Jumaat, 20 Mei 2005

Sekadar Pandangan & Luahan.

Kebanyakan umat di Malaysia ni kan, bila sebut soal kahwin ataupun yang sudah berkahwin, perkara yang terlintas di fikiran mereka adalah s*eks. Sebab itulah, dalam banyak-banyak tip rumahtangga dari ceramah-ceramah Ustazah Siti Nurbahyah, tip cakar harimau beliau yang keluar sebagai tajuk utama di muka depan akhbar tempatan. Kerana antara lain menyebut lepas buat cakar harimau, lebih "umph" waktu bersama. Tapi tip-tip keharmonian rumahtangga tidak pula menjadi perhatian. Ada ke patut?

Bukannya apa, aku kat sini kadang menyampah sangat dengan makcik di sini yang bergurau dengan kakak-kakak yang sudah berkahwin mengeluarkan kata-kata "wehh. balik cepat. malam jumaat ni" dan sebagainya. Jumudnya pemikiran mereka ini. Bukankah makcik ini sepatutnya memberikan tip-tip untuk keharmonian rumahtangga, bukannya melayan dari segi "itu" saja. Ieeww.. *rolling eyes* Bukan makcik aje, yang lelaki pun 2x5 juga. Malah lebih tepat aku katakan sebagai gangguan seksual dari segi lisan kepada wanita yang sudah berkahwin di sini. Aku pernah kena usik. Tapi aku marah balik. Diorang cakap aku tak sporting. Peduli apa?

Kalau bercakap, tidaklah pernah menapis dan berfikir orang lain mendengar. Tentulah kurang manis. Aku dengar, aku yang malu. Bukan diorang. Tak segan ke bercerita tentang hal dalam kelambu kepada orang lain? Bukankah berdosa? Kan peranan suami isteri ini merahsiakan hal-hal sebegini kepada orang lain? Apa niat sebenar bercerita tentang hal sedemikian kepada orang lain? Kongsi ilmu ke nak tunjuk kehebatan? IIeeewwww... yurk! yurk! Biarlah suami/isteri korang saja yang tahu prestasi korang. Tak perlu orang lain tahu.

Kononnya open-minded, kata diorang. Open-minded? Entah. Apa yang mereka maksudkan dengan open-minded eh? Dengan bercerita hal dalam kelambu tu, kira open-minded ke? Tak paham. Tak paham. Bagi aku, open-minded ni macam, contohnya, lelaki nak tanya tentang apa itu kitaran haid dan aku boleh jawab, kitaran haid tu bla.. bla.. bla.. Sebagai general knowledge untuk lelaki dan perempuan juga. Bukannya, soalan "Malam tadi ko climax berapa kali dengan laki ko?" Ini terlebih open namanya..

Bukannya tidak penting. Tahu la, ia penting jugalah. Tapi, bagi aku, perkahwinan is all about relationship between 2 different people from different family, race or culture. Bagaimana kita mengekalkannya, mengendalikannya adalah lebih penting dari hubungan fizikal semata-mata.

Maaf. Bukan dengan niat menyakiti hati sesiapa tetapi ini sekadar pandangan dan luahan hati. Aku tahu, aku belum kahwin lagi. Jadi aku tak boleh nak cakap banyak la kan? Bukan nak cakap banyak. Cuma ingin meluahkan rasa tidak puas hati kepada segelintir umat. Itu saja.

Tolonglah beri teguran kepada kawan-kawan anda yang bersikap seperti itu. :-)



Cuti.. cuti Malaysia.. Selamat Tinggal Kuala Lumpur.. ;-) Yela.. yela.. nanti i bawak balik burung helang besar tu untuk u oke?

0 comments:

Cerita Lama Amyz