Rabu, 16 November 2005

Cerita Dalam Lagu.

Ada orang menulis kisah hidup dalam blog, bila aku baca, macam baca novel. Ada orang menulis, walaupun kisah hidup mereka dalam blog, aku baca macam baca majalah lawak. Ada orang tulis kisah hidup kat blog macam tulisan surat khabar. Macam-macam la. Aku browse blog Malaysians ni, mostly bercerita tentang hidup mereka. Hari ni buat apa, esok buat apa, malam ni buat apa, and so on.. :-) But it's all up to you. Your blog kan?

Cerita aku, ada dalam lagu. Aku suka ambil satu lagu sebagai gambaran hidup/pengalaman/kisah aku. Tu la pasalnya korang selalu jumpa lirik lagu dalam blog aku nih! Sebab 1, aku malas nak menaip panjang-panjang apa yang tengah aku alami, aku fikir dan sebagainya. Sebab 2, aku prefer bercerita pada orang yang rapat dengan aku sahaja. Sebab 3, entahlah. Buat apa la all the stranger out there nak tahu apa yang aku alamikan? Tak pentingkan?

Okeh. Lagu aku hari ini ialah Cerita Dalam Lagu Oleh Hetty Sarlene. Theme song movie Salon.

Humm.. Dah lama tak pi karoke laa.. ;-)

####

Me and Make Up.

Semalam aku browse entah mana-mana forum (bukan forum geng jurnal) di mana salah satu topik diperbincangkan ialah kenapa perempuan suka pakai make up? What the..?? Aku pun wondering, kenapa la benda ni boleh jadi perbincangan hangat. Fikir sendiri pun tak boleh agaknya?

Kenapa Perempuan Suka Pakai Make Up? Kalau aku (aku la.. bukan orang lain..), aku rasa lebih confident. Ada orang suka natural beauty. Tapi apa salahnya add on sikit untuk menambahkan seri. Macam kau minum air kosong. Takde rasa ape kan? Kalau pakai make up. Macam minum air tambah rasa oren ke, anggur ke, macam tu lah. Aku tak suka kalau keluar rumah muka pucat je. Lagi macam hantu aku rasa. Hahaha.

Ye, aku tak nafikan, ada orang tak make up, muka dia cantik. Kalau yang cantik, tak make up pun tak pe. Aku mengaku, aku ni tak cantik. That's why aku perlukan make up utk cantikkan diri aku, untuk aku feel better, untuk aku rasa cantik dan sebagainya. Perempuan.. kan memang sukakan kecantikan. ;-) Lelaki pun suka tengok perempuan cantik kan? Kan ada sabda Rasulullah SAW, berhias untuk suami dapat pahala? So, apa salahnya perempuan make up untuk cantik? Mana la tau dia nak cantik untuk suami dia? Dapat pahala tau!

Nanti aku pos gambar aku before make up & after make up. Mana satu korang nak tengok muka aku? takde make up atau ada make up? :-)

So, kalau korang susah-susah je fikir kenapa perempuan suka make up tu, hentikanla berfikir. Gunakan otak tu untuk fikir benda yang lagi berfaedah. :-) Eleh, yang lelaki tu nak hensem gak, kita orang perempuan, tak cakap ape pun.. [-(

0 comments:

Cerita Lama Amyz