Selasa, 8 Februari 2005

Cerita Yang Panjang

Cerita 1.

MamaMia merujuk kepada istilah kami (saya, mas, kak roza dan kak fat) untuk our pengarah di bahagian ini. Hikhikhik.. :-))

Ok. Bukan kami tidak suka pada Mama Mia ini. Dia yang tak suka pada kami dan tidak mahu bekerjasama dengan kami. Itu jadikan satu sebab kenapa ada jurang antara kami selain dari bilik Unit kami ini terceruk di belakang sekali.

Nak dijadikan cerita, semalam Mama Mia memanggil saya. Pelik. Dah lama betul dia tidak menegur saya. Apatah lagi menghadiahkan saya seulas senyum, semenjak saya lambat menyiapkan satu minit mesyuarat. Setelah setengah jam berada di dalam ketuhar panas dan besar itu, saya pun balik ke cubicle saya. Rupa²nya Mama Mia mahu tukar kan saya dari Unit Sistem ke Unit Operasi/Teknikal. Sebab dia cakap kat seorang KPP, saya tak perform dengan baik. Tapi dia tak cakap saya tak perform dengan baik di depan saya. Dia cakap, untuk tambahkan knowledge saya tentang teknikal dan operasi. Server, Network & Troubleshoot PC is my responsible.

Okey. Comfirmlah segala berita dan khabar yang saya dengar sejak minggu lepas lagi. Unit Operasi/Teknikal, sound familiar with my previous job at Twintech. I just said that I will do my best but I promise nothing. :-)

Ok. Tamat Satu Cerita.

Cerita 2.

Semalam juga, kalau kamu semua tidak terlepas menonton berita jam 8 di mana-mana stesen TV, pasti kamu melihat kekecohan yang ditimbulkan oleh si pemanggil panggilan palsu tentang adanya bom di tempat kerja saya di Pusat Bandar Damansara.

Dalam pukul 4:15 petang semalam, setelah penat dari balik berjalan-jalan. Saya duduk di cubicle saya untuk berehat sementara menunggu waktu balik 4:45 petang. Tiba-tiba melurunya seorang staff di sini, menjerit. CEPAT LARI..!! ADA BOM..!! Saya dengar, tapi saya macam terhegeh-hegeh shut down komputer, kemas beg, sempat mencalit lipstict di bibir sebelum keluar dari bilik dan sempat lagi saya punch card sebelum keluar.

Saya turun, lihat semua orang berkumpul di blok depan blok K. Tapi kereta saya parking di bawah blok ni. Macam mana? Saya pun bertanya pada polis yang ada di situ, ENCIK, KERETA SAYA DI BAWAH NI, SAYA NAK AMIK BOLEH? Melihat polis mengangguk kepala, saya pun turun ke parking. Sewaktu dalam perjalanan, saya terfikir, kalau betul ada bom, dan ia nya meletup waktu saya sedang berada dalam bangunan ini. Tak lengah, saya pandu laju untuk segera keluar dari situ. Huhuhuhu. Menggelabahnya saya nih. Bila sudah keluar dari bangunan, saya lega dan terus balik rumah. Waa.. bestnya, dapat balik rumah cepat. Jalan tak jam sangat.

Terbukti panggilan itu palsu. Entah kenapa la orang itu mahu mengebom tempat kerja saya di Pusat Bandar Damansara yang hanya menempatkan bangunan buruk ni? Kes ini bukan pertama kali. Sejak saya kerja di sini, dua kali dah orang buat panggilan palsu. Dulu di Jabatan Imegresen. Kali ini di KPKT pula. Mungkin pada kali ketiga baru betul ada bom agaknya. Ya Allah. Minta-minta di jauhkan. Amin.

Ok. Cerita 2 dah tamat.

Cerita 3.

Cuti panjang sempena Raya Cina juga Maal-Hijrah. Oleh kerana saya bukan orang cina, jadi saya menyambut Maal-Hijrah. Masuk tahun Hijrah yang baru. :-) Azam tahun baru di Maal-Hijrah? Nak menjayakan kempen budi-bahasa oleh Kerajaan Malaysia. :-)

Saya sangat sukakan Iklan Kempen Budi-Bahasa yang dalam Putra LRT tu. Sebab muka si Sultan(dalam filem Puteri Gunung Ledang) tu selamba gila. Siap boleh tidur lagi tu. Lawak.. lawak.. Hehehe.

Saya rasa kempen itu bagus dan saya menyokongnya. :-)

Last but not least, Selamat bercuti panjang. Jangan bawa kereta laju-laju. Jangan pukul orang dengan stereng lock. Berilah tempat duduk kepada yang memerlukan dan jangan potong mana-mana Q samaada di market mahupun di jalan raya.

-the end-

0 comments:

Cerita Lama Amyz