Isnin, 28 Mac 2005

Perkongsian, Timbangrasa & Hormat.

Apabila menyebut tentang perkongsian, maksud disitu apabila ada sesuatu yang kita kongsi, apa yang kita perlu adalah satu sikap bertanggungjawab, bertimbangrasa dan menghormati orang lain yang berkongsi sesuatu itu dengan kita.

Sebagai contoh terbaik sesuatu perkongsian adalah jalanraya. Bukan kita seorang sahaja yang ada kereta dan memandu serta menggunakan jalanraya. Orang lain juga menggunakan jalanraya bersama kita, jadi kau dan aku - perlu bertimbangrasa - selain sebab bukan kau seorang saja yang bayar cukai jalan. Apabila kita berkongsi satu jalanraya yang sama, yang penting - menghormati pengguna lain. Katakan jika ada orang memberi laluan kepada kita, apa salahnya kita mengangkat tangan sebagai tanda terima kasih?

Itu cuma satu contoh yang saya ambil kerana saya rasa tak perlu terangkan dengan panjang lebar apa maksud saya. Semua pun tahu, pelayan yang saya hostkan web saya merupakan satu perkongsian pelayan dengan beberapa pelanggan yang lain. Sudah beberapa hari, web tidak dapat diakses kerana masalah jalur-lebar.

=end=

Selasa, 22 Mac 2005

Pindah

Sedang dalam proses mengemas barang-barang di cubicle ini. Sayang sungguh nak tinggalkan cubicle yang comel ni. Tapi bila dah di-eliminate dari unit sistem ini, maka terpaksalah keluar dari sini walaupun berat di hati.

Bila kemas-kemas balik, baru rasa banyaknya barang. Sedang cubicle unit sana tu tak sebesar mana. Tak pasti lagi barang-barang dapat dimuatkan atau tidak.

Buku-buku SQL, Linux dan Dreamweaver tu sayang nak tinggalkan untuk programmer baru. Kalau dia nak, dia fotostat saja. Mana boleh simply² nak kasi kat orang lain?

Sedikit demi sedikit, perpindahan barang-barang akan dilakukan. PC mungkin perkara paling akhir saya pindahkan. Barang kecil-kecil, hadiah-hadiah, patung-patung kecil, tag-tag nama dan peralatan tulisan, adalah barang pertama akan dipindahkan esok atau lusa. Lusa? dah kena pergi Parlimen pula. Sengaja saya ini melambat-lambatkan kerja. :-) Jahat betul. Ala.. programmer baru akan mula bertugas pada 1hb April nanti. Lambat lagi kan?

Walaupun tak berapa gembira dengan suasana kerja, saya bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan yang lucu dan selalu menghiburkan hati. :-) Lucu la U ni. Terhibur I. Sampai tersedak-sedak I gelak. Dan aktiviti bersama kawan-kawan yang lucu ini harus di jadikan amalan. Betul tak, Cik Syidah?

Suhu panas sekarang ini buat orang cepat marah. Saya tak marah. Tapi saya kena marah dengan orang. :-( Sedih sungguh la bila kena marah ni. Merajuk baru tau..!!

Khamis, 17 Mac 2005

Testing~

Hmm.. Banner baru menawan kalbu. Tergodakah dengan jelingan itu? Hahaha. Testing. Testing. :-) Oh ya, gambar di banner itu di ambil oleh cik daun yang comel tu.. ;-)

Nanti. Masih belum selesai. Ia masih dalam proses penambahbaikan.

Programmer baru datang hari ini dan mengganti duduk di kerusi programmer aku. Dan aku tersingkir ke unit lain. Dalam 2 minggu, kemas barang-barang, pindah cubicle lain. Jauh dari unit sistem. Jauh dari mereka. Ada masa dua minggu di cubicle ni. Cubicle kat unit teknikal tu lama. Buruk dan huduh~ iiieeww..

Lain kali tak mau paste lagu lagi - daun kata kucing dia pun bole buat. Ye la aku tak paste lagu, aku paste artikel orang, macam ada orang tu.. :-"

Apa lagi eh? cukuplah dulu. Design layout ni pun hampir kanser otak dibuatnya. Nak rilex dulu. ;-)

Rabu, 16 Mac 2005

Perlu Senyum

:-) Perlu untuk senyum sepanjang hari, walau hati sebenarnya tidak tenang. Di sini aku tidak lagi menemui ketenangan. Aku tidak bekerja dalam suasana yang gembira lagi. Aku rasa hopeless. Kau mungkin tahu aku telah ditukarkan ke unit teknikal dan meninggalkan unit sistem - which is, it's not easy for me to let it go - tetapi apa daya aku? Phrase "Saya yang menurut perintah" ini seperti satu hukuman.

:-) Perlu untuk senyum bukan sahaja sepanjang hari bahkan sehingga bila-bila. Nasihat kawan agar tidak emotional perlu diamalkan. :-) dan senyum itu perlu bagi menjadikan diri ini tidak terlalu emotional. Kenapa perlu emotional? Kerana sepantas kilat, dengan satu tandatangan, sistem-sistem itu seolah dirampas dari aku - mungkin aku rasa tercabar - tetapi, aku lebih sedih melihat susah payah aku ini di ambil orang. Siapa tak emotional? Kerja kita, akan di'claim' sebagai kerja orang lain. Hangin satu badan..

:-) Senyum lagi. Aku cuba dalam bidang teknikal - mungkin ini menambah pengetahuan aku tentang kerja-kerja teknikal lebih dari apa yang aku tahu waktu di LGTT dahulu. Well, tugas pertama aku hari ini - ialah duduk diam-diam di cubicle aku dan design layout baru - teruk kan aku?

:-) Senyum lagi. Sebelum kau lihat muka aku jadi begini -> :-| tanpa perasaan dan erti.

Jumaat, 11 Mac 2005

Entri Meraih Simpati II

Ish.. Saya rasa malu dengan entri meraih simpati ni. Ingat *toot**toot* ke? Memang betul, saya terkena selsema dan batuk. Tapi tak sampai tahap kronik/kritikal sehingga terpaksa duduk dalam wad (weh, korang doakan aku masuk wad ke? :-p) Sedikit saja sakit ni. Bak kata Tok Rimau, sakit tu penghapus dosa-dosa kecil (Kalau dosa besar, kena bertaubatlah!). Terima kasih kerana mengingatkan saya.

Kawan-kawan (merujuk kepada mereka yang mengerti), aku memang ada niat untuk memanjangkan entri meraih simpati ke dua atau mungkin sehingga ke episod 80 - ala-ala drama Sembilu, sebab iye lah, nama pun entri meraih simpati kan, dah tentu la hendakkan perhatian. Banyak kisah-kisah tragis, pilu dan sedih boleh aku paparkan di sini. Tapi aku tak mahu menjadi seorang yang bukan diri aku. Aku rasa cukupla satu entri je. Tu pun aku dah rasa, mengada-ngadanya budak amyz nih! As long as I know, you all (merujuk kepada kawan-kawan) care about me. That would be more than enough. Tak payahlah aku nak tulis-tulis lagi kan? :-D Thank you so much for supporting me from the start, you know what I mean. Hahaha..

Aku tahu aku sedikit emosi hari ini. Tapi aku tak nak libatkan emosi aku dalam catatan aku. Oleh itu, aku mahu kongsi email ini dengan semua orang supaya semua orang boleh faham, apa sebenarnya kehendak wanita (terutamanya isteri anda) waktu dia tidak sihat. :-)

JIKA ISTERI KITA SAKIT.

Di satu petang, kita balik dari pejabat dengan hati yang penuh harapan, harapan disambut oleh isteri dan anak-anak di depan pintu. Pintu diketuk dan salam diberi. Apabila pintu dibuka, hanya anak sahaja yang menjawab salam.

Bagi anak perempuan kita cium pipinya dan anak lelaki pula kita usap kepalanya. Kebiasaannya, emak mereka juga akan menyambut dengan tersenyum simpul. Tetapi tiada pada petang ini. Kita pun terus ke bilik study untuk meletakkan brief case kita. Kita ke bilik tidur dan dapati isteri kita terbaring berselimut atau yang serupa dengan itu. Kita pun bertanya, "Sakit ke?"...Isteri kita diam aje dengan wajah yang menggambarkan dia memang sakit. Kita pun terus ke dapur bancuh minuman sendiri dan dan minum depan TV.

Lima minit kemudian isteri kita turun dan terus ke dapur menyediakan makanan untuk malam. Disebabkan kita nampak dia boleh ke dapur dan sediakan makanan maka kita pun terus ke bilik study sambung kerja pejabat atau keluar rumah untuk bermain badminton atau cuci kereta. Dalam hati kita berkata,'isteri tu taklah teruk sangat sakitnya, sebab nampak dia boleh berjalan ke dapur'.

Cuba kita selami, apa pula hati isteri kita berkata. "Alhamdulillah, Abang dah balik, nanti nak ajak abang ke klinik jumpa doktor dan ambil ubat. Badan ni tak larat nak bangun. nanti dia naik ke bilik baru nak bersiap tukar pakaian ke klinik." Abang pun tanya, "Sakit ke?" Dalam hatinya," Hai takkan tak nampak orang tengah sakit ni, tanya pulak. Tengok tu, dia buat tak peduli aje..tengok TV pulak...sepatutnya ajaklah ke klinik......" Sambil turun ke dapur hatinya berkata, "Orang sakit, dia bukan peduli, tapi kalau dia yang sakit, macam-macamlah dia suruh kita buat untuk dia. Menyampah..nanti kita dah tak bangun sangat, baru terhegeh-hegeh nak tolong usung ke klinik." Maka diusahakan juga ke dapur walaupun dirinya sakit, untuk berbakti pada anak-anaknya.

Suami-suami yang dimuliakan, isteri kita mempunyai jiwa 'anak kecil' apabila dia terkena demam, sakit kepala dan sebagainya dan lebih-lebih lagi "pening-pening-morning sickness".
Walaupun sakitnya itu tidak seberapa pada pandangan kita, tetapi sangat besar ertinya di sisi mereka. Mereka memerlukan kita membelai mereka sebagaimana doktor membelai pesakitnya yang datang mengadu sakit minta diubati. Mereka tidak minta di belai berjam-jam. Kalau lebihpun, hanya lebih sikit daripada doktor aje.

TAK SAMPAI LIMA MINIT PUN.

Kita kena jadi doktor yang pertama dulu. Bila nampak dia terbaring atau duduk yang menggambarkan dia sedang sakit. Maka, hendaklah terus mengadapnya sebaik saja kita masuk ke rumah. . Bila tanya pada anak, "Emak mana?" Anak jawab, "Dalam bilik". Maka kita hendaklah terus ke bilik dengan beg brief case sekali. Dan belailah bagaimana doktor membelai pesakitnya. Dapatkan suhu badannya walaupun dia tak demam - letaklah tangan di dahinya atau tengkoknya. Peganglah lengannya untuk mengira denyutan jantungnya walaupun kita tak tahu kadar yang menunjukkan dia tu memang sakit. Dengarlah bunyi paru-parunya bila dia bernafas dengan meletakkan tapak tangan kita di belakangnya dan urut sedikit walaupun kita tidak menggunakan alat yang doktor guna itu. Sentuhan-sentuhan begini sudah cukup untuk menyembuh psikologinya. Tanyalah dia bila dia kena demam...dsb supaya dia luahkan penyakit psikologinya dulu dengan menceritakan puncanya dan offer cepat-cepat nak bawa ke klinik agar dia boleh berfikir dan menilai tahap sakitnya sama ada berbalui untuk di bawa ke klinik. Sebab kekuatan psikologinya telah diperolehinya dari "doktor yang disayangi" ini. Tidak perlu lagi dari doktor perubatan yang lain.

Biasanya dia akan kata, "Tak apalah bang, demam ni sikit aje, ....." Jika ini jawapannya, maka Alhamdulillah, ini bermakna hati dan jiwanya telah puas dan kuat dengan belaian kita dan dia REDHA akan demamnya itu. Begitu juga kepada si isteri jika suami anda sakit.

Selamat Mencuba. Selamat Maju Jaya. :-)

Rabu, 9 Mac 2005

Entri Meraih Simpati.

Sejak semalam, tekak saya sakit. Hidung pula rasa tidak selesa. Hari ini saya diserang batuk dan selsema serentak. Kepala pula rasa berdenyut semacam. Saya tidak selesa. Saya tidak dapat makan dan minum dengan penuh selera. Mungkin akibat perubahan cuaca yang drastik. Mungkin juga akibat jangkitan virus daripada orang-orang yang terdekat. Mungkin juga jangkitan dari orang yang jauh. Entahlah saya tak tahu. Yang saya tahu, saya tidak sihat hari ini. Saya menghidapi selsema dan batuk. Saya ingat nak ambil MC la. Tapi saya perlu berjumpa doktor. Saya tak suka jumpa doktor, sebab nanti saya kena makan ubat. Saya tak suka makan ubat. Ubat tak sedap dan pahit. Yurk! Yurk!

Rabu, 2 Mac 2005

Sepet

Ok. Dah pun menonton SEPET. Puas hati. Berbaloi berbelanja RM8 di TGV (ladies day la semalam. dapat kurang RM2). Tidak banyak perkara yang kami rungutkan tentang filem pertama yang benar-benar menggambarkan Malaysia ini, kecuali tempat duduk saya semalam di tolak-tolak dengan kaki oleh penonton belakang. Kurang ajar! Tak tahu hormat orang.

Iklan petronas dan Rabun jadi sebab utama saya memilih untuk menonton SEPET. Saya rasa Yasmin Ahmad lega apabila SEPET dapat ditayangkan di panggung terpilih walaupun 8 scene yang terpaksa di potong oleh LPF. Yasmin Ahmad mempertaruhkan harapan yang tinggi untuk filem ini. Bagi saya, SEPET membuktikan Yasmin Ahmad berjaya.

Dalam akhbar baru-baru ini saya baca, ramai wartawan mengkritik adegan Ida Nerina berkemban. Bagi saya, ia normal suri-rumah duduk di rumah berkemban. Mungkin sebab saya dibesarkan dalam persekitaran sedemikian. Cuma saya rasa tidak selesa apabila anak dara iaitu Orked berkemban. Saya kena cubit dengan mak kalau buat begitu di rumah. Ha ha ha.. Dan ya, Yasmin Ahmad betul dalam satu perkara lagi. Surirumah suka menonton drama cina. Dulu la.. Sebelum telenovela Latin ditayangkan dan dipopularkan.

Filem seperti ini buat saya mahu menonton hasil karya tempatan. Saya bukan jenis "TAK NAK" filem tempatan. Tapi kebanyakan filem tempatan buat saya rasa rugi untuk melaburkan RM10 untuk menontonya. Tambahan, kawan-kawan saya tidak berapa menggalakkan saya menonton filem tempatan. Sepertimana Aidilfitri lalu, saya dengan niat untuk menyokong filem tempatan telah pergi menonton filem tempatan yang akhirnya mengecewakan saya. Jadi bagaimana saya mahu menyokong filem tempatan?

Lalu, dengan terhasilnya filem seperti ini buat saya boleh membanggakan karya tempatan kepada kawan-kawan saya yang sering membanggakan filem luar yang ada juga yang ntah-apa-apa-ntah itu.

Ulasan Tok R dalam guestbook saya paparkan di sini. Banyak yang saya setuju dengan beliau. Moga kritikan seperti ini membuatkan Yasmin Ahmad menghasilkan another SEPET atau RABUN yang lebih bagus lagi. :-) Selamat Berjaya untuk Yasmin Ahmad.

Sepet bukan filem Melayu moden yang terbaik. Ia filem Malaysia yang terbaik. Noktah.

Paling aku kuat ketawa: Dia datang dengan lenggang lenggoknya.

Paling aku kememe: Tangisan ibu dan anak ketika menuju lapangan kapal terbang.

Paling aku mushkil: Pasar siang. (Ramainya orang berlakon di pasar siang itu.)

Paling aku insaf: Bismillahirahmanirrahim. (Basicly, the film got me at hello)

Pun begitu, aku mahu mencadangkan beberapa pembaikan.

1. Memperkasakan lagi unsur penghargaan kepada puisi
a) Pertama kali Jason ternampak Orked di sekolah adalah di depan papan kenyataan. Mereka sama-sama membaca puisi yang ditampal.
b) Masa Orked dan ayahnya mencari Jason, mereka pergi ke celah bangunan tempat Orked terjatuh (dan teringat Jo cuba mencabulnya). Mereka terjumpa puisi cinta ditulis oleh Jason pada dinding bangunan. Oh.. barulah Orked sedar bahawa Jason nak tunjuk puisi, bukan nak beromen.

2. Mematikan watak Jason tanpa melibatkan kemalangan jalanraya. Kemalangan jalanraya terlalu biasa. Bila aku nampak motor celah lori je, aku berdoa janganlah watak ini mati dengan kemalanagan. Carilah cara lain.
a) Jason ditangkap kerana terlibat dengan VCD cetak rompak dan kumpulan kongsi gelap. Bila Jason keluar, kita sambung dengan Sepet 2.
b) Jason dibunuh oleh orang Jimmy kerana membalas dendam.

3. Babak yang perlu dibuang untuk ganti babak-babak di atas.
a) Seluar dalam Harith
b) Rambut lu dah panjang, ini pun dah panjang
c) Taiko tembak telur orang.
Aku tahu sex sells tapi filem ini sudah cukup baik. Ia tidak perlu sex berlebihan.

Apa pun. Ini filem Yasmin, bukan filem aku. Sukahati Yasminlah untuk bercerita. Walaupun aku komen aku tetap nak ulang, Sepet bukan filem Melayu moden yang terbaik. Ia filem Malaysia yang terbaik. Noktah.

SEPET bukan filem MELAYU. Tetapi filem tempatan. :-) dan Ianya antara filem keluaran tempatan (Malaysia) yang terbaik. Noktah juga.

Selasa, 1 Mac 2005

Bosan

Sabtu lalu saya kebosanan di pejabat. Mujur Sera Honey Biru menghadiahkan saya vclip pelajar² MMU ini kepada saya untuk menghilangkan kemandoman saya pada hari itu. Saya mahu kongsi dengan anda. :-)



Terhiburkah hati anda? :-) Saya terhibur. :-) Terima kasih Sera!

Ok. Ini rekabentuk baru. Tapi masih banyak perkara mahu saya letakkan disini. Sebelum saya letak hasil tulisan saya, saya mahu declare bahawa artikel saya mungkin berunsur feminist. Tak faham? Tak apa. Jangan satu hari nanti saya dihentam teruk oleh kaum Lelaki ya? ;-)

Cerita Lama Amyz