Jumaat, 29 Julai 2005

Sebelum Pergi Kursus

Next week, kena pergi belajar php kat Lebuh Silikon, UPM selama 4 hari. Dari 1hb Ogos sampai 4hb Ogos. Tak tau boleh update/online ym/tengok email kat sana ke tak boleh. :-) Sekali, sekala hidup tanpa internet pun ada bagusnya juga.

Banyak pula masalah timbul 2-3 hari ni. Sedih pun ada juga. Tapi hidup mesti terus.

Takziah kepada Kak Shila (SPyZ) atas pemergian ayahanda tercinta. Al-fatihah.

'till then. Bye.

Rabu, 27 Julai 2005

Aku Blogger Picisan

Ha, kan dah blogger Malaysia (Melayu khususnya) kena 'sound' oleh encik Azhan dalam Forum Utusan Malaysia hari ni. Aku nak tergelak macam Basri yang suka gelak golek-golek bila baca pendapat encik Azhan hari ini. Tetapi oleh sebab aku sedang berada dalam kereta dan duduk di sebelah ayah masa baca Utusan, aku malas nak gelak.

1st person aku teringat ialah Sultan Muzaffar (sebab encik Azhan khususkan AF). Selainnya, aku tak tahu sebab aku tidak baca blog orang lain yang menyentuh tentang AF, MI, MC, dll, selain Sultan Muzaffar. Tapi apa salahnya? Sorry to say, blog-blog yang ada unsur ilmiah ni sebenarnya jarang di kunjungi. Hihi. Tapi kalau rajin nak 'google', insya Allah, pasti jumpa dengan blog-blog ilmiah. Ini kalau kau 'google' AF, keluarlah blog-blog pasal AF. Hahaha. Lucu la kau buat lawak.

Apa yang aku percaya ialah, blog adalah ruang untuk kita melepas rasa hati, mengeluarkan pendapat dan lain-lain. Nak berdakwah pun boleh. Seperti kata Mat Jan, Blog adalah seperti karoke. Sedap atau tidak sedap nyanyian seseorang tidak penting. Asalkan dia menyanyi. Begitu juga blog. Bagus atau tidak penulisannya tidak penting. Janji dia menulis. Tidak kisah. Negara kita demokrasi kan? Kenapa encik Azhan susah hati eh?

Janganlah cakap blogger Malaysia @ Melayu (khusus untuk blogger, bukan rakyat Malaysia) suka berbincang isu picisan. Sebenarnya, kami ada berbincang isu-isu tersebut dalam forum-forum, (Alamak.. lupa pula. Dalam forum pun ada bincang pasal AF daa. *lolgolek2*) di pejabat dengan rakan-rakan dan di rumah dengan ayah/mak/suami/isteri. Takkanlah kami nak bawa perkara itu di blog pula. Sedangkan ianya boleh kami bincangkan dengan lebih luas melalui komunikasi dua-hala yang nyata.

Sebenarnya, aku tidak suka nak berbincang isu-isu terlalu serius di blog. Tak sesuailah.

Er.. atau encik Azhan masih tak faham konsep sebenar blog agaknya? ;-)

Hihi.. just my 2 cent, and it's free.

Jumaat, 22 Julai 2005

Tulisan Kecil

1st, aku resize font dari 10px ke 12px. Kasi besar sikit. Tak mahu sakitkan mata pembaca. Aku sayangkan pembaca blog aku ni.. ;-)

But, in real life pun tulisan tangan aku memang kecil. Memang selalu kena marah-marah dengan cikgu/kawan/adik beradik/pakwe pasal tulisan kecil yang menyakitkan mata diorang. Alahai.. kasihan.

Seorang fasilitator cakap, orang yang bertulisan kecil ni, sifat dia suka menyembunyikan atau perahsia. Kebetulan agaknya, aku memang seorang yang perahsia. Alamak, dah terbuka rahsia pulak..! Hihi.

Hai, tak kan lah nak bagitau semua rahsia kat semua orang. Certain perkara perlu dirahsiakan. Orang cakap, pekung di dada jangan di buka. Mengaibkan diri sendiri saja.

Dulu, aku teringin sangat nak luahkan segala-gala tentang aku dalam blog ini. Tapi since aku dah kenal sebilangan besar orang yang baca blog ni. Aku simpan segala cerita tentang aku dalam hati. Aku menulis tentang perkara yang bersifat umum dan tidak begitu serious sahaja.

END.

Orang sibuk bercerita tentang AP. 1st, Ayah Pin. Patut dia kena tangkap secepat mungkin. Sebab dah mengancam keselamatan dalam negara. Cepat! Waktu inilah nak guna ISA. Hihi. Tapi tak tertangkap lagi. Agaknya dia ghaib ke kerajaan langit kot.

AP yang lagi satu tu pulak, kalau betul Mini Cooper tu harga dia RM16k je, lepas ni aku nak sambar satu. Murah dari kancil pulak tu! Ampeh je diorang jual sampai RM160k. Dari dulu aku adore kereta Mini tu. Bukan sebab filem The Italian Job.

Nak komen lebih-lebih tak boleh. Penjawat awam adalah pihak yang berkecuali. :-)

END.

Esok start Karnival Mega Sale Malaysia. Yea.. yeah! Boleh shopping banyak-banyak! Waa.. cukuplah, amyz. Masa JCard Day tu dah abis banyak tau!! *sorry.. saya ni selalu konflik dengan diri sendiri.. hihi..:-)

Selasa, 19 Julai 2005

Bettles of The Sexes

Masa pergi kursus Induksi, semua peserta diwajibkan memberi pengucapan awam (public speaking daa..) Macam-macam jenis pengucapan aku dengar, dari yang kelakar, serius sehinggalah yang bosan sampai nak tidur.

Pengucapan awam yang aku buat berdasarkan buku Why Woman Can't Read Maps, Why Men Don't Listen oleh Alan & Barbara Pease, yang aku olah, ubah, tolak dan tambah mengikut citarasa. Tajuknya, Perbezaan lelaki dan Wanita. Bila aku naik ke pentas, ribuan mata tertumpu pada aku. Gementarnya Tuhan saja yang tahu.

Waktu aku berucap (cewah.. macam YB pulak..), terdapat beberapa fakta benar tentang pihak lelaki yang tidak dapat di terima oleh lelaki sendiri. Contohnya, lelaki tidak boleh membuat 2 atau lebih pekerjaan dalam satu masa. Biasalah. Manusia ni mana boleh nak terima bila orang lain berkata tentang kelemahan mereka. Bila aku cakap fakta-fakta seperti itu, pihak lelaki bangkang sambil tepuk-tepuk meja macam YB dalam parlimen.

Tapi bila aku sebut wanita sukar mengenalpasti which right or left, bukan main lagi pihak lelaki menyokong. Yang buat aku faham kenapa. Yalah. Battle of the Sexes ini memang terjadi dah berkurun lamanya.

Aku bukan nak panjangkan cerita battle of the sexes ni. Bagi aku, lelaki dan wanita sama, tapi berbeza. Aku tak mahu cakap kekurangan lelaki itu, ini dan kekurangan wanita itu, ini. Tapi cuba dan mahu memahami kaum yang berlainan jantina dengan aku. Bukan mahu buktikan siapa yang terbagus.

Tidak ada jadi wanita itu bagus. Tidak juga jadi lelaki itu lebih bagus. Cuma amalan kita jadi penentu siapa bagus di sisi Allah kelak.

Dan aku akhiri pengucapan awam aku dengan, Lelaki dan wanita adalah sama spesis tapi berbeza. Walau apa pun perbezaannya, di akhir nanti, lelaki dan wanita memerlukan antara satu sama lain untuk melengkapi antara satu sama lain. Sekian, terima kasih.

Aku dapat tepukan dan tepuk-tepuk meja dari mereka.

Jumaat, 15 Julai 2005

Layout Baru

Sorry, tukar design lagi. Bila OP cakap lebih kurang sama dengan design lama. Tanpa lengah aku terus tukar lain. Blogger style pula. ;-) Nampak macam blogger pula, tapi aku web-designer yang ada blog. Eh, ada beza ke? Ada beza kan? hihi.

Tak kisah lah blogger ke, web-designer ke. Janji ada web sendiri dan boleh mengeluarkan pendapat sesuka hati. Negara kita kan demokrasi?

Lepas dapat banyak motivasi dari kursus yang baru diikuti baru-baru ini, banyak perkara yang aku rasa aku mahu lakukan. Terutama bidang berkaitan dengan minat. Nanti aku usahakan. Insya Allah. Kadang usaha kita selalu disekat oleh faktor ekonomi. :-) Itu yang banyak orang putus semangat. Kasihan.

Sama juga macam aku. Nak sambung study sampai sekarang belum tercapai lagi. Faktor ekonomi jadi alasan. Lagi satu serik nak meminjam. Insya Allah. Sooner or later, aku akan sambung juga. ;-)

Alamak. Arkib tak letak lagi. Banyak kerja nak re-design arkib yang hampir 5 tahun tu. Banyak nak tukar. Every each pages! Pergh! Tengoklah dulu. Kalau rajin, adalah arkib. Kalau tak, minta maaf ok?

Khamis, 7 Julai 2005

SYMP

Per 1. Tugas penjawat awam untuk melaksanakan setiap dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan. Juga sebagai pihak berkecuali. Setiap kenyataan yang diberikan oleh penjawat awam mungkin dianggap fakta oleh orang awam. Jadi, penjawat awam tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan walaupun sekadar pendapat.

Per 2. Jika meneliti sesuatu perkara, cuba cari nilai positif yang ada pada perkara tersebut. Begitu juga tanggapan pertama tentang seseorang. Cari nilai positif sebelum meletakkan tanggapan buruk kepada seseorang. Dan lebih baik lagi sekiranya cuba mengenali sebelum meletak tanggapan buruk kepada seseorang.

Per 3a. Semangat patriotisme semakin kurang di kalangan anak muda dan remaja masa kini. Keadaan yang mewah dan selesa menyebabkan mereka hanyut dan tidak bersedia. Pengetahuan tentang politik, ekonomi negara sangat kurang. Sedangkan mereka bakal menjadi pemimpin masa depan. Masa depan negara bergantung pada mereka.

Per 3b. Jika lihat anak-anak muda ini membuang masa berpeleseran di kompleks membeli-belah atau menghisap rokok atau ponteng sekolah, kemungkinan negara ini akan di jajah semula. Kerajaan Melaka yang begitu masyhur pun cuma bertahan selama 110 tahun kemudiannya di jajah sehingga 440 tahun. Inikan pula Malaysia yang baru berusia 48 tahun. Tak mustahil kan?

Per 3c. Program PLKN sebenarnya sangat bagus untuk remaja daripada masa terbuang sia-sia sewaktu menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia. Dah la makan 6x, siap ada elaun lagi.

Per 4. Pendidikan seks di sekolah patut di adakan.

Sebenarnya baru balik dari kursus btn 5 hari di kem yang terletak di Shah Alam. :-)

Cerita Lama Amyz