Khamis, 16 Jun 2005

Pinta Yang Baik Berterusan

Semalam.

Berita gembira dan sedih datang serentak. Menangis aku dibuatnya. Gembira dan sedih. Tak tahu macam mana harus aku ungkap rasa hati. Gembira kerana pertukaran bb ke tempat lain. Inilah saat yang kami tunggu selama ini. Sedih kerana semalam hari terakhir seorang kawan yang aku anggap seperti kakak sendiri disini.

Dia dan seorang lagi penyelia yang aku anggap seperti kakak sendiri inilah membimbing aku, menyedarkan aku, menasihati aku dan mengajar aku selok belok dan segalanya di pejabat ini. Dari hari pertama aku dan kawan aku menjadi anak buah mereka sehingga kini. Merekalah tempat kami bergantung.

Terus terang aku katakan, aku tidak kisah sekiranya aku tidak punya ramai kawan dan tidak pula aku mahu memusuhi sesiapa. Tetapi aku tidak boleh hadapi dan aku akan down sekiranya aku tidak dipedulikan oleh 2 orang kakak ini. Sesungguhnya aku tidak tahu bagaimana nak menghadapinya lagi.

Memang pernah aku tidak dipedulikan pada suatu ketika. Ketika itu, zaman kami berada di bawah roda. Memang aku boleh hidup. Tapi setiap hari aku datang pejabat, hati aku menangis-nangis. Kecewa dan sentiasa mencari salah sendiri. Sedih? Terlalu dan amat sedih. Dan apabila semalam dia memeluk aku dan meminta maaf, saat itulah air mata aku gugur dan aku rasa sangat terharu dengan keikhlasannya. Aku dah lama melupakan cerita itu, sejak kami berbaik semula. Tapi apabila dia cerita tentang peristiwa itu, aku menangis kerana aku sangat sedih pada waktu mereka tidak mempedulikan aku. Ianya satu pengajaran buat aku.

Semalam hari terakhir dia di sini. Aku harap dia dapat yang terbaik di sana. Dia meninggalkan kami dengan berita yang gembira. Dan mendoakan untuk kami. Harapan kami yang baik berterusan. Amin. Insya Allah.

0 comments:

Cerita Lama Amyz