Jumaat, 3 Jun 2005

Balik Dari Bercuti

Dah upload gambar-gambar di Langkawi & Kuching di fotopages aku. Camera aku ni agak kebuduhan bila mengambil gambar malam. Agaknya ia dilahirkan pada waktu siang kot. So, gambar waktu malam manjang blur & teruk. Nanti ada rezeki lebih sikit, nak beli camera baru. :-) lebih canggih sikit dari Kak Nett & OP. :-p Kalau.. aku bilang kalau ada rezeki lebih.. ;-) (macam la aku ni banyak duit..)

Ramai orang tanya aku kenapa cuti panjang? Hmm.. cuti aku ada lagi 25 hari ok? Tak salah aku rasa aku ambil cuti untuk merehatkan diri. I just deserve it. Seronok balik dari cuti? Uish.. rasa nak sambung cuti aje lagi ni. Balance cuti tinggal 18 hari. Cukuplah untuk cuti raya nanti. Aku ni jenis tak suka ambil cuti sangat. Sekali aku cuti, aku akan pastikan aku bercuti paling kurang ialah seminggu. Lain la cuti sakit atau kecemasan atau hal-hal yang tidak dapat dielakkan. :-)

Pergi Langkawi dengan family. Semua adik-beradik ikut. Satu van disewa sepanjang berada di sana. Abg Mie aka pemandu pelancong membawa kami sekeluarga tour satu Langkawi. Paling seronok masa pergi Island Hoping, naik bot tour pulau-pulau kecil sekeliling Langkawi. Ambil gambar-gambar pemandangan yang sangat mengagumkan. Pergi shopping. Aku beli chocolate, beg tarik ala akademi fantasia dan burung helang. Nasib baik masa pergi sana, gaji tak masuk lagi. Kalau tak musti kehabisan stok sehingga hujung bulan. Oleh sebab tempat penginapan adalah berhampiran pantai, maka setiap hari aku akan ke pantai bermandi-manda dan ini menyebabkan kulit aku menjadi gelap sedikit. huhuhu.. :-( Kami sempat tour Underwaterworld yang masih dalam proses renovation. Banyak hidupan laut yang mengagumkan. Dari sekecil-kecil jari kelingking, sehinggalah yang besar gila, sampai gerun aku tengok.

Bertolak balik dari Langkawi petang Isnin, sampai KL pagi Selasa. Seharian tidur. Penat la tidur dalam bas. Dah la bas bermasalah. Berhenti hampir 2 jam di Bukit Merah. Memang penat. Tapi sangat seronok.

Aku selesa di rumah pada hari selasa dan rabu pula menghabiskan masa bersama kak nett. Khamis, menyediakan diri dan kelengkapan sebelum bertolak ke Kuching waktu malamnya. Terima kasih pada kak nett yang sudi menghantar aku sehingga ke KLIA. Sampai di Kuching dalam pukul 12:30 malam.

Aku sangat seronok sepanjang masa aku berada di Kuching. Sebab selama ini, aku asyik mendengar cerita tentang Kuching, kali ini aku dapat pergi dan berada di sana selama 4 hari. Tapi aku tak dapat pergi Gunung Santubong. Kampung Budaya pun tak sempat nak jejak. Nak pergi Muzium Kucing pun tak sempat. Sibuk sebenarnya sepanjang masa berada di sana. Cuma ada satu hari sahaja yang ada masa terluang yang aku habiskan dengan meronda sekitar Kuching. Cuma satu hari itu sahaja. Ahad sibuk sepanjang hari. Hari isnin, pagi dah nak balik KL. Memang tak sempat. Maybe next time. Insya Allah. :-)

Isnin tengahari sampai KL. Selasa masih bercuti. Rabu kembali bertugas. Urghh. Penat. Seronok. Terharu. Pilu dan Rindu. :-)

0 comments:

Cerita Lama Amyz