Selasa, 3 Mei 2005

Habis Kursus

Tamat sudah 3 minggu kursus induksi. Kira ok la. Cuma tak dapat duduk hostel buat aku rasa macam pergi kerja, balik kerja setiap hari. Peserta lain nampak macam ok, cuma ada 2-3 orang saja yang mata aku tak berkenan. Tak baik kutuk, aku pun bukannya sempurna. Exam, aku tak pasti aku boleh lulus atau tidak, sebab bila balik rumah, aku periksa balik. 2 dari 4 soalan esei aku tersalah jawab. Isk. Isk. Isk. :-( Kalau gagal, aku kena mengulang exam.

Dah masuk pun bulan Mei. Bulan ni mungkin sibuk. Tak sabar nak tunggu sehingga hujung bulan. Nak bercuti ke Langkawi dan Kuching. Seronoknya. Dah lama tak bercuti dengan keluarga. :-)

Kasihan anak buah aku, Atiya kena chicken pox. So, mak kena jaga. Kak long tak mahu hantar kat nursery takut berjangkit dengan budak-budak lain. Tapi demam-demam pun, aktif juga. Nak berjalan la. Nak menari la. Nak bercakap la. Macam-macam dia nak buat.

Masuk office hari ni, ada 2-3 kerja kena buat. Okla tu. Alhamdulillah. Tapi buat masa ni tak buat apa-apa lagi. Nak bersihkan tempat yang berabuk ni. 3 minggu tak ada kat sini, mana taknya.

Rindunya... kat lagu ni.

Somewhere Only We Know

0 comments:

Cerita Lama Amyz