Jumaat, 23 Disember 2005

Long Weekend, Holiday and Happy New Year.

Today was the last day for me being in the office in this unit, in this year. Yeah, my last day! By next week, I have to attend course from 27 – 30 Dec. And by next year, I will be transfer to unit system again. :-s

(:| Actually I’m kind of bored to work in this environment. I’m ambitious person. And ambitious person can’t work with passive environment. Because I doing my task so intensely, but then other people @ teamwork give me the cynical look and not do their work accurately which is really make me feel down. :-(

No matter which unit I’m working at, the people, environment and attitude still the same. :-|

Since today is the last day I'm here with internet connection, I take this opportunity to wish all of you Happy Holiday and Happy New Year. May Allah always bless you guys.

Owh, I almost forget. See you at Geng Jurnal Gathering next year! ;-)

Rabu, 21 Disember 2005

Pervert!

Geram betul la. What the hell budak-budak ni search benda-benda tak senonoh dalam network aku? Hii.. pervert sungguh! Tak ada kerja lain agaknya?

Diorang ni terlampau sangat apahal? Bukan aku letak benda-benda porn kat friendster aku tu. Buang masa je cari benda-benda tu kat network aku. Hii.. stupid pervert!! Nak puaskan nafsu pun, jangan la dalam network friendster aku. Make me feel sick bila tengok popular search kat profile aku. Iii.. geli la!! X-(

You guys are so disgusting!! IIeeeewww... [-(

Isnin, 19 Disember 2005

UnTold Feeling

Masih penat. Family Day 2 hari di Melaka sangat memenatkan. Bukan teruk sangat pun aktiviti yang aku buat. Penat gelakkan orang je. Kalau bukan kerana family day ni, tak tahu aku perangai diorang macam ni. Perangai aku pun lebih kurang sama je. Ok la family day ni. Nak kata 100% perfect tak juga. Dalam rumah yang siap tu ada kala pahat berbunyi juga. Tapi tak pe, for next time hopefully the arrangement will be better than this.

Aku nervous time karoke. Suara aku trembling. Ah! tension aku fikir balik. Takpe. Just for fun. :-p :">

Nak upload gambar pula lah! :-)

Next time aku nak pergi mana-mana resort tepi pantai, bermalam kat sana dalam sehari dua. Aku suka bila bangun pagi-pagi dapat dengar bunyi ombak. Macam kat Langkawi dulu. The feel that I just can't tell. :-)

Rabu, 14 Disember 2005

What guys should do?

1. Know how to make you smile when you are down

2. Try to secretly smell your hair or perfume

3. Stick up for you, but still respect your independence

4. Be wrapped up in everything else, but still have time for you

5. Fit his arms firmly around you and make you feel secure

6. Hint that he wants to kiss you

7. Hold your hand and make you feel loved

8. Tell you you are beautiful, even on a bad hair day

9. Never run out of new things to do and places to go

10. Never run out of good jokes

11. Be funny, but know when to be serious

12. Realize he's being funny when he needs to be serious

13. Be patient when you take forever to get ready

14. Try to hide that one stuffed animal when you comeover

15. Act like Mr. Big

16. Apologize for acting like Mr. Big

17. Ask you for a pen when you know he has one

18. Blast the music when he picks up the phone

19. Turn it off when he notices that you are on the phone

20. Look at you and make you get butterflies in your stomach

21. Shower you with meaningful gifts

22. Bring you flowers even if he picks them on his way to your house.

23. Hug you on a bad day and make clouds seem to lift

Isnin, 12 Disember 2005

Untuk Terakhir Kali

Mencinta diri mu
Untuk yang terakhir kali ini
Lihat ku di sini
Setia untuk dirimu

Kasih yang ku belai
Gugur selama lamanya
Waktu yang memisah
Menghukum luka yang lama terpendam

Kesuraman yang telah menjelma
Dihujani sedihku
Melarakan kenangan bersama
Di akhir pemergian dirimu

Tinggalah aku menanti
Mimpi yang indah kan mewarnai hati

Hanyalah dirimu
Yang bertakhta di jiwa ku dulu
Tak rela meninggal suci kasihmu itu
Bersemadi cinta ku disini
Biar mekar mengharumi
Andai ada masa kan ku temu..Kasih

Khamis, 8 Disember 2005

Ayah's Birthday

Happy Birthday Dad! I love you and I really glad that I'm your daughter. :-)

#####

Macam malas nak update kat sini. Asyik update kat 360! Yahoo je. Hihi. Benda baru la katakan. Selalu la nak explore more and more. Dah jelak nanti, berabuk la benda alah tu nanti. Insya Allah, tak kan jelak. Pandai la aku bahagi masa for both of my weblog. Tu baru weblog. Kalau yang lain, tak tahu la macam mana. :-" Hihi. ;-) Ala.. bukan aku tak update langsung kat sini. Cuma malas sikit je. :-)

:-) Dengar lagu "Rahsia Luna" oleh Habuonen dalam filem Salon. Part korus started with "Cinta.. Mengapa kau sering mendatangi diri..", when reach part when he said "serring..", aku gelak. Tak tau la slang mana. But sometimes I used to say "R" that way. "Serring.. " My friend cakap, macam mengada-ngada je sebut "R" like that. Haha. Dah biasa. Sorrry laa..:-p

Hari ni, aku macam emoticon yahoo yang ada love² tu. :-x hihi.

Selasa, 6 Disember 2005

Kids Are Cute

Aku ni memang seorang yang sangat suka pada budak-budak. Sebab diorang sangat cute dan innocent. Diorang nak try semua benda and play innocent when we get angry. Kita pun tak jadi nak marah bila tengok muka innocent diorang.

Macam baru-baru ni, aku jumpa cousin kawan aku, kak Caca. Ada 3 org anak. Yang bongsu baru 2 tahun lebih. Dia nak suruh ibu dia dukung, dia cakap, "Ibu, tired ibu.. My leg is pain, ibu. Huk huk huk.." Sambil terjengket-jengket cam orang sakit kaki dengan muka berkerut-kerut macam nak nangis.

Aku tergelak tengok. Comel sangat..! Then Ibu dia pun cakap,"oohh really? kesiannya my baby." bila dah kena dukung, dia boleh cakap "Yeayy.." sambil sengih-sengih. Ibu dia geleng kepala je. Ahaha. Comelnyaa..

Unfortunately, I dont have opportunity to take his pics. Sebab dia tak buleh duduk diam-diam. Bila aku try nak ambil gambar, dia tutup muka dengan topi. Hihi.

Jumaat, 2 Disember 2005

Disember

Dah masuk bulan disember. Bulan terakhir dalam tahun 2005. Bila dah tinggal sebulan lagi nak masuk tahun baru, 2006.Terfikir balik apakah achievement yang kita dah buat dalam tahun ni? Ada orang dah kahwin, ada orang dah beli kereta baru, ada orang dah ada anak, ada orang dah jadi kaya and etc. etc.

But for me, achievement yang aku dapat tahun ni, aku dapat belajar make up dan facial. :-) Aku boleh make up orang dan buat facial kat orang. And I feel happy for that. Rasa sangat dihargai bila kawan-kawan/family refer to me if anything they want to know about beauty and health. Seronok tau dapat tolong orang. Semua orang nak cantik/handsome dan sihat kan? Aku happy dapat tolong kawan-kawan jadi cantik/handsome @ sihat. Happy sangat!

The next step is, learn about beauty and health more and more. Baca buku. Pergi seminar, workshop and join class. Kita kan dituntut untuk belajar sampai ke liang lahad? This is part of it. Bukan dari segi akademik je. Well, dari segi akademik pula, aku akan sambung belajar, ambil degree bila dah comfirm next year. Insya Allah.

How about yours? :-)

Khamis, 24 November 2005

Empat Tahun

4 Years~

Eh, tak sedar dah 24 Nov. Rupanya web jurnal aku ni dah berusia empat tahun pada 13 Nov yang lepas. No wonder la, aku tetiba ada idea nak tukar layout. Wow, 4 years already. Macam sekejab je. 4 tahun masih muda kan? :-D

Yeay! Happy Birthday Webbie!!(belated..)


Dalam Filem Salon, Emma ada tanya Ezra, apakah kenangan paling manis dalam hidup dia? So, Ezra jawab, kenangan manis dalam hidup dia masa umur dia 14 tahun, dia suka kat seorang girl dan cuba nak cium that girl. Aku tersenyum bila Ezra cakap macam tu. Actually aku teringat la something. But nothing to do with kiss la. But the sweetest memories in my life. yeah.. in my life.

Since aku ni tak suka nak eleborate panjang-panjang. Aku just put it here as simple as possible. :-) (malas aku ni..)

. Graduate, walaupun bukan dengan result yang flying colors.

. Dapat beli kereta sendiri walaupun kancil je. Nanti nak tukar BMW 3 series. Hihi.

. Dapat 2 anak buah dalam tahun yang sama, 2003. Tu baru anak buah. Belum anak sendiri lagi.

. Suka gila bila tahu orang yang aku suka gila tu suka gila kat aku gak. Ahaha.

. Masa 1st time naik kapal terbang. Hahaha.

Lain-lain ada. Banyak.. Tapi tu je yang paling manis. So, what is ur sweetest memories? :-)

Rabu, 16 November 2005

Cerita Dalam Lagu.

Ada orang menulis kisah hidup dalam blog, bila aku baca, macam baca novel. Ada orang menulis, walaupun kisah hidup mereka dalam blog, aku baca macam baca majalah lawak. Ada orang tulis kisah hidup kat blog macam tulisan surat khabar. Macam-macam la. Aku browse blog Malaysians ni, mostly bercerita tentang hidup mereka. Hari ni buat apa, esok buat apa, malam ni buat apa, and so on.. :-) But it's all up to you. Your blog kan?

Cerita aku, ada dalam lagu. Aku suka ambil satu lagu sebagai gambaran hidup/pengalaman/kisah aku. Tu la pasalnya korang selalu jumpa lirik lagu dalam blog aku nih! Sebab 1, aku malas nak menaip panjang-panjang apa yang tengah aku alami, aku fikir dan sebagainya. Sebab 2, aku prefer bercerita pada orang yang rapat dengan aku sahaja. Sebab 3, entahlah. Buat apa la all the stranger out there nak tahu apa yang aku alamikan? Tak pentingkan?

Okeh. Lagu aku hari ini ialah Cerita Dalam Lagu Oleh Hetty Sarlene. Theme song movie Salon.

Humm.. Dah lama tak pi karoke laa.. ;-)

####

Me and Make Up.

Semalam aku browse entah mana-mana forum (bukan forum geng jurnal) di mana salah satu topik diperbincangkan ialah kenapa perempuan suka pakai make up? What the..?? Aku pun wondering, kenapa la benda ni boleh jadi perbincangan hangat. Fikir sendiri pun tak boleh agaknya?

Kenapa Perempuan Suka Pakai Make Up? Kalau aku (aku la.. bukan orang lain..), aku rasa lebih confident. Ada orang suka natural beauty. Tapi apa salahnya add on sikit untuk menambahkan seri. Macam kau minum air kosong. Takde rasa ape kan? Kalau pakai make up. Macam minum air tambah rasa oren ke, anggur ke, macam tu lah. Aku tak suka kalau keluar rumah muka pucat je. Lagi macam hantu aku rasa. Hahaha.

Ye, aku tak nafikan, ada orang tak make up, muka dia cantik. Kalau yang cantik, tak make up pun tak pe. Aku mengaku, aku ni tak cantik. That's why aku perlukan make up utk cantikkan diri aku, untuk aku feel better, untuk aku rasa cantik dan sebagainya. Perempuan.. kan memang sukakan kecantikan. ;-) Lelaki pun suka tengok perempuan cantik kan? Kan ada sabda Rasulullah SAW, berhias untuk suami dapat pahala? So, apa salahnya perempuan make up untuk cantik? Mana la tau dia nak cantik untuk suami dia? Dapat pahala tau!

Nanti aku pos gambar aku before make up & after make up. Mana satu korang nak tengok muka aku? takde make up atau ada make up? :-)

So, kalau korang susah-susah je fikir kenapa perempuan suka make up tu, hentikanla berfikir. Gunakan otak tu untuk fikir benda yang lagi berfaedah. :-) Eleh, yang lelaki tu nak hensem gak, kita orang perempuan, tak cakap ape pun.. [-(

Selasa, 15 November 2005

Tentang Tiya dan Yana

Cerita pasal raya? Disambut sederhana tetapi meriah. Ehehe. Malam raya balik kampung ayah di Melaka. On the way balik malam tu, jammed kat Senawang. Dah lah hujan renyai-renyai. Nasib baik tak mengantuk time drive.

Pagi raya di Melaka. Salam dan minta ampun kat mak ayah, sampai nangis-nangis. Syahdu rasanya. Kak long, Kak ngah dan Abang balik rumah mak mertua masing-masing. Tinggal kami 4 orang yg belum kahwin lagi dengan mak dan ayah. Jumaat balik KL lepas Asar. Sampai Cheras pukul 6 lebih. Sabtu dan Ahad pergi beraya rumah saudara mara.

My brilliant niece, Atiya baru pandai nak bercakap. Ada satu hari masa cuti last week, aku mandikan dia. Lepas mandi, Kak Long nak pakaikan dia baju. Dia boleh lari dari ibu dia sambil cakap, "Layiie.. Layiie..(Lari.. Lari..)" Dia berlari kat aku. Aku punya tergelak sampai terduduk-duduk. Kalau tanya nama, dia jawab, "Atiya.." Kalau tanya dia sayang papa tak, dia jawab, "Tak.." sambil geleng-geleng kepala. Kalau kat rumah aku, turun kereta je terus pergi kat komputer, jari dia lurus tunjuk komputer suruh on. Nak tengok her favorite clip hyppo nyanyi lagu Lion Sleep Tonight. Bila tengok clip tu, dia joget-joget. Pantang dengar lagu rancak, berjoget je la kerja dia. Kak Long marah kat aku sebab ajar anak dia berjoget.

Yana baru pandai berjalan. Bila dengar orang azan, dia letak tangan kat telinga. Umi dia suka buat tocang dua kat kepala dia, jadi dia cute sangat macam anak patung. Kecik je. Tapi cepat je tangan dia kalau mencapai something. Orang tengah leka berbual, tangan dia dah capai sambal. Garang Yana ni. Kalau aku nak ambil apa yang dia tengah makan, dia marah aku sambil jerit "Arrhhh..". Pun sangat bijak. Dia selalu ambil gagang telefon rumah, letak kat telinga, jari tekan-tekan butang-butang telefon tu. Dan suka berjoget bila dengar lagu. Ye, aku yang ajar.. Ahaha

Isnin, 14 November 2005

Tukar Lagi

Tukar layout untuk entah berapa ratus kalinya. Saja. Biar nampak simple dan menarik. :-) Well. Cuti dah habis. Hari ni start kerja selepas seminggu lebih bercuti. Letih balik dari Johor tak hilang lagi. Tapi nak buat macam mana? Dah la semalam tidur dekat pukul 3 baru nak lelap. Aduhla. Entahla, pms agaknya. Orang lain, pre-ms, tapi aku terbalik. Post-ms. Duh!

Biar aje la~

Isnin, 31 Oktober 2005

Bila Nak Raya

Office dah separa kosong. BUKAN separa. Hampir kosong! Kebanyakan staff dah bercuti. Termasuk Boss. Setahun sekali kan? Apa salahnya.

Malam tadi pergi Jalan TAR. Nak beli tudung. Tapi umat manusia terlalu ramai. Sesak. Lebih sesak dari tahun lepas. Kami adik beradik keluar rumah dalam pukul 9pm. Ingatkan malam Isnin tak ramai sangat orang. Tapi tanggapan kami salah. Nak tengok-tengok pun tak dapat. Sebab penuh dengan umat manusia yang bershopping.

Last 2 week, aku dengar beg kawan aku kena toreh dan wallet dia habis kena kebas di Jalan TAR, langsung aku tak bawa beg tangan malam tadi. Aku bawa wallet dan handphone saja. Takut la. Memang ramai umat manusia semalam.

Balik rumah dah pukul 2:30 pagi. Aduh letih! Dah la hari ni kerja. Mata tengah ngantuk ni. Hujan lebat pula kat luar tu. Baru cadang nak mengular-ngular.. Ehehe.

Hari ni last kerja. Esok dah cuti. Sampai 13hb. Pheeiiw.. Lama cuti ni. Nak rehatkan diri. Dah lama tak rest lama-lama. :-)

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Semoga diberkati dan dilindungi Nya. Berhati-hati dijalan raya.

Rabu, 26 Oktober 2005

Tagged

Kena tag dengan adik rudy kure-kure. So, kena la jawab. Hihi. :-)

SEVEN THINGS?

Se7en things that (will) scare me:

1) Allah.
2) Death
3) Breaking up.
4) Losing someone I really love.
5) Time drive sorang-sorang, malam-malam, tetiba teringat cerita The Eyes. Gila seram!!
6) Accident
7) Orang gila @ anjing gila


Se7en things I like the most:

1) You.
2) My Friends.
3) Make Up/Facial/Spa/Manicure & Pedicure -> Beauty things
4) Swatch.
5) Drive as fast as I can
6) Internet
7) Camera


Se7en most important things in my room:

1) Mirror.
2) My Make up.
3) Bed.
4) My Purrrfectly You Cat.
5) Dried roses.
6) Closet.
7) Mobile phone


Se7en random facts about me:

1) Laugh.
2) Tak suka senyum sangat.
3) Nampak garang/serious/sombong.
4) Pakai kasut bertali-tali.
5) Ikat rambut tinggi macam Genie.
6) Hot temper
7) Manja


Se7en things I plan to do before I die:

1) Charity.
2) Having children.
3) Perform Hajj
4) Helping people.
5) Buat satu villa utk anak-anak.
6) Archieve finacial freedom.
7) travel around the world

Se7en things I can do:

1) Troubleshot computer
2) Programming (of course laa..)
3) Facial
4) Make Up.
5) Counseling.
6) Speed typing.
7) Speed reader.

Se7en words I say the most:

1) Huru-hara.
2) Bodo nak mampus.(masa tgh marah)
3) Isk
4) Oh. Occay!
5) Sh*t (masa drive)
6) Yelah tu.
7) Tau takpe

Se7en celeb crushes:

1) Johny Depp.
2) Hans Isaac.
3) Ako Mustapa.
4) Orlando Bloom.
5) Robbie William.
6) Tobey Spiderman.
7) Julian McMohan.

Se7en traits i look for in the opposite sex :

1) Sense of humor and can make me laugh.
2) Eyes and how he staring me.
3) Lips and how he use to smile at me.
4) Chest
5) Sexy
6) Gentleman
7) Love only me.

Selasa, 25 Oktober 2005

Nak Raya

Aku tengok, tak sabar-sabar semua orang nak menyambut raya. Beli baju baru, kasut baru, kuih raya, macam-macam aku tengok diorang ni sanggup berabis. Kat office aku ni pun siap pasang lampu kelip-kelip lagi. Hehe.. Pasang lagu raya kuat-kuat. Meriah sungguh. Aku? Raya kat KL aje.

Sayu pula rasa nak menyambut hari Raya ni. Tapi as a possitive person, aku mesti cool kan? ;-)

Oh, aku benci penjual kat Pasar Ramadhan tempat aku. Aku cari karipap sardin. Dia cakap, dia jual. Tapi inti kentang lagi banyak dari sardin. Frust betul. Mana nak cari karipap sardin?

Kebelakangan ni, puasa dalam keadaan sejuk. Alhamdulillah. Tak rasa haus sangat. Aku tak kisah pasal makan waktu tengahari. Cuma aku selalu menggelabah bila aku tak dapat air. Sejuk dapat mengurangkan keinginan aku untuk minum.

Dah lama tak pergi Sogo. So, semalam, aku paksa KNett teman aku berbuka puasa dan window shopping di Sogo. Niat nak beli kasut. Tapi satu kasut pun aku tak berkenan. Takpelah, sabtu ni nak keluar dengan kakak-kakak dan adik-adik untuk bershopping. Alangkah bahagianya, kalau kakak aku dapat membelanja barang sehelai dua tudung baru. Ehehe..

Banyak nak kena buat. Servis kereta, kuih raya, Shopping, Beli Car cd/mp3 player.. Lain-lain akan ditambah kemudian.

Cuti? dah apply tadi. Start 2hb Nov sehingga 11hb Nov. 14hb Nov baru masuk kerja balik. Seronoknya. Dah lama tak cuti lama-lama. Nak pergi jalan-jalan. Insya Allah, sekiranya diizinkan. :-)

Lagu Raya Pilihan Hati, - Satu Pagi Di Hari Raya, M. Nasir.

Rabu, 19 Oktober 2005

Kenangan

Lagu kenangan.

Bila terkenang masa lalu rasa terharu
Segalanya masih kekal dalam kenangan
Tiba di persimpangan jalan berpisah jauh
Sekian lama di rantau bersendirian

Tiada lagi seruling senja mendayu
Tiada lagi ketawa riang bersama
Bila sepi mengusik hati
Semuanya kini dalam kenangan

Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda
Budi dan jasamu tetap dalam kenangan
Teman seiring jalan kini jauh dariku
Kemesraan kita tetap dalam kenangan

Tiada lagi suara ombak di pantai
Tiada lagi bayu teberau membelai
Di saat sepi begini
Semuanya kini dalam kenangan

Bila masanya tiba nanti aku kembali
Pasti ada yang berubah dan tiada lagi
Dan bila kutinggalkan lagi kampung halaman
Segalanya abadi dalam kenangan

Dalam Kenangan - Wheels

Mana aku nak cari mp3 lagu ni? Puas aku google tadi. Jumpa pun broken link. Lagu-lagu lama macam ni memang aku suka betul. Teringat masa kecil-kecil dulu.

Mesin Masa Ku.

Masa aku kecil. Darjah berapa aku tak ingat. Hobi, suka menyanyi dan rekod lagu kat radio dalam kaset. Banyak lagu. Tapi bila dengar balik kaset tu, ada juga la termasuk suara-suara DJ yang tak sabar nak bercakap sebelum lagu sempat berakhir. Buat aku dan adik-adik aku gelak-gelak dan mengajuk-ajuk suara DJ yang terpotong separuh. :-) Hihi.

Isnin, 17 Oktober 2005

Ku Kutip Setiap Kenangan

Mengutip sisa-sisa semalam untuk di-pdf-kan, buat hati ini kembali terguris.

Isnin, 10 Oktober 2005

Berubah Untuk Kebaikan

Bukankah bagus apabila kita cuba berubah untuk kebaikan kita? Bukan kita berubah untuk menjadi yang tidak bagus. Tapi persekitaran selalu tidak setuju. Entah mengapa. Dengki agaknya.

Dalam mood pms. Jerawat banyak keluar. Nasib baik ada make up. Ehehe.. Alhamdulillah, muka pun dah ada sedikit improvement. Insya Allah, cure sepenuhnya kelak, jika menjaga apa yang kita makan, gunakan produk yang dijamin. Tapi tak boleh nak elak tak tumbuh jerawat time pms. :-( huh!

Get inspire by some one. Adore her so much! Hope I can be like her. :-)

Puasa sangat bagus. Masa ni, kalau nak kurus sangat boleh. Buat detox. Wah.. aku sangat bangga. Aku turun 2kg dalam masa 6 hari berpuasa ni!!

Selasa, 4 Oktober 2005

Puasa

Puasa. Esok. Ramadan Al-Mubarak. Selamat datang. membawa rahmat. insya Allah.

Ramadhan - Ramli Sarip

Naluri kita manusia
Selalu leka
Hanya sujud dan sembah
Padanya jua

Kini engkau ku datangi
Berserah diri
Bersama kehitaman masa
Nan silam

Ampunan Mu kuharapkan
Tiada daya... aku menghindarkan
Kesalahan dan dosaku
Hanya Engkau Yang Tahu
Di Ramadhan ini kabulkan doaku

Suluhkanlah cahaya Mu
Di malam yang penuh syahdu

:-) Selamat berpuasa. kepada semua. :-)

Jumaat, 30 September 2005

Macam-Macam






How You Life Your Life



You are honest and direct. You tell it like it is.
You tend to avoid confrontation and stay away from sticky situations.
You prefer a variety of friends and tend to change friends quickly.
You tend to always dream of things within reach - and you usually get them.

Else ;









You Are Likely A Forth Born



At your darkest moments, you feel angry.
At work and school, you do best when your analyzing.
When you love someone, you tend to be very giving.
In friendship, you don't take the initiative in reaching out.

Your ideal jobs are: factory jobs, comedy, and dentistry.
You will leave your mark on the world with your own personal philosophy.

Else;










Your Personality Is


Idealist (NF)

You are a passionate, caring, and unique person.
You are good at expressing yourself and sharing your ideals.
You are the most compassionate of all types and connect with others
easily.
Your heart tends to rule you. You can't make decisions without considering feelings.

You seek out other empathetic people to befriend.
Truth and authenticity matters in your friendships.

In love, you give everything you have to relationships. You fall in
love easily.

At work, you crave personal expression and meaning in your career.

With others, you communicate well. You can spend all night talking
with someone.

As far as your looks go, you've likely taken the time to develop your
own personal style.

On weekends, you like to be with others. Charity work is also a favorite
pastime of yours.

My Thought

CURRENTLY

I'm blue.. dabedidabeda. dabedidabeda. dabedidabeda...

Oit. Oit. Apa di klik-klik "Article" dan "Archive" di atas tu? Tak ada link lagi laa.. Dalam proses. Minta maaf ye? Arkib tu ingat nak pdf kan aje kot. Tengok la kalau rajin. Ehehe.

Put A Bit Respect To Other People's Sensitivity.

Aih, nak cantik pun tak boleh? Saya ni perempuan. Saya suka gilerrrrr nak cantik-cantik. Dulu nak cantik-cantik tapi tak dapat. Sebab jerawat sangat banyak kat muka ini. So, sekarang, jerawat sudah kurang. Jadi ingat boleh la nak bercantik-cantik. Bersolek-solek dan facial. Bukan apa, untuk diri sendiri. Untuk membina keyakinan diri.

Ingat cantik-cantik ni nak kahwin je ke? *maaf, perkataan kahwin sangat sensitip untuk saya sekarang ini* Tahun-tahun depan la sebut perkataan kahwin, atau apa kata, doakan saya kahwin cepat, kan lebih bagus dari suruh-suruh saya kahwin sekarang ni. Sensitip. Sensitip tauu..!!

Kalau saya marah karang... tak suka nanti saya marah.. bukan saya tak tahu. Tapi kalau kan lebih baik kalau... kalau.. (kalau, aku bilang kalau..) awak put a bit respect to other person's sensitivity.

-Lain Topik-

Semalam kena bertugas di parlimen. Kelakar. Aku rasa setiap rakyat Malaysia, patut pergi parlimen. Adakala, apa yang akhbar lapor tu, cuma picisan dari perkara berlaku sebenar. Ada baiknya, untuk tahu perkara sebenar, pergi la lawat Dewan Rakyat tu.

aku : cuma seronok bila tengok YB-YB bergaduh. ahahaha..

TODAY'S THOUGHT.

Kebanyakan lelaki MELAYU tak gentleman. 2 minggu lepas aku baca akhbar dan ada kolum sisipan yang menceritakan pengalaman seorang wanita yang terpaksa menolak kereta yang menghalang belakang keretanya (double parking), sambil di EJEK-EJEK OLEH SEKUMPULAN LELAKI MELAYU yang CUMA MELIHAT TANPA MENOLONG wanita tersebut. LELAKI-LELAKI MELAYU INI MENGEJEK "WAHH.. KUATNYA.. YEAH ADIK.. TOLAK LAGI.. TOLAK LAGI.." sambil ketawa beramai-ramai. Sehinggalah seorang lelaki Cina memberhentikan keretanya, dan bertanya kepada wanita itu sekiranya mahukan pertolongan.

Tiba-tiba aku rasa malu sangat-sangat. Aku fikir, how it's true. Dah la tak tolong, lagi mau ejek-ejek. Aku rasa lelaki-lelaki ni kurang pengetahuan & tidak tahu menghormati wanita. Agaknya, isteri sendiri pun tak ditolongnya, ini kan pula wanita lain. Sedih pulak aku rasa. :-|

Isnin, 26 September 2005

10 Perkara Penting yang Amyz Mahu Utamakan.

1. Mengutamakan Ibadah pada Allah. Mengutamakan Ibu Ayah, Keluarga dan Dia.

2. Menjaga kesihatan dan kecantikan. (bila sihat, baru nampak cantik.. ;-) )

3. Menjaga apa yang kita makan. (dari segi sumber halal atau tidak, berkhasiat atau tidak)

4. Membaca buku-buku pengetahuan.

5. Pemikiran yang positif serta menghindari pemikiran yang negatif

6. Berada dalam persekitaran yang sihat dan positif.

7. Kawan-kawan yang positif dan sentiasa memberi sokongan.

8. Hubungan yang baik dengan semua orang.

9. Membantu orang.

10. Kebahagiaan.

Selasa, 20 September 2005

Make Up, Facial & Kerja

Facial & Make Up.

Yeay! Dah boleh buat basic facial kat orang lain. Tapi Make up masih di peringat novice. 2-3 kali praktis will make me pandai. Kelas Make up dan Facial setiap ahad di PJ. Bayaran cuma masa mendaftar RM85. Produk beli sendiri. Kelas free sampai pandai. Sangat seronok. Sangat excited. Everyone is helping each other. Enviroment yang positif. Lama-lama boleh buka salon kecantikan. Tapi tak seronok nak tunggu kat kedai sampai orang datang. Buat kat rumah atau kat our bussiness centre di Jln Kelang Lama. Kira by appoinment la. Ada kebebasan sikit. :-)

My mission is, to help all the ladies to be prettier that she ever thought. Nak belajar sekali pun boleh juga. ;-) Oh ya, slimming programe pun ada. :-) Kalau.. (aku bilang kalau..) nak la..

Lalalala.. Siapa bilang gadis Melayu tak menawan.. tak menarik hati.. lalalala.. Hihihi

Kerja.

Penat sikit la. Banyak kerja kena selesaikan. Then kena attend banyak meeting. Kena pergi seminar. Memang memenatkan. Tapi dah kerja, nak tak nak kena buat. Lain la kalau tak kerja. Dalam hati ni, bila la nak jadi boss kepada diri sendiri? Best kan kalau dapat kerja sendiri. Tak mahu aku jadi kuli sampai pencen!

Tapi manusia ni. Mana tahu bersyukur. Bila dah ada kerja tu, asyik nak merungut je. Macam dia sorang je yang stress. Cuba tengok nasib orang yang yang tak berapa baik, yang tak dapat kerja berbulan-bulan, yang belajar 3-4 tahun, tetapi lepas grad, menganggur. Bukan sedikit, 40 ribu orang. Kasihan kat penganggur ni. Nak cari kerja pun susah.

Nasihat aku, ikhlas nih, kerja sendiri. Meniaga atau niaga perkhidmatan ikut kemahiran. Ada kemahiran repair pc, buat website, dll, gunakan sepenuhnya. Tak usah nak harap sangat pada syarikat-syarikat untuk tawarkan pekerjaan kat kita, escp. graduan tempatan. Tunggu nak masuk gomen pun agak susah & lama. Kasihan.. Better kerja sendiri. ;-)

Jumaat, 16 September 2005

Addicted

I'm so addicted to this song~

Satu - Dewa

Aku ini adalah dirimu
Cinta ini adalah cintamu
Aku ini adalah dirimu
Jiwa ini adalah jiwamu

Rindu ini adalah rindumu
Darah ini adalah darahmu

Tak ada yang lain..selain dirimu
Yang selalu ku puja..
Ku sebut namamu
Disetiap hembusan nafasku
Kusebut namamu..
Kusebut namamu...

Dengan tanganmu aku menyentuh
Dengan kakimu aku berjalan
Dengan matamu ku memandang
Dengan telingamu ku mendengar
Dengan lidahmu aku bicara
Dengan hatimu aku merasa

Khamis, 15 September 2005

Nak Bercantik-Cantik

Ok. Pertama sekali, biarlah saya beritahu dahulu bahawa saya sangat taksub dengan solekan dan rawatan muka. Kawan-kawan pun tahu wajah saya ni sangat bermasalah. Jadi saya sering buat rawatan muka serta membeli alat solek untuk menutup masalah wajah saya. Lama-kelamaan, saya mula suka bersolek kerana dengan solekan saya nampak cantik sedikit dan membuat saya bertambah yakin. Banyak alat solek telah saya beli dan banyak juga rawatan muka yang saya telah jalani. Semua bertujuan untuk menghilangkan masalah di wajah saya. :-)

Sehingga awal tahun lalu, minat saya makin tinggi dalam bidang solekan dan rawatan muka sehingga saya berniat untuk mempelajarinya. Saya pun mencari mana-mana kelas yang menawarkan kursus solekan dan rawatan muka. Setelah dapat, saya lihat untuk mempelajari teknik solekan asas sahaja, bayaran dikenakan RM1000 ++ tidak termasuk alat solekan. Jika alat solek dan kosmetik bernilai lebih RM1000++, maka jumlah kesemua kursus solekan asas itu adalah RM2000++. Oh, saya tidak mampu. :-( Untuk belajar rawatan muka pula, kursus mlvk bernilai RM600++ dan belajar dalam masa 3 bulan. Ok. RM600 mungkin boleh. Tetapi saya tidak boleh menghadiri kelas selama 3 bulan seperti pelajar. Habis, macam mana kerja tetap saya ini?

Jadi saya biarkan dahulu minat saya terkubur dalam sanubari sehingga saya terjumpa iklan Make Over Workshop yang pertama saya hadiri pada 31hb Julai yang lalu. Mereka bertanya sekiranya mereka berminat untuk menyertai bengkel kedua. Saya berminat. Jadi di situ saya mendaftarkan diri untuk melayakkan saya mengikuti bengkel kedua.

Lalu pada hari Ahad. 11 September 2005 yang lalu. Sepertimana saya umumkan di dalam forum geng jurnal tentang make up workshop pada hari tersebut, telahpun saya hadiri dan banyak perkara saya dapat belajar dari workshop tersebut.

Oleh kerana sebab ianya bengkel solekan, maka semua wanita yang hadir di bengkel itu dapat mempelajari tentang solekan dan kecantikan. Salah seorang tenaga pengajar berkata, "Tiada seorang wanita pun yang tidak cantik, cuma mereka malas untuk mencantikkan diri mereka. " :-)

Apa yang menarik? Oh, sangat banyak. Teori teknik-teknik solekan yang saya belajar melalui majalah-majalah tidak seperti mana yang saya praktikkan sewaktu bengkel solekan. Dengan teknik yang betul dan teratur, dengan praktikal, saya telah merubah wajah saya dan berjaya membuat kawan-kawan saya sendiri terpegun. Wah.. seronoknyaa..!!

Sekarang dan seterusnya, saya akan memahirkan diri dalam bidang solekan dan rawatan muka agar saya dapat mempersiapkan diri saya untuk menjadi salah seolah daripada konsultan kecantikan bersama kawan-kawan saya. :-)

Ada sesiapa nak buat rawatan muka asas atau solekan untuk majlis makan malam atau konvokasion atau majlis-majlis rasmi? Boleh la hubungi saya. ;-)

Kak Nett sudahpun menempah saya sebagai mak andam beliau untuk majlis perkahwinannya. Anda bagaimana? ;-)

Isnin, 12 September 2005

WANITA ANGIN

WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang
Gemini(22 Mei-21 Jun)
Libra(24 September-23 Oktober)
Aquarius(21 Januari-19 Februari).

CIRI-CIRI
* Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.

* Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai.

* Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.

* Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.

* sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.

* Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.

* Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

Banyak yang sama. :-) Awas ya, mungkin anda harus berjaga-jaga. Ibarat angin, ada waktunya sepoi bahasa. Ada waktu seperti taufan katrina. ;-)

Selasa, 6 September 2005

Cuppycake Strawberry Shortcake

You're my Honeybunch, Sugarplum, Pumpy-umpy-umpkin
You're my Sweetie Pie
You're my Cuppycake
Gumdrop, Snoogums-Boogums
You're the Apple of my Eye
And I love you so and I want you to know
That I'll always be right here
And I love to sing sweet songs to you
Because you are so dear

Isnin, 5 September 2005

Jiwa Kacau

JIWA KACAU! JIWA KACAU!

Isnin, 29 Ogos 2005

Iklan

Iklan Lagi

Kawan-kawan saya akan membuat satu make up workshop yang hands-on iaitu 100% praktikal cara-cara make up pada 11hb September di PJ, 2pm hingga 5pm. Cuma RM95 dan kelas make up percuma selepas workshop akan di adakan setiap minggu, sehingga anda semua pandai make up sendiri dan make up orang lain juga.

Tempat terhad. Boleh tinggalkan email address anda pada guestbook saya, saya akan hubungi anda. :-)

e.o.iklan

Saya sangat sibuk di bulan kemerdekaan ini. Anniversarry mak & ayah makin hampir. Saya tak belikan hadiah lagi untuk mak dan ayah. Rasa sedih juga bila banyak perkara yang saya mahukan berjalan lancar tidak dapat berjalan lancar. Contohnya, pertandingan bola jaring. Sedihnya rasa hati. Mungkin ada hikmahnya.

Tapi yang penting, saya tidak boleh putus asa.

Jumaat, 26 Ogos 2005

Opportunity

There are so many chances that I've left behind and missed. But, this is the opportunity that I never want to let go. This is the start. It will make my dream come true. Insya Allah.

Last week, about 2 nights in row, I had dream about pool, pool that full with water that I swam in it. My mom said, if dream about water, it bring luck or good fortune. I didn’t know it’s true or not, but it’s quite true actually. BUT, it doesn’t come like fall in front of me from the sky just like that. I have to get it when door of chances is open. The door is open. It’s up to me to go there and get it or turn back.

Me? I’m going take all the chances, the risk and I’m going to change my life. Insya Allah.

My dreams come true accordingly. 1st, my 1st writing will be publish soon – Jiwa Kacau. 2nd, I currently learn facial and make-up to be the beauty consultant. 3rd, 4th and so on will come after I’ve succeed becoming beauty consultant. :-) Insya Allah. I try my best.

And friends, please pray for me. Thank you. :-)

Khamis, 18 Ogos 2005

Change Is Good, Rite?



Dalam banyak-banyak gambar yang diambil masa outing geng foto 8hb ogos yang lalu, aku paling suka tengok gambar ni. Eh, bukan sebab ada muka aku, tapi background air yang warna biru tu sangat menyerlahkan ke-kontras-an antara model dan background. well done, encik kayusakti!

iieww..!! acne and scar is so obvious!! urrghhh!! need to put more concealer next time..! and look sooo chubby..!! need to control my weight too.

Today's desicion. To change the future.

Money is not everything. But everything needs money. :-)

Thank you, for supporting what I am doing right now.

Selasa, 16 Ogos 2005

Our Life?

Jumaat, 29 Julai 2005

Sebelum Pergi Kursus

Next week, kena pergi belajar php kat Lebuh Silikon, UPM selama 4 hari. Dari 1hb Ogos sampai 4hb Ogos. Tak tau boleh update/online ym/tengok email kat sana ke tak boleh. :-) Sekali, sekala hidup tanpa internet pun ada bagusnya juga.

Banyak pula masalah timbul 2-3 hari ni. Sedih pun ada juga. Tapi hidup mesti terus.

Takziah kepada Kak Shila (SPyZ) atas pemergian ayahanda tercinta. Al-fatihah.

'till then. Bye.

Rabu, 27 Julai 2005

Aku Blogger Picisan

Ha, kan dah blogger Malaysia (Melayu khususnya) kena 'sound' oleh encik Azhan dalam Forum Utusan Malaysia hari ni. Aku nak tergelak macam Basri yang suka gelak golek-golek bila baca pendapat encik Azhan hari ini. Tetapi oleh sebab aku sedang berada dalam kereta dan duduk di sebelah ayah masa baca Utusan, aku malas nak gelak.

1st person aku teringat ialah Sultan Muzaffar (sebab encik Azhan khususkan AF). Selainnya, aku tak tahu sebab aku tidak baca blog orang lain yang menyentuh tentang AF, MI, MC, dll, selain Sultan Muzaffar. Tapi apa salahnya? Sorry to say, blog-blog yang ada unsur ilmiah ni sebenarnya jarang di kunjungi. Hihi. Tapi kalau rajin nak 'google', insya Allah, pasti jumpa dengan blog-blog ilmiah. Ini kalau kau 'google' AF, keluarlah blog-blog pasal AF. Hahaha. Lucu la kau buat lawak.

Apa yang aku percaya ialah, blog adalah ruang untuk kita melepas rasa hati, mengeluarkan pendapat dan lain-lain. Nak berdakwah pun boleh. Seperti kata Mat Jan, Blog adalah seperti karoke. Sedap atau tidak sedap nyanyian seseorang tidak penting. Asalkan dia menyanyi. Begitu juga blog. Bagus atau tidak penulisannya tidak penting. Janji dia menulis. Tidak kisah. Negara kita demokrasi kan? Kenapa encik Azhan susah hati eh?

Janganlah cakap blogger Malaysia @ Melayu (khusus untuk blogger, bukan rakyat Malaysia) suka berbincang isu picisan. Sebenarnya, kami ada berbincang isu-isu tersebut dalam forum-forum, (Alamak.. lupa pula. Dalam forum pun ada bincang pasal AF daa. *lolgolek2*) di pejabat dengan rakan-rakan dan di rumah dengan ayah/mak/suami/isteri. Takkanlah kami nak bawa perkara itu di blog pula. Sedangkan ianya boleh kami bincangkan dengan lebih luas melalui komunikasi dua-hala yang nyata.

Sebenarnya, aku tidak suka nak berbincang isu-isu terlalu serius di blog. Tak sesuailah.

Er.. atau encik Azhan masih tak faham konsep sebenar blog agaknya? ;-)

Hihi.. just my 2 cent, and it's free.

Jumaat, 22 Julai 2005

Tulisan Kecil

1st, aku resize font dari 10px ke 12px. Kasi besar sikit. Tak mahu sakitkan mata pembaca. Aku sayangkan pembaca blog aku ni.. ;-)

But, in real life pun tulisan tangan aku memang kecil. Memang selalu kena marah-marah dengan cikgu/kawan/adik beradik/pakwe pasal tulisan kecil yang menyakitkan mata diorang. Alahai.. kasihan.

Seorang fasilitator cakap, orang yang bertulisan kecil ni, sifat dia suka menyembunyikan atau perahsia. Kebetulan agaknya, aku memang seorang yang perahsia. Alamak, dah terbuka rahsia pulak..! Hihi.

Hai, tak kan lah nak bagitau semua rahsia kat semua orang. Certain perkara perlu dirahsiakan. Orang cakap, pekung di dada jangan di buka. Mengaibkan diri sendiri saja.

Dulu, aku teringin sangat nak luahkan segala-gala tentang aku dalam blog ini. Tapi since aku dah kenal sebilangan besar orang yang baca blog ni. Aku simpan segala cerita tentang aku dalam hati. Aku menulis tentang perkara yang bersifat umum dan tidak begitu serious sahaja.

END.

Orang sibuk bercerita tentang AP. 1st, Ayah Pin. Patut dia kena tangkap secepat mungkin. Sebab dah mengancam keselamatan dalam negara. Cepat! Waktu inilah nak guna ISA. Hihi. Tapi tak tertangkap lagi. Agaknya dia ghaib ke kerajaan langit kot.

AP yang lagi satu tu pulak, kalau betul Mini Cooper tu harga dia RM16k je, lepas ni aku nak sambar satu. Murah dari kancil pulak tu! Ampeh je diorang jual sampai RM160k. Dari dulu aku adore kereta Mini tu. Bukan sebab filem The Italian Job.

Nak komen lebih-lebih tak boleh. Penjawat awam adalah pihak yang berkecuali. :-)

END.

Esok start Karnival Mega Sale Malaysia. Yea.. yeah! Boleh shopping banyak-banyak! Waa.. cukuplah, amyz. Masa JCard Day tu dah abis banyak tau!! *sorry.. saya ni selalu konflik dengan diri sendiri.. hihi..:-)

Selasa, 19 Julai 2005

Bettles of The Sexes

Masa pergi kursus Induksi, semua peserta diwajibkan memberi pengucapan awam (public speaking daa..) Macam-macam jenis pengucapan aku dengar, dari yang kelakar, serius sehinggalah yang bosan sampai nak tidur.

Pengucapan awam yang aku buat berdasarkan buku Why Woman Can't Read Maps, Why Men Don't Listen oleh Alan & Barbara Pease, yang aku olah, ubah, tolak dan tambah mengikut citarasa. Tajuknya, Perbezaan lelaki dan Wanita. Bila aku naik ke pentas, ribuan mata tertumpu pada aku. Gementarnya Tuhan saja yang tahu.

Waktu aku berucap (cewah.. macam YB pulak..), terdapat beberapa fakta benar tentang pihak lelaki yang tidak dapat di terima oleh lelaki sendiri. Contohnya, lelaki tidak boleh membuat 2 atau lebih pekerjaan dalam satu masa. Biasalah. Manusia ni mana boleh nak terima bila orang lain berkata tentang kelemahan mereka. Bila aku cakap fakta-fakta seperti itu, pihak lelaki bangkang sambil tepuk-tepuk meja macam YB dalam parlimen.

Tapi bila aku sebut wanita sukar mengenalpasti which right or left, bukan main lagi pihak lelaki menyokong. Yang buat aku faham kenapa. Yalah. Battle of the Sexes ini memang terjadi dah berkurun lamanya.

Aku bukan nak panjangkan cerita battle of the sexes ni. Bagi aku, lelaki dan wanita sama, tapi berbeza. Aku tak mahu cakap kekurangan lelaki itu, ini dan kekurangan wanita itu, ini. Tapi cuba dan mahu memahami kaum yang berlainan jantina dengan aku. Bukan mahu buktikan siapa yang terbagus.

Tidak ada jadi wanita itu bagus. Tidak juga jadi lelaki itu lebih bagus. Cuma amalan kita jadi penentu siapa bagus di sisi Allah kelak.

Dan aku akhiri pengucapan awam aku dengan, Lelaki dan wanita adalah sama spesis tapi berbeza. Walau apa pun perbezaannya, di akhir nanti, lelaki dan wanita memerlukan antara satu sama lain untuk melengkapi antara satu sama lain. Sekian, terima kasih.

Aku dapat tepukan dan tepuk-tepuk meja dari mereka.

Jumaat, 15 Julai 2005

Layout Baru

Sorry, tukar design lagi. Bila OP cakap lebih kurang sama dengan design lama. Tanpa lengah aku terus tukar lain. Blogger style pula. ;-) Nampak macam blogger pula, tapi aku web-designer yang ada blog. Eh, ada beza ke? Ada beza kan? hihi.

Tak kisah lah blogger ke, web-designer ke. Janji ada web sendiri dan boleh mengeluarkan pendapat sesuka hati. Negara kita kan demokrasi?

Lepas dapat banyak motivasi dari kursus yang baru diikuti baru-baru ini, banyak perkara yang aku rasa aku mahu lakukan. Terutama bidang berkaitan dengan minat. Nanti aku usahakan. Insya Allah. Kadang usaha kita selalu disekat oleh faktor ekonomi. :-) Itu yang banyak orang putus semangat. Kasihan.

Sama juga macam aku. Nak sambung study sampai sekarang belum tercapai lagi. Faktor ekonomi jadi alasan. Lagi satu serik nak meminjam. Insya Allah. Sooner or later, aku akan sambung juga. ;-)

Alamak. Arkib tak letak lagi. Banyak kerja nak re-design arkib yang hampir 5 tahun tu. Banyak nak tukar. Every each pages! Pergh! Tengoklah dulu. Kalau rajin, adalah arkib. Kalau tak, minta maaf ok?

Khamis, 7 Julai 2005

SYMP

Per 1. Tugas penjawat awam untuk melaksanakan setiap dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan. Juga sebagai pihak berkecuali. Setiap kenyataan yang diberikan oleh penjawat awam mungkin dianggap fakta oleh orang awam. Jadi, penjawat awam tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan walaupun sekadar pendapat.

Per 2. Jika meneliti sesuatu perkara, cuba cari nilai positif yang ada pada perkara tersebut. Begitu juga tanggapan pertama tentang seseorang. Cari nilai positif sebelum meletakkan tanggapan buruk kepada seseorang. Dan lebih baik lagi sekiranya cuba mengenali sebelum meletak tanggapan buruk kepada seseorang.

Per 3a. Semangat patriotisme semakin kurang di kalangan anak muda dan remaja masa kini. Keadaan yang mewah dan selesa menyebabkan mereka hanyut dan tidak bersedia. Pengetahuan tentang politik, ekonomi negara sangat kurang. Sedangkan mereka bakal menjadi pemimpin masa depan. Masa depan negara bergantung pada mereka.

Per 3b. Jika lihat anak-anak muda ini membuang masa berpeleseran di kompleks membeli-belah atau menghisap rokok atau ponteng sekolah, kemungkinan negara ini akan di jajah semula. Kerajaan Melaka yang begitu masyhur pun cuma bertahan selama 110 tahun kemudiannya di jajah sehingga 440 tahun. Inikan pula Malaysia yang baru berusia 48 tahun. Tak mustahil kan?

Per 3c. Program PLKN sebenarnya sangat bagus untuk remaja daripada masa terbuang sia-sia sewaktu menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia. Dah la makan 6x, siap ada elaun lagi.

Per 4. Pendidikan seks di sekolah patut di adakan.

Sebenarnya baru balik dari kursus btn 5 hari di kem yang terletak di Shah Alam. :-)

Jumaat, 24 Jun 2005

Amyz Dengar Lagu

50cent penyanyi paling malas sekali nak buka mulut. Aku tengok dia menyanyi macam tak suka buka mulut. Tak tahu la kalau dia nak cover gigi besar dia tu, masa menyanyi. Agaknya kot. Tapi aku suka layan lagu dia yang latest ni, Just A Lil Bit. Boleh tahan. Tapi agak keterlaluan liriknya. Aku klasifikasikan lagu itu sebagai lagu 18sx.

Banyak lagu-lagu dari luar negara sekarang ni berunsurkan 18sx. Kita tak boleh nak cakap apa-apa. Paling tidak yang mampu kita buat, kita sensorkan perkataan-perkataan yang ada unsur-unsur 18sx. Maka, kita pun mendengar lagu, yang kejab dengar, tiba-tiba senyap sekejab, kemudian dengar balik. Ok la. Nasib Lembaga Penapisan tak buat bunyi *toot* pada ayat/perkataan yang disensor.

Lagu Eminem yang aku dengar baru-baru ni, A** Like That. Tau sajalah Eminem punya lagu macam mana. Dia kan suka mengutuk penyanyi lain. Aku tergelak bila dengar Eminem buat lawak pasal Janet Jackson dalam lagu ni.

Lagu Snoop Dogg - Sign di recomanded oleh Sis Dona, pun best gak. Featuring Justin Timberlake - dia nyanyi korus. Banyak lagu yang ada featuring penyanyi lain dalam lagu diorang. Aku suka dengar lagu-lagu macam ni. Dulu kawan aku sampai gelar aku 'migga' sebab suka dengar lagu Nigga. Tapikan, kita tak boleh panggil nigga kat orang kulit hitam. Tapi orang kulit hitam panggil nigga kat kawan diorang tak apa. Aku pun tak paham apasal. Kih kih kih.

Actually, aku dengar lagu-lagu baru kat winamp music walaupun lagu tu tersekat-sekat sebab buffering. Aku tak banyak memuat turun lagu sangat sekarang ni. Sebabnya server kat sini telah mem-'block' perisan yang memuat turun lagu. Hihihi.. Kebetulan Mampu dah pun mengeluarkan kenyataan akhbar, Pegawai Punca Sistem Lembap. Isnin lepas.

Walaupun aku suka dengar lagu-lagu baru, tapi bila pergi karoke aku suka nyanyi lagu oldies. Lagu baru tak berapa hafal daa.. Hihihi..

Isnin, 20 Jun 2005

Malaysian Idiot!

Menyaksikan ujibakat Malaysian Idol seolah-olah menyaksikan Malaysian Idiot yang memalukan aku. Sesekali aku terfikir, kenapalah ramai sangat orang malaysia ni nak jadi penyanyi? diorang ingat suara diorang best ke? kenapa family, kawan-kawan diorang sanggup encourage diorang masuk ujibakat, biarpun mereka tahu suara dorang tak berapa sedap sangat?

Bila gagal ujibakat, menangislah, then sanggup pula marah-marah, maki-maki Roslan, Paul dan Gee. Dorang ingat dorang tu siapa? Tak malu ke? Issyy.. aku yang tengok yang malu dengan kesanggupan diorang memalukan diri sendiri depan kamera pulak tu. Jadi bahan ketawa orang lain pula tu.

Aku bukannya apa. Pelik, macam mana diorang boleh fikir suara diorang tu sedap dan terfikir untuk ujibakat Malaysian Idol? Mungkin sebab kawan-kawan, family cakap, suara tu sedap. Pergi lah masuk Malaysian Idol. Macam tu rupa nak jadi Malaysian Idol? Hentikanlah!

Khamis, 16 Jun 2005

Pinta Yang Baik Berterusan

Semalam.

Berita gembira dan sedih datang serentak. Menangis aku dibuatnya. Gembira dan sedih. Tak tahu macam mana harus aku ungkap rasa hati. Gembira kerana pertukaran bb ke tempat lain. Inilah saat yang kami tunggu selama ini. Sedih kerana semalam hari terakhir seorang kawan yang aku anggap seperti kakak sendiri disini.

Dia dan seorang lagi penyelia yang aku anggap seperti kakak sendiri inilah membimbing aku, menyedarkan aku, menasihati aku dan mengajar aku selok belok dan segalanya di pejabat ini. Dari hari pertama aku dan kawan aku menjadi anak buah mereka sehingga kini. Merekalah tempat kami bergantung.

Terus terang aku katakan, aku tidak kisah sekiranya aku tidak punya ramai kawan dan tidak pula aku mahu memusuhi sesiapa. Tetapi aku tidak boleh hadapi dan aku akan down sekiranya aku tidak dipedulikan oleh 2 orang kakak ini. Sesungguhnya aku tidak tahu bagaimana nak menghadapinya lagi.

Memang pernah aku tidak dipedulikan pada suatu ketika. Ketika itu, zaman kami berada di bawah roda. Memang aku boleh hidup. Tapi setiap hari aku datang pejabat, hati aku menangis-nangis. Kecewa dan sentiasa mencari salah sendiri. Sedih? Terlalu dan amat sedih. Dan apabila semalam dia memeluk aku dan meminta maaf, saat itulah air mata aku gugur dan aku rasa sangat terharu dengan keikhlasannya. Aku dah lama melupakan cerita itu, sejak kami berbaik semula. Tapi apabila dia cerita tentang peristiwa itu, aku menangis kerana aku sangat sedih pada waktu mereka tidak mempedulikan aku. Ianya satu pengajaran buat aku.

Semalam hari terakhir dia di sini. Aku harap dia dapat yang terbaik di sana. Dia meninggalkan kami dengan berita yang gembira. Dan mendoakan untuk kami. Harapan kami yang baik berterusan. Amin. Insya Allah.

Isnin, 13 Jun 2005

Datang dan Pergi

Kawan itu datang dan pergi. :-)

Berapa ramai kawan kalau kau cuba kira? Cuba pula kau kira berapa ramai tahu tentang sedih hati gundah engkau? Cuba kau kira berapa ramai yang datang cari kau bila mereka dilanda kesedihan? Dan cuba kau kira

Berapa ramai mencari kau untuk berkongsi segala kegembiraan? Ramai tak? Mungkin ramai. Mungkin seorang dua sahaja. Tapi, itu pun sebenarnya sudah memadai. Kira beruntunglah, kata orang.

Aku tidak nafikan kepentingan kawan-kawan untuk berada di sisi aku sewaktu suka dan duka. Cuma aku memastikan mereka adalah orang yang sama duduk di sisi aku waktu suka dan waktu duka. Biarlah sedikit sahaja kawan tetapi aku dapat gembirakan hati mereka, sepertimana mereka berusaha untuk menggembirakan hati aku. Kuantiti tak penting, tetapi kualiti.

Adat dunia, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Sebegitulah persahabatan. Yang lama akan pergi, yang baru akan berganti. Kena redha lah. Untuk memutuskan hubungan persahabatan, tidak sekali-kali aku lakukan. Setiap yang berlaku pasti ada sebab dan rahmat tersendiri.

Aku tak pernah cakap, dia best-friend aku, orang ni best-friend aku. Biar aku tahu sendiri, siapa perlu aku cari waktu suka dan duka untuk di kongsi bersama. Biarlah hati sendiri tahu.

Jadi, apabila dia ingin pergi, samada untuk meneruskan cita-cita atau berpindah, redhakan lah. Kerana itu terbaik buatnya. Sebagai sahabat, bukankah kita seharusnya mendoakan kebahagiaannya? Jadi biar dia pergi, kerana itulah resam dunia, kawan itu datang dan pergi. :-)

Selasa, 7 Jun 2005

Ada-Ada Saja

Semalam cuti kecemasan. Baru balik dari mendaki gunung. Badan masih penat dan kaki masih sakit. Sedang berehat-rehat di rumah, telefon bimbit aku berbunyi. Panggilan dari Kak Long.

"Lang, ko cakap ngan Atiya ye? Dia nak main telefon aku la. Asal aku nak call aje, dia datang kat aku. Nak bercakap dalam phone gak." Aku gelak. Anak buah aku yang satu ni, memang bijak.

"Hello Tiya, dah mamam ke belum? Mana papa? Pegi school tak hari ni?" Tanya aku. *School tu nursery dia.

"Papapa..." Itu lah suara dia yang aku dengar. Bukan pandai bercakap lagi. Tapi sibuk nak bertelefon juga. Aku tergelak, sayup-sayup aku dengar Kak Long gelak-gelak.

Aku pun nyanyi lagu Twinkle-Twinkle Liltle Star. Aku cakap macam-macam dengan Atiya, jawab dia apa? papapapa.. mamama.. LOL

Tak pe lah. Sabtu ini, boleh jumpa dia. Agaknya dia rindu tu. Sebab aku pernah bagi dia handphone aku, ajar dia macam mana nak guna. Cepat belajar dia ni. Bila aku cakap Hello. Pandai pula letak handphone tu kat telinga dia.

Aku pun cakap la "Hello Atuk, Tiya ni.." "Hello Nenek, Tiya nak datang nanti.." Lain dari itu, dia pegang handphone aku, dengan muka kerut-kerut, tekan-tekan keypad tu. Agaknya dia tiru Papa dia send message macam tu kot. Ha ha ha.. Atiya, Atiya.. Ada-ada saja.


====----====----====

1st Impression Is Important!

Orang selalu cakap, Dont judge the book by it's cover. Tapi aku fikir 1st impression orang kepada kita adalah penting. 1st impression yang baik mudah meyakinkan orang lain. Itu sebab juga ramai yang boleh tertipu dengan muka-muka baik sesetengah orang. Sebab kali pertama jumpa dia dah berikan good impression kepada kita. Lepas kenal baru tau langit tinggi rendah. Hehehe.

Selalunya, aku cuba jadikan 1st impression orang terhadap aku adalah yang baik. Bukannya apa, aku tak suka orang memandang jelik terhadap aku. Tapi impression orang terhadap aku seperti aku garang dan sombong adalah untuk menakutkan budak-budak ataupun sebagai sign stop kepada lelaki yang cuba mengganggu aku. Biar aku nampak garang, sebenarnya aku melindungi diri aku sendiri.

Tahu tak, wanita akan sentiasa berikan 1st impression baik atau buruk pada seseorang dengan hanya memandang wajah sahaja dan dengan sekali perjumpaan sahaja. Baik berikan 1st impression yang baik, selebihnya wanita menerima sifat baik atau buruk anda dengan mudah selepas good 1st impression tersebut. ;-)

Jumaat, 3 Jun 2005

Balik Dari Bercuti

Dah upload gambar-gambar di Langkawi & Kuching di fotopages aku. Camera aku ni agak kebuduhan bila mengambil gambar malam. Agaknya ia dilahirkan pada waktu siang kot. So, gambar waktu malam manjang blur & teruk. Nanti ada rezeki lebih sikit, nak beli camera baru. :-) lebih canggih sikit dari Kak Nett & OP. :-p Kalau.. aku bilang kalau ada rezeki lebih.. ;-) (macam la aku ni banyak duit..)

Ramai orang tanya aku kenapa cuti panjang? Hmm.. cuti aku ada lagi 25 hari ok? Tak salah aku rasa aku ambil cuti untuk merehatkan diri. I just deserve it. Seronok balik dari cuti? Uish.. rasa nak sambung cuti aje lagi ni. Balance cuti tinggal 18 hari. Cukuplah untuk cuti raya nanti. Aku ni jenis tak suka ambil cuti sangat. Sekali aku cuti, aku akan pastikan aku bercuti paling kurang ialah seminggu. Lain la cuti sakit atau kecemasan atau hal-hal yang tidak dapat dielakkan. :-)

Pergi Langkawi dengan family. Semua adik-beradik ikut. Satu van disewa sepanjang berada di sana. Abg Mie aka pemandu pelancong membawa kami sekeluarga tour satu Langkawi. Paling seronok masa pergi Island Hoping, naik bot tour pulau-pulau kecil sekeliling Langkawi. Ambil gambar-gambar pemandangan yang sangat mengagumkan. Pergi shopping. Aku beli chocolate, beg tarik ala akademi fantasia dan burung helang. Nasib baik masa pergi sana, gaji tak masuk lagi. Kalau tak musti kehabisan stok sehingga hujung bulan. Oleh sebab tempat penginapan adalah berhampiran pantai, maka setiap hari aku akan ke pantai bermandi-manda dan ini menyebabkan kulit aku menjadi gelap sedikit. huhuhu.. :-( Kami sempat tour Underwaterworld yang masih dalam proses renovation. Banyak hidupan laut yang mengagumkan. Dari sekecil-kecil jari kelingking, sehinggalah yang besar gila, sampai gerun aku tengok.

Bertolak balik dari Langkawi petang Isnin, sampai KL pagi Selasa. Seharian tidur. Penat la tidur dalam bas. Dah la bas bermasalah. Berhenti hampir 2 jam di Bukit Merah. Memang penat. Tapi sangat seronok.

Aku selesa di rumah pada hari selasa dan rabu pula menghabiskan masa bersama kak nett. Khamis, menyediakan diri dan kelengkapan sebelum bertolak ke Kuching waktu malamnya. Terima kasih pada kak nett yang sudi menghantar aku sehingga ke KLIA. Sampai di Kuching dalam pukul 12:30 malam.

Aku sangat seronok sepanjang masa aku berada di Kuching. Sebab selama ini, aku asyik mendengar cerita tentang Kuching, kali ini aku dapat pergi dan berada di sana selama 4 hari. Tapi aku tak dapat pergi Gunung Santubong. Kampung Budaya pun tak sempat nak jejak. Nak pergi Muzium Kucing pun tak sempat. Sibuk sebenarnya sepanjang masa berada di sana. Cuma ada satu hari sahaja yang ada masa terluang yang aku habiskan dengan meronda sekitar Kuching. Cuma satu hari itu sahaja. Ahad sibuk sepanjang hari. Hari isnin, pagi dah nak balik KL. Memang tak sempat. Maybe next time. Insya Allah. :-)

Isnin tengahari sampai KL. Selasa masih bercuti. Rabu kembali bertugas. Urghh. Penat. Seronok. Terharu. Pilu dan Rindu. :-)

Jumaat, 20 Mei 2005

Sekadar Pandangan & Luahan.

Kebanyakan umat di Malaysia ni kan, bila sebut soal kahwin ataupun yang sudah berkahwin, perkara yang terlintas di fikiran mereka adalah s*eks. Sebab itulah, dalam banyak-banyak tip rumahtangga dari ceramah-ceramah Ustazah Siti Nurbahyah, tip cakar harimau beliau yang keluar sebagai tajuk utama di muka depan akhbar tempatan. Kerana antara lain menyebut lepas buat cakar harimau, lebih "umph" waktu bersama. Tapi tip-tip keharmonian rumahtangga tidak pula menjadi perhatian. Ada ke patut?

Bukannya apa, aku kat sini kadang menyampah sangat dengan makcik di sini yang bergurau dengan kakak-kakak yang sudah berkahwin mengeluarkan kata-kata "wehh. balik cepat. malam jumaat ni" dan sebagainya. Jumudnya pemikiran mereka ini. Bukankah makcik ini sepatutnya memberikan tip-tip untuk keharmonian rumahtangga, bukannya melayan dari segi "itu" saja. Ieeww.. *rolling eyes* Bukan makcik aje, yang lelaki pun 2x5 juga. Malah lebih tepat aku katakan sebagai gangguan seksual dari segi lisan kepada wanita yang sudah berkahwin di sini. Aku pernah kena usik. Tapi aku marah balik. Diorang cakap aku tak sporting. Peduli apa?

Kalau bercakap, tidaklah pernah menapis dan berfikir orang lain mendengar. Tentulah kurang manis. Aku dengar, aku yang malu. Bukan diorang. Tak segan ke bercerita tentang hal dalam kelambu kepada orang lain? Bukankah berdosa? Kan peranan suami isteri ini merahsiakan hal-hal sebegini kepada orang lain? Apa niat sebenar bercerita tentang hal sedemikian kepada orang lain? Kongsi ilmu ke nak tunjuk kehebatan? IIeeewwww... yurk! yurk! Biarlah suami/isteri korang saja yang tahu prestasi korang. Tak perlu orang lain tahu.

Kononnya open-minded, kata diorang. Open-minded? Entah. Apa yang mereka maksudkan dengan open-minded eh? Dengan bercerita hal dalam kelambu tu, kira open-minded ke? Tak paham. Tak paham. Bagi aku, open-minded ni macam, contohnya, lelaki nak tanya tentang apa itu kitaran haid dan aku boleh jawab, kitaran haid tu bla.. bla.. bla.. Sebagai general knowledge untuk lelaki dan perempuan juga. Bukannya, soalan "Malam tadi ko climax berapa kali dengan laki ko?" Ini terlebih open namanya..

Bukannya tidak penting. Tahu la, ia penting jugalah. Tapi, bagi aku, perkahwinan is all about relationship between 2 different people from different family, race or culture. Bagaimana kita mengekalkannya, mengendalikannya adalah lebih penting dari hubungan fizikal semata-mata.

Maaf. Bukan dengan niat menyakiti hati sesiapa tetapi ini sekadar pandangan dan luahan hati. Aku tahu, aku belum kahwin lagi. Jadi aku tak boleh nak cakap banyak la kan? Bukan nak cakap banyak. Cuma ingin meluahkan rasa tidak puas hati kepada segelintir umat. Itu saja.

Tolonglah beri teguran kepada kawan-kawan anda yang bersikap seperti itu. :-)



Cuti.. cuti Malaysia.. Selamat Tinggal Kuala Lumpur.. ;-) Yela.. yela.. nanti i bawak balik burung helang besar tu untuk u oke?

Khamis, 19 Mei 2005

Tak Sabarnya!

Seronok! Tak sabar nak tunggu malam esok! Tak sabar nak tunggu minggu depan. Waa.. kalau macam ni tiap-tiap bulan, mesti seronok. Yang tak seronoknya, macam air lajunya duit aku hanyut nanti. Ha ha ha..

Keluar dari KL ni. Dah lama tak pergi vacation dengan family. Mesti seronok kali ni sebab ada anak-anak buah aku yang bijak-bijak dan comel-comel. Wa.. nanti sampai Langkawi, the 1st thing aku nak beli, of course la chocolate!! Bestnya chocolate. Bestnya.

Aduh! BTN ni pula, masa kita nak pergi vacation ni la, dia hantar surat suruh pergi kursus kenegaraan. Sangat hampeh! Nasib baik boleh tangguh. Aku pun faks surat penangguhan kursus dan postpone ke akhir bulan jun. Alhamdulillah. Selesai satu masalah. Lalalilalala..

4 hari di Langkawi. Cuti sepanjang minggu depan. Then, khamis next week - fly to Kuching. Part ni lah yang paling tak sabar sekali. Ahaks! ;-) Syyy.. ;-)

Ok. Stop. Jangan seronok sangat, ingat pesan mak. :-p

Lalilalalala.. *nyanyi lagu Lelaki Idaman by Melly Goeslow.* Ahaks!

Cerita lain.

Aku suka iklan rumi vs juli kat era which is khairil cakap, dulu.. dorang ni pernah bercinta. terkandas di tengah jalan. dulu.. kiran.. kih kih kih..

Ada banyak benda aku suka. Tapi aku tak sempat nak cakap. Time is up! Nak balik cepat sebab nak jemput kak long kat puchong. bye for now. Kalau sempat, besok aku update sebelum aku bercuti panjang sehingga 31hb Mei dan kembali semula pada 1 Jun nanti. Seronoknya..!!

Isnin, 16 Mei 2005

21 Reminder

ONE. Give people more than they expect and do it cheerfully.

TWO. Marry a man/woman you love to talk to. As you get older, their conversational skills will be as important as any other.

THREE. Don't believe all you hear, spend all you have or sleep all you want

FOUR. When you say, "I love you," mean it.

FIVE. When you say, "I'm sorry," look the person in the eye.

SIX. Be engaged at least six months before you get married.

SEVEN. Believe in love at first sight.

EIGHT. Never laugh at anyone's dreams. People who don't have dreams don't have much.

NINE. Love deeply and passionately. You might get hurt but it's the only way to live life completely.

TEN. In disagreements, fight fairly. No name calling.

ELEVEN. Don't judge people by their relatives.

TWELVE. Talk slowly but think quickly.

THIRTEEN. When someone asks you a question you don't want to answer, smile and ask, "Why do you want to know?"

FOURTEEN. Remember that great love and great achievements involve great risk.

FIFTEEN. Say "bless you" when you hear someone sneeze.

SIXTEEN. When you lose, don't lose the lesson

SEVENTEEN. Remember the three R's: Respect for self; Respect for others; and responsibility for all your actions.

EIGHTEEN. Don't let a little dispute injure a great friendship.

NINETEEN. When you realize you've made a mistake, take immediate steps to correct it.

TWENTY. Smile when picking up the phone. The caller will hear it in your voice.

TWENTY-ONE. Spend some time alone.

malas. malas. terpaksalah copy-paste macam orang tu.

Khamis, 12 Mei 2005

What Girl Want?

11.05pm, guy and gal were chatting happily, when guy uncontrollably yawns

bad example
gal :(sounding out): you feeling sleeping??
guy: yeah, tired from work...
gal :(sounds concern): ok, shan't disturb u, go and sleep lah
guy: ok, you have an early nite too..
guy hangs up the phone. 5 min later, guy awaken by the phone rings,
guy: hello?
gal: .............
guy: who's this?
gal : (feeling unjust): you felt very bothered by me is it?
guy (confused): huh? what?
gal: .............
guy: why? what happened?
gal: you find me very bothersome is it?
guy: bothersome? why you said this??
gal: ..............
guy: what's the matter? how i would know if you dun say it out?
gal: we are chatting halfway, and you yawn, and went off to sleep...
guy: b...but, you are the one who ask me to go to sleep...
gal: you already said want to sleep already, what else u want me to say?
guy: haiz... if you wanna chat, just say so... what for tell me to go sleep, and feeling unhappy in the end?
gal: since when i'm unhappy?
guy: isn't this unhappy? ok ok, i won't sleep the next time, will that do?
gal: what's the point? i want you to chat with me willingly, and not because afraid that i will be unhappy...

in the end, guy spend another time comforting gal, actual sleep time is 11.40 pm, plus the earlier argument, he did not have a good sleep. what worse is the gal may argue with the same thing again the next day.

Sample : How d guys suppose to be towards d girls is as below n see the results
gal (sounding out): you feeling sleepy?
guy (tired vocal, but sound interested) : abit, tired from work. but you have not finished talking, carry on, i will be listening.
gal (felt consoled): orh, but since you are tired, go and sleep then (still sounding out)
never fall into the trap and hang up the phone
guy: there's no afternoon break today, indeed more tiring. how abt i give u a call tomorrow morning. let's chat awhile more ok?
(tells the reason, and offer make up measure)
gal: oh ok. go and sleep now, you must be tired.
gal is willing to let guy go sleep, but guy must do a bit more than this
guy: so what time you are going to sleep?
gal: not sure, probably a bit later.
guy: ok, but not too late, not good for health. i will be heart pain one hor...
gal (feeling loved): ok lah...
guy: i love you the most!
(even if eyes are shutting also must remember to say this impt words, else all effort wasted)
gal: i loved you too, have a good rest! (happy till can float liao)
guy: ehmm...
gal hang up the phone. in the end, 11.10pm. guy sleep peacefully, and probably a morning call from gal the next day...

conclusion 1: female wants feeling and care. most of the time, female's logic cannot be figure out with a reasoning mind.

conclusion 2: say a few more touching words, concerning lines, will save you more than ½hr of precious time

conclusion 3: when encounter the above situation, must always let the gal hang up the phone first. else it will be disastrous...

conclusion 4: if your gf isn't like the one in the example, then congrats to u! treasure her! but if otherwise, dun accuse her of being
unreasonable. what she wants is very simple..

Selasa, 10 Mei 2005

Enjoy!

Ladies Nite.
Babe, Monday is not suitable to be Ladies Night ok? But why I care about what night anywhere? So, four of us, me, Nett, Daun & Syida decide to hanging out at Shah Alam. Why Shah Alam? Don’t know. The suggestion just came out from Nett’s message. I didn’t mind about the place as long as there would be just four of us. We tour around shah alam just to find suitable place to eat. We eat, talk and joke and talking again. After dinner, we were going to Shah Alam Lake and we were hanging there till 10:30pm. We were talking, and talking and talking and laughing and so many and. So many stories to tell and so many taught to share. I really appreciate this moment. But I know the moment like this won’t last. When the time comes, this moment just be as one of our sweet memories. But guys, you are really good friend of mine. :-) Love all of you.

Saja-saja::

Girls::
Do you like it when guys...
[x] Give you gifts?
[x] Sneak up behind u n just hold u?
[ ] Tell their friends all about you?
[x] Buy you flowers?
[x] Take you to the movies?
[x] Open doors for you?
[ ] Invite you to be with their family?
[ ] Hold u in their arms as long as they can?
[x] Hold your hand?
[x] Make the first move?
[x] Do random corny romantic things?
[ ] Get jealous?
[x] Smile at you and say "it's just because yu're beautiful"?
[x] Give you compliments?-h*ll yea.. haha
[ ] Write you a poem?
[ ] Find cute way to ask u to go places?
[x] Give you a hug?
[ ] Beg you to do something you already don't want to do?
[x] Ask u if you're comfortable doing something?
[x] Look into your eyes?
[x] Call you?
[ ] Jokingly wrestle you?
[x] Make you laugh?
[ ] Write you a song?
[x] Say they love you?
[ ] Act differently with u in front of their friends?
[x] Kiss your forehead?
[x] Wrap their arms around your waist?
[x] Play with your hair?
[x] Ask you to a dance ?
[x] pay for you, especially on a date
[x] Kiss you when you least expect it.
[ ] Over react for stupid things that happen
[ ] Bring up the pas

Isnin, 9 Mei 2005

Saja Update

Lagu-lagu favorite masa kini.

1 - ceria bersamamu - anding & edlin - sebab utama muka edlin tu sangat cute masa nyanyi lagu ni. anding dengan style rambut dia buat dia nampak stylo sket dari dulu

2 - get right - j.lo - any song from her, can make my body move and dance. further more, her body, sangat pergh! vclip j lo tak usah cakap la. seksi tu dah tentu lah. tapi suka tengok dia menari. erotik.

3 - ada apa dengan mu - peterpan - band indon yang aku minat lepas so7 & dewa. ada apa dengan mu ni bukan ada maksud apa-apa pada aku. cuma susunan lirik dan lagu sangat-sangat menarik telinga aku untuk mendengarnya.

4 - somewhere only we know - keane - band sempoi, saingan coldplay. this song simple and meaningful.

5 - do something - britney spears - sebab britney yang nyanyi, sebab tu aku suka lagu ni. dari dulu aku suka tengok britney nih, walaupun attitude dia tak berapa bagus sangat. aku bukan nak tiru attitude dia pun.

6 - lonely no more - rob thomas - lagu ni best. aku bagi 4 bintang.

7 - aku dia dan kamu - d va - lagu ni simple dan kelakar. memula ingat band indon nyanyi. rupanya local band. kira ok la. ada talent yang baik.

8 - caught up - usher - usher memang tak pernah hampakan aku dengan lagu-lagu dia yang memang best-best.

9 - only one - yellow card - lagu ni best sebab ada violent

10 - sunday morning - maroon 5 - lagu paling simple & easy listening.

Why?

Nothing much I can say bout my life or my work. But what I really hated so much, when new guy wanted to know me, keep asking me "do you have special boyfriend?" and then I just answered, “yes. I have two boyfriends” and they rolled their eyes. Aih, dont believe me, huh?

Why they have to ask me such question? Why they just come to me as friend, without asking me that question and making me uncomfortable? You being such a weird and freaking me out, guys! Please.. laa..

====

Congratulation my dear friend. Semoga hari pertama untuk pekerjaan baru ini memberi seribu erti kepadamu. Mudah-mudahan dengan pekerjaan yang baru ini, dapat kau mencapai segala impianmu.

Selasa, 3 Mei 2005

Habis Kursus

Tamat sudah 3 minggu kursus induksi. Kira ok la. Cuma tak dapat duduk hostel buat aku rasa macam pergi kerja, balik kerja setiap hari. Peserta lain nampak macam ok, cuma ada 2-3 orang saja yang mata aku tak berkenan. Tak baik kutuk, aku pun bukannya sempurna. Exam, aku tak pasti aku boleh lulus atau tidak, sebab bila balik rumah, aku periksa balik. 2 dari 4 soalan esei aku tersalah jawab. Isk. Isk. Isk. :-( Kalau gagal, aku kena mengulang exam.

Dah masuk pun bulan Mei. Bulan ni mungkin sibuk. Tak sabar nak tunggu sehingga hujung bulan. Nak bercuti ke Langkawi dan Kuching. Seronoknya. Dah lama tak bercuti dengan keluarga. :-)

Kasihan anak buah aku, Atiya kena chicken pox. So, mak kena jaga. Kak long tak mahu hantar kat nursery takut berjangkit dengan budak-budak lain. Tapi demam-demam pun, aktif juga. Nak berjalan la. Nak menari la. Nak bercakap la. Macam-macam dia nak buat.

Masuk office hari ni, ada 2-3 kerja kena buat. Okla tu. Alhamdulillah. Tapi buat masa ni tak buat apa-apa lagi. Nak bersihkan tempat yang berabuk ni. 3 minggu tak ada kat sini, mana taknya.

Rindunya... kat lagu ni.

Somewhere Only We Know

Jumaat, 22 April 2005

Out Of Here

Balik office sekejab. Tengok email & print nota kursus yang menjadi bahan rujukan untuk exam 30hb nanti. Seronok ke kursus? Aku hampir mati kebosanan! Ya Allah, teruknya aku ni.

Aku mulai bosan dengan semua keadaan. Rumah, Office, tempat kursus, kereta, pakaian~ Mungkin orang akan label aku sebagai manusia yang tidak tahu bersyukur, tapi apa yang aku tahu, aku tidak puas hati.

Bila aku ada simpan rasa tak puas hati dalam hati, aku tertanya - adakah aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada? Salahkah aku tidak berpuas hati? Kenapa orang lain boleh tak puas hati dengan senang² aje? Kemudian, aku lupakan apa yang aku tak puas hati dan aku cuba jadi manusia yang bersyukur.

Entah. Aku cuba berhenti untuk menjadi aku. :-(

Isnin, 11 April 2005

Esok

Esok, 12hb April sehinggalah 30hb April, tidak akan ke pejabat, kerana menghadiri kursus induksi. Dah setahun lebih bekerja baru dapat kursus induksi. Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga pergi kursus. Kalau tidak, susahlah nak dapat pengesahan jawatan. kalau jawatan tak sah, susahlah nak buat pinjaman kereta, rumah, bla.. bla.. bla.. asal kerja keraja*an je mesti orang cakap, senang kerja keraja*an ni, senang nak buat pinjaman. Bluehh~ meminjam memang senang. Nak membayarnya kelak, semput juga dibuatnya. Betul la tu, hidup ini hanya pinjaman. Semua pun pinjaman. :-)

Esok. Bagaimana agaknya esok?

Sedang menyediakan semua barang keperluan. Tidak dapat penginapan kerana kursus diadakan di INTAN Jalan Ilmu tu saja. Harap dapat penginapan agar dapat memudahkan kerjasama kumpulan. Kalau lah dapat, alangkah bahagianya. Nak ulang-alik selama 3 minggu, satu perkara yang memenatkan! Dahla Federal Highway tu selalu sesak. Bagaimanalah aku nak hadapi~

Esok hingga hujung bulan.

Mungkin satu rahmat juga dapat kursus ini. Dapat juga lari dari pejabat yang huru-hara ini. Phew.. Seronoknya..!!

Tunggula sehingga esok.

Khamis, 7 April 2005

Soul Renovation

Down~ Down~ Down~ Down~

A simple thing where have you gone
I'm getting old and I need something to rely on
So tell me when you're gonna let me in
I'm getting tired and I need somewhere to begin

And if you have a minute why don't we go
Talk about it somewhere only we know?
This could be the end of everything
So why don't we go
Somewhere only we know?

_Somewhere_Only_We_Know_

*daun, kucing aku yang update hari ni. :-(
guess i need soul renovation too.

Rabu, 6 April 2005

Respect Please!

Lots of guy I’ve met doesn’t respect woman appropriately. This morning, after breakfast I’ve been walking to ATM and have a chit-chat with my friends. We’ve pass over a bunch of old man which wearing guard uniform, and then they teasing us. We’re talking about the skirt that my friend just brought yesterday and then that old man intrude like, we said something about “cantik” then he said “memang cantik pun” Which is, me and my friend doesn’t ask for their opinion~ I just like, what the hell orang tua ni cakap? I gave him one sharp fierce glance to shut his mouth up.

After withdrawal, we HAVE to pass them again, and then their eyes never stop looking at every step of us, up-and-down like we were walking naked! Owh! I really hate this kind of man. They doesn’t respect woman at all. Why don’t they look us like we were their children? Doesn’t their get angry when found out that his daughter or wife or sister been irritated like that by other guys?

Other then that, I really disgusted with guys whose making joke or teased certain part of woman’s body. It really shows that they never respect woman at all. When he making jokes or teasing about that, doesn’t he realize that he talking or teasing the same part of his mother or sister’s body? Respect woman. Don’t making fun of her. What do you think? Woman’s body is something you can make fun of it? Don’t you have any dishonor? You guys are so ignoble!

So, please RESPECT woman, because if their might not your mother, sister, daughter or wife, but there are somebody else’s mother, sister, daughter or wife.

=====

"Orang yang banyak dugaan, orang itu yang paling Tuhan sayang."

Aku bagi kata-kata ini pada Sera. Terlalu banyak dugaan yang dia hadapi. Aku tak tahu bagaimana dia boleh setabah itu. Kalau aku, (kalau, aku bilang kalau) dah lama kawan-kawan satu group utk projek video clip tu kena sembur dengan aku. Kena bertegas, kalau tidak nanti orang pijak kepala kita, ambil kesempatan atas kelemahan kita. Sera memang tabah.

Selasa, 5 April 2005

Dah Pindah

Dah pindah cubicle baru. Sempit sedikit dari cubicle lama. Keadaan suhu bilik biasa. Pendingin udara tidak cukup untuk mendinginkan keadaan bilik ini. Tak habis mengemas dan menyusun segala peralatan, buku-buku dan barang-barang. Malas. Mengangkut ke cubicle baru pun dah rasa penat. Semua barang berat-berat. Nasib baik pakai troli. :-)

Sudah berjaya melakukan kerja-kerja teknikal. Ehehe. Seronok juga pergi meja pengguna pasang UPS. Tapi bila dah selesai, si boss tiba-tiba bagi arahan untuk menarik balik UPS yang sudahpun diagihkan. Ish. Tak mahula ambil balik. Nanti orang cakap buruk siku~ Dia takpe la. Siku dia memang dah buruk pun. Dulu dia dah approve. Sekarang dia nak tarik balik. Buat malu je. Bukan kita orang pakai agihkan begitu je. Kita orang dah buat kajian siapa yang layak terima UPS. Isyh..

Oh ye, guesbook tu tak ber-scroll bar. Kalo mouse kalian ada scroll ditengahnya, kalian boleh lihat komen tetamu lain dibawahnya dengan scroller mouse. Saya tidak suka punya banyak scroll bar dalam web saya. Maaf sekiranya menyusahkan.

Malas mahu bercakap banyak-banyak pada mereka yang tidak memahami. :-)

Banyak perkara mahu cerita, tapi banyak blogger lain dah cerita, jadi saya pun diam saja, sambil angguk-angguk kepala.

Sejak dengar lagu Kembara dalam sebuah kancil, saya kembali memasang mp3 kembara di pc saya. Ekspress Rakyat, Hati Emas, Keroncong Untuk Ana, Malam, Suatu Masa dan lain-lain lagu menjadi halwa telinga setiap hari. No wonder lah si Effa sanggup jadi fan-club M.Nasir. Kagum betul saya. :-p

END.

Isnin, 28 Mac 2005

Perkongsian, Timbangrasa & Hormat.

Apabila menyebut tentang perkongsian, maksud disitu apabila ada sesuatu yang kita kongsi, apa yang kita perlu adalah satu sikap bertanggungjawab, bertimbangrasa dan menghormati orang lain yang berkongsi sesuatu itu dengan kita.

Sebagai contoh terbaik sesuatu perkongsian adalah jalanraya. Bukan kita seorang sahaja yang ada kereta dan memandu serta menggunakan jalanraya. Orang lain juga menggunakan jalanraya bersama kita, jadi kau dan aku - perlu bertimbangrasa - selain sebab bukan kau seorang saja yang bayar cukai jalan. Apabila kita berkongsi satu jalanraya yang sama, yang penting - menghormati pengguna lain. Katakan jika ada orang memberi laluan kepada kita, apa salahnya kita mengangkat tangan sebagai tanda terima kasih?

Itu cuma satu contoh yang saya ambil kerana saya rasa tak perlu terangkan dengan panjang lebar apa maksud saya. Semua pun tahu, pelayan yang saya hostkan web saya merupakan satu perkongsian pelayan dengan beberapa pelanggan yang lain. Sudah beberapa hari, web tidak dapat diakses kerana masalah jalur-lebar.

=end=

Selasa, 22 Mac 2005

Pindah

Sedang dalam proses mengemas barang-barang di cubicle ini. Sayang sungguh nak tinggalkan cubicle yang comel ni. Tapi bila dah di-eliminate dari unit sistem ini, maka terpaksalah keluar dari sini walaupun berat di hati.

Bila kemas-kemas balik, baru rasa banyaknya barang. Sedang cubicle unit sana tu tak sebesar mana. Tak pasti lagi barang-barang dapat dimuatkan atau tidak.

Buku-buku SQL, Linux dan Dreamweaver tu sayang nak tinggalkan untuk programmer baru. Kalau dia nak, dia fotostat saja. Mana boleh simply² nak kasi kat orang lain?

Sedikit demi sedikit, perpindahan barang-barang akan dilakukan. PC mungkin perkara paling akhir saya pindahkan. Barang kecil-kecil, hadiah-hadiah, patung-patung kecil, tag-tag nama dan peralatan tulisan, adalah barang pertama akan dipindahkan esok atau lusa. Lusa? dah kena pergi Parlimen pula. Sengaja saya ini melambat-lambatkan kerja. :-) Jahat betul. Ala.. programmer baru akan mula bertugas pada 1hb April nanti. Lambat lagi kan?

Walaupun tak berapa gembira dengan suasana kerja, saya bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan yang lucu dan selalu menghiburkan hati. :-) Lucu la U ni. Terhibur I. Sampai tersedak-sedak I gelak. Dan aktiviti bersama kawan-kawan yang lucu ini harus di jadikan amalan. Betul tak, Cik Syidah?

Suhu panas sekarang ini buat orang cepat marah. Saya tak marah. Tapi saya kena marah dengan orang. :-( Sedih sungguh la bila kena marah ni. Merajuk baru tau..!!

Khamis, 17 Mac 2005

Testing~

Hmm.. Banner baru menawan kalbu. Tergodakah dengan jelingan itu? Hahaha. Testing. Testing. :-) Oh ya, gambar di banner itu di ambil oleh cik daun yang comel tu.. ;-)

Nanti. Masih belum selesai. Ia masih dalam proses penambahbaikan.

Programmer baru datang hari ini dan mengganti duduk di kerusi programmer aku. Dan aku tersingkir ke unit lain. Dalam 2 minggu, kemas barang-barang, pindah cubicle lain. Jauh dari unit sistem. Jauh dari mereka. Ada masa dua minggu di cubicle ni. Cubicle kat unit teknikal tu lama. Buruk dan huduh~ iiieeww..

Lain kali tak mau paste lagu lagi - daun kata kucing dia pun bole buat. Ye la aku tak paste lagu, aku paste artikel orang, macam ada orang tu.. :-"

Apa lagi eh? cukuplah dulu. Design layout ni pun hampir kanser otak dibuatnya. Nak rilex dulu. ;-)

Rabu, 16 Mac 2005

Perlu Senyum

:-) Perlu untuk senyum sepanjang hari, walau hati sebenarnya tidak tenang. Di sini aku tidak lagi menemui ketenangan. Aku tidak bekerja dalam suasana yang gembira lagi. Aku rasa hopeless. Kau mungkin tahu aku telah ditukarkan ke unit teknikal dan meninggalkan unit sistem - which is, it's not easy for me to let it go - tetapi apa daya aku? Phrase "Saya yang menurut perintah" ini seperti satu hukuman.

:-) Perlu untuk senyum bukan sahaja sepanjang hari bahkan sehingga bila-bila. Nasihat kawan agar tidak emotional perlu diamalkan. :-) dan senyum itu perlu bagi menjadikan diri ini tidak terlalu emotional. Kenapa perlu emotional? Kerana sepantas kilat, dengan satu tandatangan, sistem-sistem itu seolah dirampas dari aku - mungkin aku rasa tercabar - tetapi, aku lebih sedih melihat susah payah aku ini di ambil orang. Siapa tak emotional? Kerja kita, akan di'claim' sebagai kerja orang lain. Hangin satu badan..

:-) Senyum lagi. Aku cuba dalam bidang teknikal - mungkin ini menambah pengetahuan aku tentang kerja-kerja teknikal lebih dari apa yang aku tahu waktu di LGTT dahulu. Well, tugas pertama aku hari ini - ialah duduk diam-diam di cubicle aku dan design layout baru - teruk kan aku?

:-) Senyum lagi. Sebelum kau lihat muka aku jadi begini -> :-| tanpa perasaan dan erti.

Jumaat, 11 Mac 2005

Entri Meraih Simpati II

Ish.. Saya rasa malu dengan entri meraih simpati ni. Ingat *toot**toot* ke? Memang betul, saya terkena selsema dan batuk. Tapi tak sampai tahap kronik/kritikal sehingga terpaksa duduk dalam wad (weh, korang doakan aku masuk wad ke? :-p) Sedikit saja sakit ni. Bak kata Tok Rimau, sakit tu penghapus dosa-dosa kecil (Kalau dosa besar, kena bertaubatlah!). Terima kasih kerana mengingatkan saya.

Kawan-kawan (merujuk kepada mereka yang mengerti), aku memang ada niat untuk memanjangkan entri meraih simpati ke dua atau mungkin sehingga ke episod 80 - ala-ala drama Sembilu, sebab iye lah, nama pun entri meraih simpati kan, dah tentu la hendakkan perhatian. Banyak kisah-kisah tragis, pilu dan sedih boleh aku paparkan di sini. Tapi aku tak mahu menjadi seorang yang bukan diri aku. Aku rasa cukupla satu entri je. Tu pun aku dah rasa, mengada-ngadanya budak amyz nih! As long as I know, you all (merujuk kepada kawan-kawan) care about me. That would be more than enough. Tak payahlah aku nak tulis-tulis lagi kan? :-D Thank you so much for supporting me from the start, you know what I mean. Hahaha..

Aku tahu aku sedikit emosi hari ini. Tapi aku tak nak libatkan emosi aku dalam catatan aku. Oleh itu, aku mahu kongsi email ini dengan semua orang supaya semua orang boleh faham, apa sebenarnya kehendak wanita (terutamanya isteri anda) waktu dia tidak sihat. :-)

JIKA ISTERI KITA SAKIT.

Di satu petang, kita balik dari pejabat dengan hati yang penuh harapan, harapan disambut oleh isteri dan anak-anak di depan pintu. Pintu diketuk dan salam diberi. Apabila pintu dibuka, hanya anak sahaja yang menjawab salam.

Bagi anak perempuan kita cium pipinya dan anak lelaki pula kita usap kepalanya. Kebiasaannya, emak mereka juga akan menyambut dengan tersenyum simpul. Tetapi tiada pada petang ini. Kita pun terus ke bilik study untuk meletakkan brief case kita. Kita ke bilik tidur dan dapati isteri kita terbaring berselimut atau yang serupa dengan itu. Kita pun bertanya, "Sakit ke?"...Isteri kita diam aje dengan wajah yang menggambarkan dia memang sakit. Kita pun terus ke dapur bancuh minuman sendiri dan dan minum depan TV.

Lima minit kemudian isteri kita turun dan terus ke dapur menyediakan makanan untuk malam. Disebabkan kita nampak dia boleh ke dapur dan sediakan makanan maka kita pun terus ke bilik study sambung kerja pejabat atau keluar rumah untuk bermain badminton atau cuci kereta. Dalam hati kita berkata,'isteri tu taklah teruk sangat sakitnya, sebab nampak dia boleh berjalan ke dapur'.

Cuba kita selami, apa pula hati isteri kita berkata. "Alhamdulillah, Abang dah balik, nanti nak ajak abang ke klinik jumpa doktor dan ambil ubat. Badan ni tak larat nak bangun. nanti dia naik ke bilik baru nak bersiap tukar pakaian ke klinik." Abang pun tanya, "Sakit ke?" Dalam hatinya," Hai takkan tak nampak orang tengah sakit ni, tanya pulak. Tengok tu, dia buat tak peduli aje..tengok TV pulak...sepatutnya ajaklah ke klinik......" Sambil turun ke dapur hatinya berkata, "Orang sakit, dia bukan peduli, tapi kalau dia yang sakit, macam-macamlah dia suruh kita buat untuk dia. Menyampah..nanti kita dah tak bangun sangat, baru terhegeh-hegeh nak tolong usung ke klinik." Maka diusahakan juga ke dapur walaupun dirinya sakit, untuk berbakti pada anak-anaknya.

Suami-suami yang dimuliakan, isteri kita mempunyai jiwa 'anak kecil' apabila dia terkena demam, sakit kepala dan sebagainya dan lebih-lebih lagi "pening-pening-morning sickness".
Walaupun sakitnya itu tidak seberapa pada pandangan kita, tetapi sangat besar ertinya di sisi mereka. Mereka memerlukan kita membelai mereka sebagaimana doktor membelai pesakitnya yang datang mengadu sakit minta diubati. Mereka tidak minta di belai berjam-jam. Kalau lebihpun, hanya lebih sikit daripada doktor aje.

TAK SAMPAI LIMA MINIT PUN.

Kita kena jadi doktor yang pertama dulu. Bila nampak dia terbaring atau duduk yang menggambarkan dia sedang sakit. Maka, hendaklah terus mengadapnya sebaik saja kita masuk ke rumah. . Bila tanya pada anak, "Emak mana?" Anak jawab, "Dalam bilik". Maka kita hendaklah terus ke bilik dengan beg brief case sekali. Dan belailah bagaimana doktor membelai pesakitnya. Dapatkan suhu badannya walaupun dia tak demam - letaklah tangan di dahinya atau tengkoknya. Peganglah lengannya untuk mengira denyutan jantungnya walaupun kita tak tahu kadar yang menunjukkan dia tu memang sakit. Dengarlah bunyi paru-parunya bila dia bernafas dengan meletakkan tapak tangan kita di belakangnya dan urut sedikit walaupun kita tidak menggunakan alat yang doktor guna itu. Sentuhan-sentuhan begini sudah cukup untuk menyembuh psikologinya. Tanyalah dia bila dia kena demam...dsb supaya dia luahkan penyakit psikologinya dulu dengan menceritakan puncanya dan offer cepat-cepat nak bawa ke klinik agar dia boleh berfikir dan menilai tahap sakitnya sama ada berbalui untuk di bawa ke klinik. Sebab kekuatan psikologinya telah diperolehinya dari "doktor yang disayangi" ini. Tidak perlu lagi dari doktor perubatan yang lain.

Biasanya dia akan kata, "Tak apalah bang, demam ni sikit aje, ....." Jika ini jawapannya, maka Alhamdulillah, ini bermakna hati dan jiwanya telah puas dan kuat dengan belaian kita dan dia REDHA akan demamnya itu. Begitu juga kepada si isteri jika suami anda sakit.

Selamat Mencuba. Selamat Maju Jaya. :-)

Rabu, 9 Mac 2005

Entri Meraih Simpati.

Sejak semalam, tekak saya sakit. Hidung pula rasa tidak selesa. Hari ini saya diserang batuk dan selsema serentak. Kepala pula rasa berdenyut semacam. Saya tidak selesa. Saya tidak dapat makan dan minum dengan penuh selera. Mungkin akibat perubahan cuaca yang drastik. Mungkin juga akibat jangkitan virus daripada orang-orang yang terdekat. Mungkin juga jangkitan dari orang yang jauh. Entahlah saya tak tahu. Yang saya tahu, saya tidak sihat hari ini. Saya menghidapi selsema dan batuk. Saya ingat nak ambil MC la. Tapi saya perlu berjumpa doktor. Saya tak suka jumpa doktor, sebab nanti saya kena makan ubat. Saya tak suka makan ubat. Ubat tak sedap dan pahit. Yurk! Yurk!

Rabu, 2 Mac 2005

Sepet

Ok. Dah pun menonton SEPET. Puas hati. Berbaloi berbelanja RM8 di TGV (ladies day la semalam. dapat kurang RM2). Tidak banyak perkara yang kami rungutkan tentang filem pertama yang benar-benar menggambarkan Malaysia ini, kecuali tempat duduk saya semalam di tolak-tolak dengan kaki oleh penonton belakang. Kurang ajar! Tak tahu hormat orang.

Iklan petronas dan Rabun jadi sebab utama saya memilih untuk menonton SEPET. Saya rasa Yasmin Ahmad lega apabila SEPET dapat ditayangkan di panggung terpilih walaupun 8 scene yang terpaksa di potong oleh LPF. Yasmin Ahmad mempertaruhkan harapan yang tinggi untuk filem ini. Bagi saya, SEPET membuktikan Yasmin Ahmad berjaya.

Dalam akhbar baru-baru ini saya baca, ramai wartawan mengkritik adegan Ida Nerina berkemban. Bagi saya, ia normal suri-rumah duduk di rumah berkemban. Mungkin sebab saya dibesarkan dalam persekitaran sedemikian. Cuma saya rasa tidak selesa apabila anak dara iaitu Orked berkemban. Saya kena cubit dengan mak kalau buat begitu di rumah. Ha ha ha.. Dan ya, Yasmin Ahmad betul dalam satu perkara lagi. Surirumah suka menonton drama cina. Dulu la.. Sebelum telenovela Latin ditayangkan dan dipopularkan.

Filem seperti ini buat saya mahu menonton hasil karya tempatan. Saya bukan jenis "TAK NAK" filem tempatan. Tapi kebanyakan filem tempatan buat saya rasa rugi untuk melaburkan RM10 untuk menontonya. Tambahan, kawan-kawan saya tidak berapa menggalakkan saya menonton filem tempatan. Sepertimana Aidilfitri lalu, saya dengan niat untuk menyokong filem tempatan telah pergi menonton filem tempatan yang akhirnya mengecewakan saya. Jadi bagaimana saya mahu menyokong filem tempatan?

Lalu, dengan terhasilnya filem seperti ini buat saya boleh membanggakan karya tempatan kepada kawan-kawan saya yang sering membanggakan filem luar yang ada juga yang ntah-apa-apa-ntah itu.

Ulasan Tok R dalam guestbook saya paparkan di sini. Banyak yang saya setuju dengan beliau. Moga kritikan seperti ini membuatkan Yasmin Ahmad menghasilkan another SEPET atau RABUN yang lebih bagus lagi. :-) Selamat Berjaya untuk Yasmin Ahmad.

Sepet bukan filem Melayu moden yang terbaik. Ia filem Malaysia yang terbaik. Noktah.

Paling aku kuat ketawa: Dia datang dengan lenggang lenggoknya.

Paling aku kememe: Tangisan ibu dan anak ketika menuju lapangan kapal terbang.

Paling aku mushkil: Pasar siang. (Ramainya orang berlakon di pasar siang itu.)

Paling aku insaf: Bismillahirahmanirrahim. (Basicly, the film got me at hello)

Pun begitu, aku mahu mencadangkan beberapa pembaikan.

1. Memperkasakan lagi unsur penghargaan kepada puisi
a) Pertama kali Jason ternampak Orked di sekolah adalah di depan papan kenyataan. Mereka sama-sama membaca puisi yang ditampal.
b) Masa Orked dan ayahnya mencari Jason, mereka pergi ke celah bangunan tempat Orked terjatuh (dan teringat Jo cuba mencabulnya). Mereka terjumpa puisi cinta ditulis oleh Jason pada dinding bangunan. Oh.. barulah Orked sedar bahawa Jason nak tunjuk puisi, bukan nak beromen.

2. Mematikan watak Jason tanpa melibatkan kemalangan jalanraya. Kemalangan jalanraya terlalu biasa. Bila aku nampak motor celah lori je, aku berdoa janganlah watak ini mati dengan kemalanagan. Carilah cara lain.
a) Jason ditangkap kerana terlibat dengan VCD cetak rompak dan kumpulan kongsi gelap. Bila Jason keluar, kita sambung dengan Sepet 2.
b) Jason dibunuh oleh orang Jimmy kerana membalas dendam.

3. Babak yang perlu dibuang untuk ganti babak-babak di atas.
a) Seluar dalam Harith
b) Rambut lu dah panjang, ini pun dah panjang
c) Taiko tembak telur orang.
Aku tahu sex sells tapi filem ini sudah cukup baik. Ia tidak perlu sex berlebihan.

Apa pun. Ini filem Yasmin, bukan filem aku. Sukahati Yasminlah untuk bercerita. Walaupun aku komen aku tetap nak ulang, Sepet bukan filem Melayu moden yang terbaik. Ia filem Malaysia yang terbaik. Noktah.

SEPET bukan filem MELAYU. Tetapi filem tempatan. :-) dan Ianya antara filem keluaran tempatan (Malaysia) yang terbaik. Noktah juga.

Selasa, 1 Mac 2005

Bosan

Sabtu lalu saya kebosanan di pejabat. Mujur Sera Honey Biru menghadiahkan saya vclip pelajar² MMU ini kepada saya untuk menghilangkan kemandoman saya pada hari itu. Saya mahu kongsi dengan anda. :-)



Terhiburkah hati anda? :-) Saya terhibur. :-) Terima kasih Sera!

Ok. Ini rekabentuk baru. Tapi masih banyak perkara mahu saya letakkan disini. Sebelum saya letak hasil tulisan saya, saya mahu declare bahawa artikel saya mungkin berunsur feminist. Tak faham? Tak apa. Jangan satu hari nanti saya dihentam teruk oleh kaum Lelaki ya? ;-)

Jumaat, 18 Februari 2005

Tukar Hosting

Saya bertukar dari geocities ke kroni.biz kerana saya mahukan satu ruang untuk saya bebas menulis dan merekabentuk web saya, tanpa gangguan iklan dari geocities lagi. Ini merupakan hadiah untuk diri saya sendiri. Walaupun berbayar, saya rasa ianya berbaloi untuk saya.

Kenapa tidak memilih blogdrive, blogspot ataupun danchan? Bukankah senang mengemaskini melaluinya? Sebab pertama, saya slow mempelajari koding-koding provider tersebut untuk mengubah layout saya. Kedua, saya mahukan sebuah web, bukannya sekadar web-blog semata.

Dari masa ke semasa, saya akan cuba untuk lebih kreatif dalam merekabentuk web serta memperbaiki mutu penulisan. Insya Allah.

Ini merupakan design sementara sebelum saya merekabentuk layout yang baru untuk web ini. Sekian, terima kasih.

Isnin, 14 Februari 2005

V-Day

No, I'm not celebrating it. But for me, it’s could be one fine day to say this magical word > I LOVE YOU, to everybody I loved. That's all. No roses, chocolate or candle-light dinner. Knowing I'll be loved by my mom, dad, family and friends would be more than enough. :-)

Special song for you. :-) Let's spread love. :-)

I believe the children are our are future
Teach them well and let them lead the way
Show them all the beauty they possess inside
Give them a sense of pride to make it easier
Let the children's laughter remind us how we used to be
Everybody searching for a hero
People need someone to look up to
I never found anyone to fulfill my needs
A lonely place to be
So I learned to depend on me

I decided long ago, never to walk in anyone's shadows
If I fail, if I succeed
At least I live as I believe
No matter what they take from me
They can't take away my dignity
Because the greatest love of all
Is happening to me
I found the greatest love of all
Inside of me
The greatest love of all
Is easy to achieve
Learning to love yourself
It is the greatest love of all

I believe the children are our future
Teach them well and let them lead the way
Show them all the beauty they possess inside
Give them a sense of pride to make it easier
Let the children's laughter remind us how we used to be

And if by chance, that special place
That you've been dreaming of
Leads you to a lonely place
Find your strength in love

Selasa, 8 Februari 2005

Cerita Yang Panjang

Cerita 1.

MamaMia merujuk kepada istilah kami (saya, mas, kak roza dan kak fat) untuk our pengarah di bahagian ini. Hikhikhik.. :-))

Ok. Bukan kami tidak suka pada Mama Mia ini. Dia yang tak suka pada kami dan tidak mahu bekerjasama dengan kami. Itu jadikan satu sebab kenapa ada jurang antara kami selain dari bilik Unit kami ini terceruk di belakang sekali.

Nak dijadikan cerita, semalam Mama Mia memanggil saya. Pelik. Dah lama betul dia tidak menegur saya. Apatah lagi menghadiahkan saya seulas senyum, semenjak saya lambat menyiapkan satu minit mesyuarat. Setelah setengah jam berada di dalam ketuhar panas dan besar itu, saya pun balik ke cubicle saya. Rupa²nya Mama Mia mahu tukar kan saya dari Unit Sistem ke Unit Operasi/Teknikal. Sebab dia cakap kat seorang KPP, saya tak perform dengan baik. Tapi dia tak cakap saya tak perform dengan baik di depan saya. Dia cakap, untuk tambahkan knowledge saya tentang teknikal dan operasi. Server, Network & Troubleshoot PC is my responsible.

Okey. Comfirmlah segala berita dan khabar yang saya dengar sejak minggu lepas lagi. Unit Operasi/Teknikal, sound familiar with my previous job at Twintech. I just said that I will do my best but I promise nothing. :-)

Ok. Tamat Satu Cerita.

Cerita 2.

Semalam juga, kalau kamu semua tidak terlepas menonton berita jam 8 di mana-mana stesen TV, pasti kamu melihat kekecohan yang ditimbulkan oleh si pemanggil panggilan palsu tentang adanya bom di tempat kerja saya di Pusat Bandar Damansara.

Dalam pukul 4:15 petang semalam, setelah penat dari balik berjalan-jalan. Saya duduk di cubicle saya untuk berehat sementara menunggu waktu balik 4:45 petang. Tiba-tiba melurunya seorang staff di sini, menjerit. CEPAT LARI..!! ADA BOM..!! Saya dengar, tapi saya macam terhegeh-hegeh shut down komputer, kemas beg, sempat mencalit lipstict di bibir sebelum keluar dari bilik dan sempat lagi saya punch card sebelum keluar.

Saya turun, lihat semua orang berkumpul di blok depan blok K. Tapi kereta saya parking di bawah blok ni. Macam mana? Saya pun bertanya pada polis yang ada di situ, ENCIK, KERETA SAYA DI BAWAH NI, SAYA NAK AMIK BOLEH? Melihat polis mengangguk kepala, saya pun turun ke parking. Sewaktu dalam perjalanan, saya terfikir, kalau betul ada bom, dan ia nya meletup waktu saya sedang berada dalam bangunan ini. Tak lengah, saya pandu laju untuk segera keluar dari situ. Huhuhuhu. Menggelabahnya saya nih. Bila sudah keluar dari bangunan, saya lega dan terus balik rumah. Waa.. bestnya, dapat balik rumah cepat. Jalan tak jam sangat.

Terbukti panggilan itu palsu. Entah kenapa la orang itu mahu mengebom tempat kerja saya di Pusat Bandar Damansara yang hanya menempatkan bangunan buruk ni? Kes ini bukan pertama kali. Sejak saya kerja di sini, dua kali dah orang buat panggilan palsu. Dulu di Jabatan Imegresen. Kali ini di KPKT pula. Mungkin pada kali ketiga baru betul ada bom agaknya. Ya Allah. Minta-minta di jauhkan. Amin.

Ok. Cerita 2 dah tamat.

Cerita 3.

Cuti panjang sempena Raya Cina juga Maal-Hijrah. Oleh kerana saya bukan orang cina, jadi saya menyambut Maal-Hijrah. Masuk tahun Hijrah yang baru. :-) Azam tahun baru di Maal-Hijrah? Nak menjayakan kempen budi-bahasa oleh Kerajaan Malaysia. :-)

Saya sangat sukakan Iklan Kempen Budi-Bahasa yang dalam Putra LRT tu. Sebab muka si Sultan(dalam filem Puteri Gunung Ledang) tu selamba gila. Siap boleh tidur lagi tu. Lawak.. lawak.. Hehehe.

Saya rasa kempen itu bagus dan saya menyokongnya. :-)

Last but not least, Selamat bercuti panjang. Jangan bawa kereta laju-laju. Jangan pukul orang dengan stereng lock. Berilah tempat duduk kepada yang memerlukan dan jangan potong mana-mana Q samaada di market mahupun di jalan raya.

-the end-

Cerita Lama Amyz