Jumaat, 22 April 2005

Out Of Here

Balik office sekejab. Tengok email & print nota kursus yang menjadi bahan rujukan untuk exam 30hb nanti. Seronok ke kursus? Aku hampir mati kebosanan! Ya Allah, teruknya aku ni.

Aku mulai bosan dengan semua keadaan. Rumah, Office, tempat kursus, kereta, pakaian~ Mungkin orang akan label aku sebagai manusia yang tidak tahu bersyukur, tapi apa yang aku tahu, aku tidak puas hati.

Bila aku ada simpan rasa tak puas hati dalam hati, aku tertanya - adakah aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada? Salahkah aku tidak berpuas hati? Kenapa orang lain boleh tak puas hati dengan senang² aje? Kemudian, aku lupakan apa yang aku tak puas hati dan aku cuba jadi manusia yang bersyukur.

Entah. Aku cuba berhenti untuk menjadi aku. :-(

Isnin, 11 April 2005

Esok

Esok, 12hb April sehinggalah 30hb April, tidak akan ke pejabat, kerana menghadiri kursus induksi. Dah setahun lebih bekerja baru dapat kursus induksi. Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga pergi kursus. Kalau tidak, susahlah nak dapat pengesahan jawatan. kalau jawatan tak sah, susahlah nak buat pinjaman kereta, rumah, bla.. bla.. bla.. asal kerja keraja*an je mesti orang cakap, senang kerja keraja*an ni, senang nak buat pinjaman. Bluehh~ meminjam memang senang. Nak membayarnya kelak, semput juga dibuatnya. Betul la tu, hidup ini hanya pinjaman. Semua pun pinjaman. :-)

Esok. Bagaimana agaknya esok?

Sedang menyediakan semua barang keperluan. Tidak dapat penginapan kerana kursus diadakan di INTAN Jalan Ilmu tu saja. Harap dapat penginapan agar dapat memudahkan kerjasama kumpulan. Kalau lah dapat, alangkah bahagianya. Nak ulang-alik selama 3 minggu, satu perkara yang memenatkan! Dahla Federal Highway tu selalu sesak. Bagaimanalah aku nak hadapi~

Esok hingga hujung bulan.

Mungkin satu rahmat juga dapat kursus ini. Dapat juga lari dari pejabat yang huru-hara ini. Phew.. Seronoknya..!!

Tunggula sehingga esok.

Khamis, 7 April 2005

Soul Renovation

Down~ Down~ Down~ Down~

A simple thing where have you gone
I'm getting old and I need something to rely on
So tell me when you're gonna let me in
I'm getting tired and I need somewhere to begin

And if you have a minute why don't we go
Talk about it somewhere only we know?
This could be the end of everything
So why don't we go
Somewhere only we know?

_Somewhere_Only_We_Know_

*daun, kucing aku yang update hari ni. :-(
guess i need soul renovation too.

Rabu, 6 April 2005

Respect Please!

Lots of guy I’ve met doesn’t respect woman appropriately. This morning, after breakfast I’ve been walking to ATM and have a chit-chat with my friends. We’ve pass over a bunch of old man which wearing guard uniform, and then they teasing us. We’re talking about the skirt that my friend just brought yesterday and then that old man intrude like, we said something about “cantik” then he said “memang cantik pun” Which is, me and my friend doesn’t ask for their opinion~ I just like, what the hell orang tua ni cakap? I gave him one sharp fierce glance to shut his mouth up.

After withdrawal, we HAVE to pass them again, and then their eyes never stop looking at every step of us, up-and-down like we were walking naked! Owh! I really hate this kind of man. They doesn’t respect woman at all. Why don’t they look us like we were their children? Doesn’t their get angry when found out that his daughter or wife or sister been irritated like that by other guys?

Other then that, I really disgusted with guys whose making joke or teased certain part of woman’s body. It really shows that they never respect woman at all. When he making jokes or teasing about that, doesn’t he realize that he talking or teasing the same part of his mother or sister’s body? Respect woman. Don’t making fun of her. What do you think? Woman’s body is something you can make fun of it? Don’t you have any dishonor? You guys are so ignoble!

So, please RESPECT woman, because if their might not your mother, sister, daughter or wife, but there are somebody else’s mother, sister, daughter or wife.

=====

"Orang yang banyak dugaan, orang itu yang paling Tuhan sayang."

Aku bagi kata-kata ini pada Sera. Terlalu banyak dugaan yang dia hadapi. Aku tak tahu bagaimana dia boleh setabah itu. Kalau aku, (kalau, aku bilang kalau) dah lama kawan-kawan satu group utk projek video clip tu kena sembur dengan aku. Kena bertegas, kalau tidak nanti orang pijak kepala kita, ambil kesempatan atas kelemahan kita. Sera memang tabah.

Selasa, 5 April 2005

Dah Pindah

Dah pindah cubicle baru. Sempit sedikit dari cubicle lama. Keadaan suhu bilik biasa. Pendingin udara tidak cukup untuk mendinginkan keadaan bilik ini. Tak habis mengemas dan menyusun segala peralatan, buku-buku dan barang-barang. Malas. Mengangkut ke cubicle baru pun dah rasa penat. Semua barang berat-berat. Nasib baik pakai troli. :-)

Sudah berjaya melakukan kerja-kerja teknikal. Ehehe. Seronok juga pergi meja pengguna pasang UPS. Tapi bila dah selesai, si boss tiba-tiba bagi arahan untuk menarik balik UPS yang sudahpun diagihkan. Ish. Tak mahula ambil balik. Nanti orang cakap buruk siku~ Dia takpe la. Siku dia memang dah buruk pun. Dulu dia dah approve. Sekarang dia nak tarik balik. Buat malu je. Bukan kita orang pakai agihkan begitu je. Kita orang dah buat kajian siapa yang layak terima UPS. Isyh..

Oh ye, guesbook tu tak ber-scroll bar. Kalo mouse kalian ada scroll ditengahnya, kalian boleh lihat komen tetamu lain dibawahnya dengan scroller mouse. Saya tidak suka punya banyak scroll bar dalam web saya. Maaf sekiranya menyusahkan.

Malas mahu bercakap banyak-banyak pada mereka yang tidak memahami. :-)

Banyak perkara mahu cerita, tapi banyak blogger lain dah cerita, jadi saya pun diam saja, sambil angguk-angguk kepala.

Sejak dengar lagu Kembara dalam sebuah kancil, saya kembali memasang mp3 kembara di pc saya. Ekspress Rakyat, Hati Emas, Keroncong Untuk Ana, Malam, Suatu Masa dan lain-lain lagu menjadi halwa telinga setiap hari. No wonder lah si Effa sanggup jadi fan-club M.Nasir. Kagum betul saya. :-p

END.

Cerita Lama Amyz