Rabu, 2 Mac 2005

Sepet

Ok. Dah pun menonton SEPET. Puas hati. Berbaloi berbelanja RM8 di TGV (ladies day la semalam. dapat kurang RM2). Tidak banyak perkara yang kami rungutkan tentang filem pertama yang benar-benar menggambarkan Malaysia ini, kecuali tempat duduk saya semalam di tolak-tolak dengan kaki oleh penonton belakang. Kurang ajar! Tak tahu hormat orang.

Iklan petronas dan Rabun jadi sebab utama saya memilih untuk menonton SEPET. Saya rasa Yasmin Ahmad lega apabila SEPET dapat ditayangkan di panggung terpilih walaupun 8 scene yang terpaksa di potong oleh LPF. Yasmin Ahmad mempertaruhkan harapan yang tinggi untuk filem ini. Bagi saya, SEPET membuktikan Yasmin Ahmad berjaya.

Dalam akhbar baru-baru ini saya baca, ramai wartawan mengkritik adegan Ida Nerina berkemban. Bagi saya, ia normal suri-rumah duduk di rumah berkemban. Mungkin sebab saya dibesarkan dalam persekitaran sedemikian. Cuma saya rasa tidak selesa apabila anak dara iaitu Orked berkemban. Saya kena cubit dengan mak kalau buat begitu di rumah. Ha ha ha.. Dan ya, Yasmin Ahmad betul dalam satu perkara lagi. Surirumah suka menonton drama cina. Dulu la.. Sebelum telenovela Latin ditayangkan dan dipopularkan.

Filem seperti ini buat saya mahu menonton hasil karya tempatan. Saya bukan jenis "TAK NAK" filem tempatan. Tapi kebanyakan filem tempatan buat saya rasa rugi untuk melaburkan RM10 untuk menontonya. Tambahan, kawan-kawan saya tidak berapa menggalakkan saya menonton filem tempatan. Sepertimana Aidilfitri lalu, saya dengan niat untuk menyokong filem tempatan telah pergi menonton filem tempatan yang akhirnya mengecewakan saya. Jadi bagaimana saya mahu menyokong filem tempatan?

Lalu, dengan terhasilnya filem seperti ini buat saya boleh membanggakan karya tempatan kepada kawan-kawan saya yang sering membanggakan filem luar yang ada juga yang ntah-apa-apa-ntah itu.

Ulasan Tok R dalam guestbook saya paparkan di sini. Banyak yang saya setuju dengan beliau. Moga kritikan seperti ini membuatkan Yasmin Ahmad menghasilkan another SEPET atau RABUN yang lebih bagus lagi. :-) Selamat Berjaya untuk Yasmin Ahmad.

Sepet bukan filem Melayu moden yang terbaik. Ia filem Malaysia yang terbaik. Noktah.

Paling aku kuat ketawa: Dia datang dengan lenggang lenggoknya.

Paling aku kememe: Tangisan ibu dan anak ketika menuju lapangan kapal terbang.

Paling aku mushkil: Pasar siang. (Ramainya orang berlakon di pasar siang itu.)

Paling aku insaf: Bismillahirahmanirrahim. (Basicly, the film got me at hello)

Pun begitu, aku mahu mencadangkan beberapa pembaikan.

1. Memperkasakan lagi unsur penghargaan kepada puisi
a) Pertama kali Jason ternampak Orked di sekolah adalah di depan papan kenyataan. Mereka sama-sama membaca puisi yang ditampal.
b) Masa Orked dan ayahnya mencari Jason, mereka pergi ke celah bangunan tempat Orked terjatuh (dan teringat Jo cuba mencabulnya). Mereka terjumpa puisi cinta ditulis oleh Jason pada dinding bangunan. Oh.. barulah Orked sedar bahawa Jason nak tunjuk puisi, bukan nak beromen.

2. Mematikan watak Jason tanpa melibatkan kemalangan jalanraya. Kemalangan jalanraya terlalu biasa. Bila aku nampak motor celah lori je, aku berdoa janganlah watak ini mati dengan kemalanagan. Carilah cara lain.
a) Jason ditangkap kerana terlibat dengan VCD cetak rompak dan kumpulan kongsi gelap. Bila Jason keluar, kita sambung dengan Sepet 2.
b) Jason dibunuh oleh orang Jimmy kerana membalas dendam.

3. Babak yang perlu dibuang untuk ganti babak-babak di atas.
a) Seluar dalam Harith
b) Rambut lu dah panjang, ini pun dah panjang
c) Taiko tembak telur orang.
Aku tahu sex sells tapi filem ini sudah cukup baik. Ia tidak perlu sex berlebihan.

Apa pun. Ini filem Yasmin, bukan filem aku. Sukahati Yasminlah untuk bercerita. Walaupun aku komen aku tetap nak ulang, Sepet bukan filem Melayu moden yang terbaik. Ia filem Malaysia yang terbaik. Noktah.

SEPET bukan filem MELAYU. Tetapi filem tempatan. :-) dan Ianya antara filem keluaran tempatan (Malaysia) yang terbaik. Noktah juga.

0 comments:

Cerita Lama Amyz