Sabtu, 29 Januari 2005

Shopping Lagi

I never stop shopping since New Year. I'd brought something new every week. Besides, I was lucky because I have been given RM200 for free. Wow! And I already used all RM200 to brought shoe, white musk, 1 shirts, 2 skirt, make-up and lipstick. Believe it! I’m so happy... :-)

All bills already paid and I still have extra money for myself? Shopping, of course!! It’s really makes me want to sing! Lalalalalilalala..

Gotta stop right now! I can't wait another minute at office anymore. And I'm ready to go to the mall!

Bye.

This is my last enty on January. I take 2 days leave, Monday and Wednesday. For sake of menyambut kepulangan Mak dan ayah tercinta. I will back on Thursday, 3RD FEBRUARI! There's something on that day? Hmmm.. be the lucky-2000 visitor in my guestbook on THAT DAY and you will receive a gift from me.. ;-) Ehehehe.. :-D

Bye, again~

Jumaat, 28 Januari 2005

Cerita Kerja Yang Boring

Malas pula nak bercerita tentang kerja. Balik-balik benda yang men'tension'kan. Baik tak payah cerita. Nanti orang cakap, saya ada tekanan perasaan pulak. Bahaya tu. Tambah-tambah saya sering bercerita waktu tension je, waktu yang tak tension, saya tak cerita pulak kat sini. tak adil la kan?

Bukan tak seronok kerja di sini. Tambah-tambah kerja yang saya minat. Saya rasa seronok bila sistem-sistem dibawah seliaan saya digunakan dengan baik. Saya senang hati menunjuk-ajar pengguna untuk menggunakan sistem-sistem saya. Kesimpulannya, saya seronok berkerja disini cuma saya tidak senang hati dengan persekitaran kerja yang tidak sihat. :-)

So, I take the simple way - I just do all my work, inform it all to my supervisor and don’t give a damn to others people. :-)

Counting days waiting for my parents return soon. I can’t wait to see my parents. I really want to hugs my mom. I miss them a lot. They will depart from Jeddah at Sunday noon and arrive at KLIA early Monday morning. Wish they have safe journey and arrive. Insya Allah.

Counting days waiting for your come back too. ;-)

Khamis, 27 Januari 2005

Bosan!

Bosan! sangat bosan bila membaca majalah-majalah yang ada artikel bertajuk seperti ini -> 10 perkara yang lelaki suka, 10 perkara yang lelaki tak suka, etc.. etc.. menampakkan perempuan aje perlu please lelaki. lelaki? apa yang dorang lakukan untuk menjaga hati perempuan? memahami perempuan? asyik perempuan je perlu memahami lelaki. saya tahu itu sebagai pengetahuan. tapi berapa banyak pun pengetahuan si perempuan, kalau perangai lelaki tak berubah-ubah, tak guna juga.

Ye, saya tau memang ada majalah-majalah yang ada artikel bertajuk seperti itu untuk lelaki memahami perempuan. tapi ada ke lelaki yang membelinya? membacanya? sebab artikel-artikel itu selalu keluar dalam majalah keperempuanan. lelaki mana nak beli majalah-majalah macam tu. mereka baca komik je. kalau tak komik, majalah sport, computer, games tak pun sports. nak beli majalah maskulin? harap ampun! lain la kalau dapat free, tak pun ada orang lain yang dah beli. lain la kalau lelaki yang ala-ala tu.

Saya bukan marah. Tapi saya bosan bila beli majalah, balik-balik artikel seperti itu yang keluar. Boleh tak keluarkan artikel yang lain?

Isnin, 24 Januari 2005

Hangat di Pasaran

Yang Terhangat di Pasaran Bulan Februari 2005..!!



Mat Jan, hang kena nanti!!

Rabu, 19 Januari 2005

AidilAdha

Selamat Menyambut Aidiladha.
Semoga pengorbanan kita dirahmati Allah.

Mak, Ayah.
Mudah-mudahan mak dan ayah selamat di sana, kota suci Mekah. Semoga sentiasa di dalam perlindungan Allah. dan dipermudahkan dalam menjalani ibadah. Insya Allah. Anak-anak mak dan ayah sentiasa doakan mak dan ayah.

Anak-anak mak dan ayah kat sini semuanya sihat-sihat. Cucu mak yang sulong tu, si Atiya dah tumbuh pun giginya. Merangkak pun dah laju. Cucu ayah yang nombor dua tu, si Yana, ayah bukan tak tahu. Bila jaga je menangis. Lambat dapat susu je, menangis. Jenuh Lyn nak memujuk dia. Dah pandai buka mata dan bila dengar orang cakap, mulut bergerak-gerak nak cakap juga.

Anak-anak mak dan ayah semua baik-baik. Alhamdulillah. Kami sentiasa ingat pesan mak dan ayah. Kami selalu menjaga antara satu sama lain. Semuanya kami buat sama-sama. Makan, masak, mengemas, membasuh dan keluar jalan pun sama-sama. Alhamdulillah. Mak dan ayah tak pernah salah didik kami semua.

Semoga mak dan ayah dapat kembali ke Malaysia dalam keadaan yang baik dengan haji yang mabrur.

Dan doakanlah anak-anak mak dan ayah sejahtera dunia dan akhirat ye? Amin.

Khamis, 13 Januari 2005

Alkisah Penjaga Sistem

Alkisahnya, saya ni kan penjaga sistem di sini. Salah satu sistem yang saya jaga, ialah sistem cuti. Selama menjaga sistem ini, saya tidak mendapat banyak masalah kecuali satu masalah besar ialah ada pengguna tidak mahir IT, (tapi kalau main game tu top scorer tu..), susah juga saya nak menunjuk-ajar. Tapi alhamdulillah, semuanya ok. :-)

Akan tetapi, minggu lepas, ada mesyuarat orang-orang atasan di mana di depan orang atas-atas ni, salah seorang orang atasan memberitahu dalam mesyuarat itu, bahawa sistem cuti di pc beliau tidak boleh di buka. Oh, apalagi, big boss saya yang kaf lam ya nga tu pun cakap pada penyelia saya, jangan berikan kerja ini pada saya, seolah-olah selama ini saya tidak buat kerja dengan baik.

Betul tu, saya tak membuat kerja dengan baik. Orang atasan a.k.a Pn F yang mengadu tadi duduk di bahagian penguatkuasa yang terletak di blok B, sedangkan bahagian IT ni duduk di Blok K. Saya terlalu malas nak pergi bahagian enforcement tu. Network wireless di sana memang hampeh. Aduan dulu, Pn F ni cakap, dia kata dia tak boleh nak sokong cuti pegawai bawahan dia, jadi saya letakkan beliau dalam kumpulan penyokong. Tapi bila mesyuarat, dia cakap sistem cuti dia tak boleh buka pulak. Hai.. ini tak boleh jadi.

Oleh itu, untuk mencari jalan penyelesaian, saya bersama penyelia saya membuat lawatan ke blok B untuk memeriksa sistem cuti di setiap pc. Setelah berbincang dengan kerani cuti di sana, maka barulah kami diberitahu masalah sebenar keadaan di sana. Masalahnya tidak perlulah saya huraikan di sini.

Yang membuatkan kami sakit hati ialah Pn F yang mengadu sistem cuti beliau tidak boleh diakses bukanlah sebab masalah sistem cuti itu sendiri ~ masalah sebenar Pn F ini ialah, kabel network beliau tidak berfungsi yang menyebabkan Pn F ini tidak dapat akses internet, sistem dan email. Jadi mengapa salahkan sistem cuti? Beliau telah memberitahu perkara salah di dalam mesyuarat orang-orang atasan. Ini merupakan fitnah kepada sistem cuti dan saya yang tidak bersalah. Ini boleh menjejaskan kerjaya saya, menjatuhkan air muka saya serta tidak mendapat kepercayaan Boss di sini.

Hmm.. sukarnya hidup dan bekerja dalam persekitaran kerja yang tidak sihat dan suka menabur pasir di dalam periuk nasi orang lain di sini. :-(

Selasa, 11 Januari 2005

Sincerely Me

I should try hardly to control my temper! I shouldn’t hurt anybody easily. I should think twice before say something that will break my friend's heart. And I shouldn’t take serious and get angry of any simple things were spoke from my friend. I know every little word I said that hurts someone, is hard to forget. I know, it’s easy to say sorry, but the scar I’ve made remains forever in his heart.

And I,
I just can say;

dear, I am truly sorry.

yours sincerely;
~amizuraida~

Khamis, 6 Januari 2005

Hari Yang Berlalu

Hari-hari berlalu seperti biasa. kecuali tanpa mak dan ayah. balik rumah setiap petang, terasa satu kekosongan. tiap kali habis solat, cuma doa aku kirimkan kepada mereka. rindu ini sudah terlalu sarat untuk mereka.

Kerja pun masih seperti biasa. Sistem-sistem berada dibawah tanggungjawab, aku handle sebaik mungkin terutama berhadapan dengan karenah pengguna. Kerenah pengguna bukan satu masalah besar buat aku. Kerenah big boss di sini selalu menjadi masalah kat semua orang. entah macam mana dia boleh jadi pengarah, aku pun tak tahu~ isk. isk. isk.

Bila ayah tak ada ni, aku bawa kereta pergi office. Tapi aku tak parking di tempat parking yang disediakan di PBD tu. Aku nak beli season parking tag. Tapi sampai sekarang application aku tak proses lagi. Pelik aku. Aku tak mampu nak bayar parking rm5 per entry setiap hari. Dulu kat twintech, free. Tapi bila kena bayar parking, aku rasa susah. Jadi untuk mengelakkan diri untuk membayar parking yang mahal tu, aku parking di kawasan rumah orang-orang kaya sekitar PBD tu. Tapi kena jalan kaki la sikit untuk ke pejabat.

Since start sekolah, jammed menjadi-jadi kat KL ni~ Cheras xspecially. Kenala keluar awal pagi. Awal pagi pun dah sesak. Kalau macam ni, susahlah.. Rasa macam malas nak drive kereta. Darah cepat naik, had sabar makin tipis, asyik marah-marah. Kalau macam ni selalu~ cepatla aku dapat penyakit jantung dan darah tinggi. Apa nak buat? Naik bas? Naik lrt? Yups, tak sesak dengan kereta tapi bersesak dengan orang.. Lagi lemas~ Tak campur orang-orang yang suka tolak-tolak orang. Orang yang suka amik kesempatan dan lain dan lain lagi. Jadi? apa lain yang kena buat, selain dari bersabar? :-)

Selasa, 4 Januari 2005

Salam Tahun Baru

Januari datang lagi - teringat januari lepas, kawan aku nyanyi lagu - kisah kita berakhir di januari - dengan syahdu-syahdannya, sekarang Januari datang lagi. Setahun sudah berlalu.. :-) azam tahun baru? entah. tak fikir apa-apa pun tentang azam. kadang azam je berlebih-lebih, tapi buatnya tidak. kalau macam tu, baik tak payah tanam azam..

2005 ini aku harap segala-galanya berjalan lancar. mudah-mudahan segala yang aku lakukan untuk kebaikan diri dan keluarga direstui Allah. mudah-mudahan segala yang aku citakan dapat aku kecapi. Insya Allah. :-)

I decided long ago, never to walk in anyone's shadows
If I fail, if I succeed
At least I live as I believe
No matter what they take from me
They can't take away my dignity
Because the greatest love of all
Is happening to me
I found the greatest love of all
Inside of me
The greatest love of all
Is easy to achieve
Learning to love yourself
It is the greatest love of all
by Whitney Houston - Greatest Love of All

Cerita Lama Amyz