Jumaat, 22 April 2005

Out Of Here

Balik office sekejab. Tengok email & print nota kursus yang menjadi bahan rujukan untuk exam 30hb nanti. Seronok ke kursus? Aku hampir mati kebosanan! Ya Allah, teruknya aku ni.

Aku mulai bosan dengan semua keadaan. Rumah, Office, tempat kursus, kereta, pakaian~ Mungkin orang akan label aku sebagai manusia yang tidak tahu bersyukur, tapi apa yang aku tahu, aku tidak puas hati.

Bila aku ada simpan rasa tak puas hati dalam hati, aku tertanya - adakah aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada? Salahkah aku tidak berpuas hati? Kenapa orang lain boleh tak puas hati dengan senang² aje? Kemudian, aku lupakan apa yang aku tak puas hati dan aku cuba jadi manusia yang bersyukur.

Entah. Aku cuba berhenti untuk menjadi aku. :-(

0 comments:

Cerita Lama Amyz