Isnin, 11 April 2005

Esok

Esok, 12hb April sehinggalah 30hb April, tidak akan ke pejabat, kerana menghadiri kursus induksi. Dah setahun lebih bekerja baru dapat kursus induksi. Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga pergi kursus. Kalau tidak, susahlah nak dapat pengesahan jawatan. kalau jawatan tak sah, susahlah nak buat pinjaman kereta, rumah, bla.. bla.. bla.. asal kerja keraja*an je mesti orang cakap, senang kerja keraja*an ni, senang nak buat pinjaman. Bluehh~ meminjam memang senang. Nak membayarnya kelak, semput juga dibuatnya. Betul la tu, hidup ini hanya pinjaman. Semua pun pinjaman. :-)

Esok. Bagaimana agaknya esok?

Sedang menyediakan semua barang keperluan. Tidak dapat penginapan kerana kursus diadakan di INTAN Jalan Ilmu tu saja. Harap dapat penginapan agar dapat memudahkan kerjasama kumpulan. Kalau lah dapat, alangkah bahagianya. Nak ulang-alik selama 3 minggu, satu perkara yang memenatkan! Dahla Federal Highway tu selalu sesak. Bagaimanalah aku nak hadapi~

Esok hingga hujung bulan.

Mungkin satu rahmat juga dapat kursus ini. Dapat juga lari dari pejabat yang huru-hara ini. Phew.. Seronoknya..!!

Tunggula sehingga esok.

0 comments:

Cerita Lama Amyz