Selasa, 15 November 2005

Tentang Tiya dan Yana

Cerita pasal raya? Disambut sederhana tetapi meriah. Ehehe. Malam raya balik kampung ayah di Melaka. On the way balik malam tu, jammed kat Senawang. Dah lah hujan renyai-renyai. Nasib baik tak mengantuk time drive.

Pagi raya di Melaka. Salam dan minta ampun kat mak ayah, sampai nangis-nangis. Syahdu rasanya. Kak long, Kak ngah dan Abang balik rumah mak mertua masing-masing. Tinggal kami 4 orang yg belum kahwin lagi dengan mak dan ayah. Jumaat balik KL lepas Asar. Sampai Cheras pukul 6 lebih. Sabtu dan Ahad pergi beraya rumah saudara mara.

My brilliant niece, Atiya baru pandai nak bercakap. Ada satu hari masa cuti last week, aku mandikan dia. Lepas mandi, Kak Long nak pakaikan dia baju. Dia boleh lari dari ibu dia sambil cakap, "Layiie.. Layiie..(Lari.. Lari..)" Dia berlari kat aku. Aku punya tergelak sampai terduduk-duduk. Kalau tanya nama, dia jawab, "Atiya.." Kalau tanya dia sayang papa tak, dia jawab, "Tak.." sambil geleng-geleng kepala. Kalau kat rumah aku, turun kereta je terus pergi kat komputer, jari dia lurus tunjuk komputer suruh on. Nak tengok her favorite clip hyppo nyanyi lagu Lion Sleep Tonight. Bila tengok clip tu, dia joget-joget. Pantang dengar lagu rancak, berjoget je la kerja dia. Kak Long marah kat aku sebab ajar anak dia berjoget.

Yana baru pandai berjalan. Bila dengar orang azan, dia letak tangan kat telinga. Umi dia suka buat tocang dua kat kepala dia, jadi dia cute sangat macam anak patung. Kecik je. Tapi cepat je tangan dia kalau mencapai something. Orang tengah leka berbual, tangan dia dah capai sambal. Garang Yana ni. Kalau aku nak ambil apa yang dia tengah makan, dia marah aku sambil jerit "Arrhhh..". Pun sangat bijak. Dia selalu ambil gagang telefon rumah, letak kat telinga, jari tekan-tekan butang-butang telefon tu. Dan suka berjoget bila dengar lagu. Ye, aku yang ajar.. Ahaha

0 comments:

Cerita Lama Amyz