Isnin, 13 Jun 2005

Datang dan Pergi

Kawan itu datang dan pergi. :-)

Berapa ramai kawan kalau kau cuba kira? Cuba pula kau kira berapa ramai tahu tentang sedih hati gundah engkau? Cuba kau kira berapa ramai yang datang cari kau bila mereka dilanda kesedihan? Dan cuba kau kira

Berapa ramai mencari kau untuk berkongsi segala kegembiraan? Ramai tak? Mungkin ramai. Mungkin seorang dua sahaja. Tapi, itu pun sebenarnya sudah memadai. Kira beruntunglah, kata orang.

Aku tidak nafikan kepentingan kawan-kawan untuk berada di sisi aku sewaktu suka dan duka. Cuma aku memastikan mereka adalah orang yang sama duduk di sisi aku waktu suka dan waktu duka. Biarlah sedikit sahaja kawan tetapi aku dapat gembirakan hati mereka, sepertimana mereka berusaha untuk menggembirakan hati aku. Kuantiti tak penting, tetapi kualiti.

Adat dunia, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Sebegitulah persahabatan. Yang lama akan pergi, yang baru akan berganti. Kena redha lah. Untuk memutuskan hubungan persahabatan, tidak sekali-kali aku lakukan. Setiap yang berlaku pasti ada sebab dan rahmat tersendiri.

Aku tak pernah cakap, dia best-friend aku, orang ni best-friend aku. Biar aku tahu sendiri, siapa perlu aku cari waktu suka dan duka untuk di kongsi bersama. Biarlah hati sendiri tahu.

Jadi, apabila dia ingin pergi, samada untuk meneruskan cita-cita atau berpindah, redhakan lah. Kerana itu terbaik buatnya. Sebagai sahabat, bukankah kita seharusnya mendoakan kebahagiaannya? Jadi biar dia pergi, kerana itulah resam dunia, kawan itu datang dan pergi. :-)

0 comments:

Cerita Lama Amyz