Jumaat, 24 Jun 2005

Amyz Dengar Lagu

50cent penyanyi paling malas sekali nak buka mulut. Aku tengok dia menyanyi macam tak suka buka mulut. Tak tahu la kalau dia nak cover gigi besar dia tu, masa menyanyi. Agaknya kot. Tapi aku suka layan lagu dia yang latest ni, Just A Lil Bit. Boleh tahan. Tapi agak keterlaluan liriknya. Aku klasifikasikan lagu itu sebagai lagu 18sx.

Banyak lagu-lagu dari luar negara sekarang ni berunsurkan 18sx. Kita tak boleh nak cakap apa-apa. Paling tidak yang mampu kita buat, kita sensorkan perkataan-perkataan yang ada unsur-unsur 18sx. Maka, kita pun mendengar lagu, yang kejab dengar, tiba-tiba senyap sekejab, kemudian dengar balik. Ok la. Nasib Lembaga Penapisan tak buat bunyi *toot* pada ayat/perkataan yang disensor.

Lagu Eminem yang aku dengar baru-baru ni, A** Like That. Tau sajalah Eminem punya lagu macam mana. Dia kan suka mengutuk penyanyi lain. Aku tergelak bila dengar Eminem buat lawak pasal Janet Jackson dalam lagu ni.

Lagu Snoop Dogg - Sign di recomanded oleh Sis Dona, pun best gak. Featuring Justin Timberlake - dia nyanyi korus. Banyak lagu yang ada featuring penyanyi lain dalam lagu diorang. Aku suka dengar lagu-lagu macam ni. Dulu kawan aku sampai gelar aku 'migga' sebab suka dengar lagu Nigga. Tapikan, kita tak boleh panggil nigga kat orang kulit hitam. Tapi orang kulit hitam panggil nigga kat kawan diorang tak apa. Aku pun tak paham apasal. Kih kih kih.

Actually, aku dengar lagu-lagu baru kat winamp music walaupun lagu tu tersekat-sekat sebab buffering. Aku tak banyak memuat turun lagu sangat sekarang ni. Sebabnya server kat sini telah mem-'block' perisan yang memuat turun lagu. Hihihi.. Kebetulan Mampu dah pun mengeluarkan kenyataan akhbar, Pegawai Punca Sistem Lembap. Isnin lepas.

Walaupun aku suka dengar lagu-lagu baru, tapi bila pergi karoke aku suka nyanyi lagu oldies. Lagu baru tak berapa hafal daa.. Hihihi..

Isnin, 20 Jun 2005

Malaysian Idiot!

Menyaksikan ujibakat Malaysian Idol seolah-olah menyaksikan Malaysian Idiot yang memalukan aku. Sesekali aku terfikir, kenapalah ramai sangat orang malaysia ni nak jadi penyanyi? diorang ingat suara diorang best ke? kenapa family, kawan-kawan diorang sanggup encourage diorang masuk ujibakat, biarpun mereka tahu suara dorang tak berapa sedap sangat?

Bila gagal ujibakat, menangislah, then sanggup pula marah-marah, maki-maki Roslan, Paul dan Gee. Dorang ingat dorang tu siapa? Tak malu ke? Issyy.. aku yang tengok yang malu dengan kesanggupan diorang memalukan diri sendiri depan kamera pulak tu. Jadi bahan ketawa orang lain pula tu.

Aku bukannya apa. Pelik, macam mana diorang boleh fikir suara diorang tu sedap dan terfikir untuk ujibakat Malaysian Idol? Mungkin sebab kawan-kawan, family cakap, suara tu sedap. Pergi lah masuk Malaysian Idol. Macam tu rupa nak jadi Malaysian Idol? Hentikanlah!

Khamis, 16 Jun 2005

Pinta Yang Baik Berterusan

Semalam.

Berita gembira dan sedih datang serentak. Menangis aku dibuatnya. Gembira dan sedih. Tak tahu macam mana harus aku ungkap rasa hati. Gembira kerana pertukaran bb ke tempat lain. Inilah saat yang kami tunggu selama ini. Sedih kerana semalam hari terakhir seorang kawan yang aku anggap seperti kakak sendiri disini.

Dia dan seorang lagi penyelia yang aku anggap seperti kakak sendiri inilah membimbing aku, menyedarkan aku, menasihati aku dan mengajar aku selok belok dan segalanya di pejabat ini. Dari hari pertama aku dan kawan aku menjadi anak buah mereka sehingga kini. Merekalah tempat kami bergantung.

Terus terang aku katakan, aku tidak kisah sekiranya aku tidak punya ramai kawan dan tidak pula aku mahu memusuhi sesiapa. Tetapi aku tidak boleh hadapi dan aku akan down sekiranya aku tidak dipedulikan oleh 2 orang kakak ini. Sesungguhnya aku tidak tahu bagaimana nak menghadapinya lagi.

Memang pernah aku tidak dipedulikan pada suatu ketika. Ketika itu, zaman kami berada di bawah roda. Memang aku boleh hidup. Tapi setiap hari aku datang pejabat, hati aku menangis-nangis. Kecewa dan sentiasa mencari salah sendiri. Sedih? Terlalu dan amat sedih. Dan apabila semalam dia memeluk aku dan meminta maaf, saat itulah air mata aku gugur dan aku rasa sangat terharu dengan keikhlasannya. Aku dah lama melupakan cerita itu, sejak kami berbaik semula. Tapi apabila dia cerita tentang peristiwa itu, aku menangis kerana aku sangat sedih pada waktu mereka tidak mempedulikan aku. Ianya satu pengajaran buat aku.

Semalam hari terakhir dia di sini. Aku harap dia dapat yang terbaik di sana. Dia meninggalkan kami dengan berita yang gembira. Dan mendoakan untuk kami. Harapan kami yang baik berterusan. Amin. Insya Allah.

Isnin, 13 Jun 2005

Datang dan Pergi

Kawan itu datang dan pergi. :-)

Berapa ramai kawan kalau kau cuba kira? Cuba pula kau kira berapa ramai tahu tentang sedih hati gundah engkau? Cuba kau kira berapa ramai yang datang cari kau bila mereka dilanda kesedihan? Dan cuba kau kira

Berapa ramai mencari kau untuk berkongsi segala kegembiraan? Ramai tak? Mungkin ramai. Mungkin seorang dua sahaja. Tapi, itu pun sebenarnya sudah memadai. Kira beruntunglah, kata orang.

Aku tidak nafikan kepentingan kawan-kawan untuk berada di sisi aku sewaktu suka dan duka. Cuma aku memastikan mereka adalah orang yang sama duduk di sisi aku waktu suka dan waktu duka. Biarlah sedikit sahaja kawan tetapi aku dapat gembirakan hati mereka, sepertimana mereka berusaha untuk menggembirakan hati aku. Kuantiti tak penting, tetapi kualiti.

Adat dunia, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Sebegitulah persahabatan. Yang lama akan pergi, yang baru akan berganti. Kena redha lah. Untuk memutuskan hubungan persahabatan, tidak sekali-kali aku lakukan. Setiap yang berlaku pasti ada sebab dan rahmat tersendiri.

Aku tak pernah cakap, dia best-friend aku, orang ni best-friend aku. Biar aku tahu sendiri, siapa perlu aku cari waktu suka dan duka untuk di kongsi bersama. Biarlah hati sendiri tahu.

Jadi, apabila dia ingin pergi, samada untuk meneruskan cita-cita atau berpindah, redhakan lah. Kerana itu terbaik buatnya. Sebagai sahabat, bukankah kita seharusnya mendoakan kebahagiaannya? Jadi biar dia pergi, kerana itulah resam dunia, kawan itu datang dan pergi. :-)

Selasa, 7 Jun 2005

Ada-Ada Saja

Semalam cuti kecemasan. Baru balik dari mendaki gunung. Badan masih penat dan kaki masih sakit. Sedang berehat-rehat di rumah, telefon bimbit aku berbunyi. Panggilan dari Kak Long.

"Lang, ko cakap ngan Atiya ye? Dia nak main telefon aku la. Asal aku nak call aje, dia datang kat aku. Nak bercakap dalam phone gak." Aku gelak. Anak buah aku yang satu ni, memang bijak.

"Hello Tiya, dah mamam ke belum? Mana papa? Pegi school tak hari ni?" Tanya aku. *School tu nursery dia.

"Papapa..." Itu lah suara dia yang aku dengar. Bukan pandai bercakap lagi. Tapi sibuk nak bertelefon juga. Aku tergelak, sayup-sayup aku dengar Kak Long gelak-gelak.

Aku pun nyanyi lagu Twinkle-Twinkle Liltle Star. Aku cakap macam-macam dengan Atiya, jawab dia apa? papapapa.. mamama.. LOL

Tak pe lah. Sabtu ini, boleh jumpa dia. Agaknya dia rindu tu. Sebab aku pernah bagi dia handphone aku, ajar dia macam mana nak guna. Cepat belajar dia ni. Bila aku cakap Hello. Pandai pula letak handphone tu kat telinga dia.

Aku pun cakap la "Hello Atuk, Tiya ni.." "Hello Nenek, Tiya nak datang nanti.." Lain dari itu, dia pegang handphone aku, dengan muka kerut-kerut, tekan-tekan keypad tu. Agaknya dia tiru Papa dia send message macam tu kot. Ha ha ha.. Atiya, Atiya.. Ada-ada saja.


====----====----====

1st Impression Is Important!

Orang selalu cakap, Dont judge the book by it's cover. Tapi aku fikir 1st impression orang kepada kita adalah penting. 1st impression yang baik mudah meyakinkan orang lain. Itu sebab juga ramai yang boleh tertipu dengan muka-muka baik sesetengah orang. Sebab kali pertama jumpa dia dah berikan good impression kepada kita. Lepas kenal baru tau langit tinggi rendah. Hehehe.

Selalunya, aku cuba jadikan 1st impression orang terhadap aku adalah yang baik. Bukannya apa, aku tak suka orang memandang jelik terhadap aku. Tapi impression orang terhadap aku seperti aku garang dan sombong adalah untuk menakutkan budak-budak ataupun sebagai sign stop kepada lelaki yang cuba mengganggu aku. Biar aku nampak garang, sebenarnya aku melindungi diri aku sendiri.

Tahu tak, wanita akan sentiasa berikan 1st impression baik atau buruk pada seseorang dengan hanya memandang wajah sahaja dan dengan sekali perjumpaan sahaja. Baik berikan 1st impression yang baik, selebihnya wanita menerima sifat baik atau buruk anda dengan mudah selepas good 1st impression tersebut. ;-)

Jumaat, 3 Jun 2005

Balik Dari Bercuti

Dah upload gambar-gambar di Langkawi & Kuching di fotopages aku. Camera aku ni agak kebuduhan bila mengambil gambar malam. Agaknya ia dilahirkan pada waktu siang kot. So, gambar waktu malam manjang blur & teruk. Nanti ada rezeki lebih sikit, nak beli camera baru. :-) lebih canggih sikit dari Kak Nett & OP. :-p Kalau.. aku bilang kalau ada rezeki lebih.. ;-) (macam la aku ni banyak duit..)

Ramai orang tanya aku kenapa cuti panjang? Hmm.. cuti aku ada lagi 25 hari ok? Tak salah aku rasa aku ambil cuti untuk merehatkan diri. I just deserve it. Seronok balik dari cuti? Uish.. rasa nak sambung cuti aje lagi ni. Balance cuti tinggal 18 hari. Cukuplah untuk cuti raya nanti. Aku ni jenis tak suka ambil cuti sangat. Sekali aku cuti, aku akan pastikan aku bercuti paling kurang ialah seminggu. Lain la cuti sakit atau kecemasan atau hal-hal yang tidak dapat dielakkan. :-)

Pergi Langkawi dengan family. Semua adik-beradik ikut. Satu van disewa sepanjang berada di sana. Abg Mie aka pemandu pelancong membawa kami sekeluarga tour satu Langkawi. Paling seronok masa pergi Island Hoping, naik bot tour pulau-pulau kecil sekeliling Langkawi. Ambil gambar-gambar pemandangan yang sangat mengagumkan. Pergi shopping. Aku beli chocolate, beg tarik ala akademi fantasia dan burung helang. Nasib baik masa pergi sana, gaji tak masuk lagi. Kalau tak musti kehabisan stok sehingga hujung bulan. Oleh sebab tempat penginapan adalah berhampiran pantai, maka setiap hari aku akan ke pantai bermandi-manda dan ini menyebabkan kulit aku menjadi gelap sedikit. huhuhu.. :-( Kami sempat tour Underwaterworld yang masih dalam proses renovation. Banyak hidupan laut yang mengagumkan. Dari sekecil-kecil jari kelingking, sehinggalah yang besar gila, sampai gerun aku tengok.

Bertolak balik dari Langkawi petang Isnin, sampai KL pagi Selasa. Seharian tidur. Penat la tidur dalam bas. Dah la bas bermasalah. Berhenti hampir 2 jam di Bukit Merah. Memang penat. Tapi sangat seronok.

Aku selesa di rumah pada hari selasa dan rabu pula menghabiskan masa bersama kak nett. Khamis, menyediakan diri dan kelengkapan sebelum bertolak ke Kuching waktu malamnya. Terima kasih pada kak nett yang sudi menghantar aku sehingga ke KLIA. Sampai di Kuching dalam pukul 12:30 malam.

Aku sangat seronok sepanjang masa aku berada di Kuching. Sebab selama ini, aku asyik mendengar cerita tentang Kuching, kali ini aku dapat pergi dan berada di sana selama 4 hari. Tapi aku tak dapat pergi Gunung Santubong. Kampung Budaya pun tak sempat nak jejak. Nak pergi Muzium Kucing pun tak sempat. Sibuk sebenarnya sepanjang masa berada di sana. Cuma ada satu hari sahaja yang ada masa terluang yang aku habiskan dengan meronda sekitar Kuching. Cuma satu hari itu sahaja. Ahad sibuk sepanjang hari. Hari isnin, pagi dah nak balik KL. Memang tak sempat. Maybe next time. Insya Allah. :-)

Isnin tengahari sampai KL. Selasa masih bercuti. Rabu kembali bertugas. Urghh. Penat. Seronok. Terharu. Pilu dan Rindu. :-)

Cerita Lama Amyz