Isnin, 31 Oktober 2005

Bila Nak Raya

Office dah separa kosong. BUKAN separa. Hampir kosong! Kebanyakan staff dah bercuti. Termasuk Boss. Setahun sekali kan? Apa salahnya.

Malam tadi pergi Jalan TAR. Nak beli tudung. Tapi umat manusia terlalu ramai. Sesak. Lebih sesak dari tahun lepas. Kami adik beradik keluar rumah dalam pukul 9pm. Ingatkan malam Isnin tak ramai sangat orang. Tapi tanggapan kami salah. Nak tengok-tengok pun tak dapat. Sebab penuh dengan umat manusia yang bershopping.

Last 2 week, aku dengar beg kawan aku kena toreh dan wallet dia habis kena kebas di Jalan TAR, langsung aku tak bawa beg tangan malam tadi. Aku bawa wallet dan handphone saja. Takut la. Memang ramai umat manusia semalam.

Balik rumah dah pukul 2:30 pagi. Aduh letih! Dah la hari ni kerja. Mata tengah ngantuk ni. Hujan lebat pula kat luar tu. Baru cadang nak mengular-ngular.. Ehehe.

Hari ni last kerja. Esok dah cuti. Sampai 13hb. Pheeiiw.. Lama cuti ni. Nak rehatkan diri. Dah lama tak rest lama-lama. :-)

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Semoga diberkati dan dilindungi Nya. Berhati-hati dijalan raya.

0 comments:

Cerita Lama Amyz