Rabu, 19 Oktober 2005

Kenangan

Lagu kenangan.

Bila terkenang masa lalu rasa terharu
Segalanya masih kekal dalam kenangan
Tiba di persimpangan jalan berpisah jauh
Sekian lama di rantau bersendirian

Tiada lagi seruling senja mendayu
Tiada lagi ketawa riang bersama
Bila sepi mengusik hati
Semuanya kini dalam kenangan

Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda
Budi dan jasamu tetap dalam kenangan
Teman seiring jalan kini jauh dariku
Kemesraan kita tetap dalam kenangan

Tiada lagi suara ombak di pantai
Tiada lagi bayu teberau membelai
Di saat sepi begini
Semuanya kini dalam kenangan

Bila masanya tiba nanti aku kembali
Pasti ada yang berubah dan tiada lagi
Dan bila kutinggalkan lagi kampung halaman
Segalanya abadi dalam kenangan

Dalam Kenangan - Wheels

Mana aku nak cari mp3 lagu ni? Puas aku google tadi. Jumpa pun broken link. Lagu-lagu lama macam ni memang aku suka betul. Teringat masa kecil-kecil dulu.

Mesin Masa Ku.

Masa aku kecil. Darjah berapa aku tak ingat. Hobi, suka menyanyi dan rekod lagu kat radio dalam kaset. Banyak lagu. Tapi bila dengar balik kaset tu, ada juga la termasuk suara-suara DJ yang tak sabar nak bercakap sebelum lagu sempat berakhir. Buat aku dan adik-adik aku gelak-gelak dan mengajuk-ajuk suara DJ yang terpotong separuh. :-) Hihi.

0 comments:

Cerita Lama Amyz