Khamis, 6 Januari 2005

Hari Yang Berlalu

Hari-hari berlalu seperti biasa. kecuali tanpa mak dan ayah. balik rumah setiap petang, terasa satu kekosongan. tiap kali habis solat, cuma doa aku kirimkan kepada mereka. rindu ini sudah terlalu sarat untuk mereka.

Kerja pun masih seperti biasa. Sistem-sistem berada dibawah tanggungjawab, aku handle sebaik mungkin terutama berhadapan dengan karenah pengguna. Kerenah pengguna bukan satu masalah besar buat aku. Kerenah big boss di sini selalu menjadi masalah kat semua orang. entah macam mana dia boleh jadi pengarah, aku pun tak tahu~ isk. isk. isk.

Bila ayah tak ada ni, aku bawa kereta pergi office. Tapi aku tak parking di tempat parking yang disediakan di PBD tu. Aku nak beli season parking tag. Tapi sampai sekarang application aku tak proses lagi. Pelik aku. Aku tak mampu nak bayar parking rm5 per entry setiap hari. Dulu kat twintech, free. Tapi bila kena bayar parking, aku rasa susah. Jadi untuk mengelakkan diri untuk membayar parking yang mahal tu, aku parking di kawasan rumah orang-orang kaya sekitar PBD tu. Tapi kena jalan kaki la sikit untuk ke pejabat.

Since start sekolah, jammed menjadi-jadi kat KL ni~ Cheras xspecially. Kenala keluar awal pagi. Awal pagi pun dah sesak. Kalau macam ni, susahlah.. Rasa macam malas nak drive kereta. Darah cepat naik, had sabar makin tipis, asyik marah-marah. Kalau macam ni selalu~ cepatla aku dapat penyakit jantung dan darah tinggi. Apa nak buat? Naik bas? Naik lrt? Yups, tak sesak dengan kereta tapi bersesak dengan orang.. Lagi lemas~ Tak campur orang-orang yang suka tolak-tolak orang. Orang yang suka amik kesempatan dan lain dan lain lagi. Jadi? apa lain yang kena buat, selain dari bersabar? :-)

0 comments:

Cerita Lama Amyz