Selasa, 19 Julai 2005

Bettles of The Sexes

Masa pergi kursus Induksi, semua peserta diwajibkan memberi pengucapan awam (public speaking daa..) Macam-macam jenis pengucapan aku dengar, dari yang kelakar, serius sehinggalah yang bosan sampai nak tidur.

Pengucapan awam yang aku buat berdasarkan buku Why Woman Can't Read Maps, Why Men Don't Listen oleh Alan & Barbara Pease, yang aku olah, ubah, tolak dan tambah mengikut citarasa. Tajuknya, Perbezaan lelaki dan Wanita. Bila aku naik ke pentas, ribuan mata tertumpu pada aku. Gementarnya Tuhan saja yang tahu.

Waktu aku berucap (cewah.. macam YB pulak..), terdapat beberapa fakta benar tentang pihak lelaki yang tidak dapat di terima oleh lelaki sendiri. Contohnya, lelaki tidak boleh membuat 2 atau lebih pekerjaan dalam satu masa. Biasalah. Manusia ni mana boleh nak terima bila orang lain berkata tentang kelemahan mereka. Bila aku cakap fakta-fakta seperti itu, pihak lelaki bangkang sambil tepuk-tepuk meja macam YB dalam parlimen.

Tapi bila aku sebut wanita sukar mengenalpasti which right or left, bukan main lagi pihak lelaki menyokong. Yang buat aku faham kenapa. Yalah. Battle of the Sexes ini memang terjadi dah berkurun lamanya.

Aku bukan nak panjangkan cerita battle of the sexes ni. Bagi aku, lelaki dan wanita sama, tapi berbeza. Aku tak mahu cakap kekurangan lelaki itu, ini dan kekurangan wanita itu, ini. Tapi cuba dan mahu memahami kaum yang berlainan jantina dengan aku. Bukan mahu buktikan siapa yang terbagus.

Tidak ada jadi wanita itu bagus. Tidak juga jadi lelaki itu lebih bagus. Cuma amalan kita jadi penentu siapa bagus di sisi Allah kelak.

Dan aku akhiri pengucapan awam aku dengan, Lelaki dan wanita adalah sama spesis tapi berbeza. Walau apa pun perbezaannya, di akhir nanti, lelaki dan wanita memerlukan antara satu sama lain untuk melengkapi antara satu sama lain. Sekian, terima kasih.

Aku dapat tepukan dan tepuk-tepuk meja dari mereka.

0 comments:

Cerita Lama Amyz