Selasa, 25 Oktober 2005

Nak Raya

Aku tengok, tak sabar-sabar semua orang nak menyambut raya. Beli baju baru, kasut baru, kuih raya, macam-macam aku tengok diorang ni sanggup berabis. Kat office aku ni pun siap pasang lampu kelip-kelip lagi. Hehe.. Pasang lagu raya kuat-kuat. Meriah sungguh. Aku? Raya kat KL aje.

Sayu pula rasa nak menyambut hari Raya ni. Tapi as a possitive person, aku mesti cool kan? ;-)

Oh, aku benci penjual kat Pasar Ramadhan tempat aku. Aku cari karipap sardin. Dia cakap, dia jual. Tapi inti kentang lagi banyak dari sardin. Frust betul. Mana nak cari karipap sardin?

Kebelakangan ni, puasa dalam keadaan sejuk. Alhamdulillah. Tak rasa haus sangat. Aku tak kisah pasal makan waktu tengahari. Cuma aku selalu menggelabah bila aku tak dapat air. Sejuk dapat mengurangkan keinginan aku untuk minum.

Dah lama tak pergi Sogo. So, semalam, aku paksa KNett teman aku berbuka puasa dan window shopping di Sogo. Niat nak beli kasut. Tapi satu kasut pun aku tak berkenan. Takpelah, sabtu ni nak keluar dengan kakak-kakak dan adik-adik untuk bershopping. Alangkah bahagianya, kalau kakak aku dapat membelanja barang sehelai dua tudung baru. Ehehe..

Banyak nak kena buat. Servis kereta, kuih raya, Shopping, Beli Car cd/mp3 player.. Lain-lain akan ditambah kemudian.

Cuti? dah apply tadi. Start 2hb Nov sehingga 11hb Nov. 14hb Nov baru masuk kerja balik. Seronoknya. Dah lama tak cuti lama-lama. Nak pergi jalan-jalan. Insya Allah, sekiranya diizinkan. :-)

Lagu Raya Pilihan Hati, - Satu Pagi Di Hari Raya, M. Nasir.

0 comments:

Cerita Lama Amyz