Khamis, 13 Januari 2005

Alkisah Penjaga Sistem

Alkisahnya, saya ni kan penjaga sistem di sini. Salah satu sistem yang saya jaga, ialah sistem cuti. Selama menjaga sistem ini, saya tidak mendapat banyak masalah kecuali satu masalah besar ialah ada pengguna tidak mahir IT, (tapi kalau main game tu top scorer tu..), susah juga saya nak menunjuk-ajar. Tapi alhamdulillah, semuanya ok. :-)

Akan tetapi, minggu lepas, ada mesyuarat orang-orang atasan di mana di depan orang atas-atas ni, salah seorang orang atasan memberitahu dalam mesyuarat itu, bahawa sistem cuti di pc beliau tidak boleh di buka. Oh, apalagi, big boss saya yang kaf lam ya nga tu pun cakap pada penyelia saya, jangan berikan kerja ini pada saya, seolah-olah selama ini saya tidak buat kerja dengan baik.

Betul tu, saya tak membuat kerja dengan baik. Orang atasan a.k.a Pn F yang mengadu tadi duduk di bahagian penguatkuasa yang terletak di blok B, sedangkan bahagian IT ni duduk di Blok K. Saya terlalu malas nak pergi bahagian enforcement tu. Network wireless di sana memang hampeh. Aduan dulu, Pn F ni cakap, dia kata dia tak boleh nak sokong cuti pegawai bawahan dia, jadi saya letakkan beliau dalam kumpulan penyokong. Tapi bila mesyuarat, dia cakap sistem cuti dia tak boleh buka pulak. Hai.. ini tak boleh jadi.

Oleh itu, untuk mencari jalan penyelesaian, saya bersama penyelia saya membuat lawatan ke blok B untuk memeriksa sistem cuti di setiap pc. Setelah berbincang dengan kerani cuti di sana, maka barulah kami diberitahu masalah sebenar keadaan di sana. Masalahnya tidak perlulah saya huraikan di sini.

Yang membuatkan kami sakit hati ialah Pn F yang mengadu sistem cuti beliau tidak boleh diakses bukanlah sebab masalah sistem cuti itu sendiri ~ masalah sebenar Pn F ini ialah, kabel network beliau tidak berfungsi yang menyebabkan Pn F ini tidak dapat akses internet, sistem dan email. Jadi mengapa salahkan sistem cuti? Beliau telah memberitahu perkara salah di dalam mesyuarat orang-orang atasan. Ini merupakan fitnah kepada sistem cuti dan saya yang tidak bersalah. Ini boleh menjejaskan kerjaya saya, menjatuhkan air muka saya serta tidak mendapat kepercayaan Boss di sini.

Hmm.. sukarnya hidup dan bekerja dalam persekitaran kerja yang tidak sihat dan suka menabur pasir di dalam periuk nasi orang lain di sini. :-(

0 comments:

Cerita Lama Amyz