuk suara-suara DJ yang tak sabar nak bercakap sebelum lagu sempat berakhir. Buat aku dan adik-adik aku gelak-gelak dan mengajuk-ajuk suara DJ yang terpotong separuh. :-) Hihi.

Isnin, 17 Oktober 2005

Ku Kutip Setiap Kenangan

Mengutip sisa-sisa semalam untuk di-pdf-kan, buat hati ini kembali terguris.

Isnin, 10 Oktober 2005

Berubah Untuk Kebaikan

Bukankah bagus apabila kita cuba berubah untuk kebaikan kita? Bukan kita berubah untuk menjadi yang tidak bagus. Tapi persekitaran selalu tidak setuju. Entah mengapa. Dengki agaknya.

Dalam mood pms. Jerawat banyak keluar. Nasib baik ada make up. Ehehe.. Alhamdulillah, muka pun dah ada sedikit improvement. Insya Allah, cure sepenuhnya kelak, jika menjaga apa yang kita makan, gunakan produk yang dijamin. Tapi tak boleh nak elak tak tumbuh jerawat time pms. :-( huh!

Get inspire by some one. Adore her so much! Hope I can be like her. :-)

Puasa sangat bagus. Masa ni, kalau nak kurus sangat boleh. Buat detox. Wah.. aku sangat bangga. Aku turun 2kg dalam masa 6 hari berpuasa ni!!

Selasa, 4 Oktober 2005

Puasa

Puasa. Esok. Ramadan Al-Mubarak. Selamat datang. membawa rahmat. insya Allah.

Ramadhan - Ramli Sarip

Naluri kita manusia
Selalu leka
Hanya sujud dan sembah
Padanya jua

Kini engkau ku datangi
Berserah diri
Bersama kehitaman masa
Nan silam

Ampunan Mu kuharapkan
Tiada daya... aku menghindarkan
Kesalahan dan dosaku
Hanya Engkau Yang Tahu
Di Ramadhan ini kabulkan doaku

Suluhkanlah cahaya Mu
Di malam yang penuh syahdu

:-) Selamat berpuasa. kepada semua. :-)

Cerita Lama Amyz